29 June 2008

13 months’ salary sought

The Star

KUALA LUMPUR: Cuepacs, comprising more than 1.5 million civil servants, wants 13 months' pay for its members with payments made every two weeks to cope with the oil price rise.

Rejecting the government's move to pay salaries twice a month, they suggested salaries every two weeks, or 26 payments, in a year.

“We need more money because the oil price hike has triggered a sharp rise in prices of many essential items and our members are suffering,” its president Omar Osman said.

Cuepacs is also against the proposal to reduce the monthly Employees Provident Fund contribution from 11% to 7% for some 40,000 civil service employees.

“In the long run, the employees are not going to have any savings if the quantum of their contribution is reduced,” he said after chairing the Cuepacs council meeting.

Cuepacs also wanted the Cost of Living Allowance (Cola) to be standardised at RM500 per month nationwide, he said, adding that the current Cola payment of RM100 to RM300 which depended on the state and place of work was not a fair system.

“All the civil service employees nationwide have to pay the same price for fuel including those living in poorer areas. For this reason, the Government should have an equitable policy and not pay higher Cola for those living in the cities,” he said.

However, Omar said Cuepacs supported the Government's move to send back foreign workers to create opportunities for government workers to take up more part-time jobs currently held by foreigners.

“There are more than 1.5 million workers here and if Malaysians can take over these jobs it will be a big relief for the Government and help arrest the outflow of our revenue,” he said.

On the fuel price rise, Omar said it was unfortunate that workers were not consulted when the Government decided to raise the price.

“The Government did not even get any feedback from us on how it could avoid affecting the workers in the civil service,” he said.

Omar said Cuepacs had also informed the Government that the Manjung Municipal Council had made its workers return to work on Saturdays without paying overtime.

“This is not fair and we want the Government to stop any exploitation of workers,” he added.

Cuepacs wants RM500 for all civil servants

Berita Harian

Omar Osman says  the cost of living has gone up too much
Omar Osman says the cost of living has gone up too much

KUALA LUMPUR: Cuepacs wants a RM500 cost of living allowance (Cola) for all civil servants.

Its president Omar Osman, said yesterday that the allowance was needed to cope with increased costs across the board after the price of fuel went up by 40 per cent last month.

"The cost of living has gone up too much. We want the government to introduce a Cola of RM500 a month irrespective of where the civil servants live. This is the best way to handle the increase in living costs," he said after a meeting with members at Wisma Cuepacs yesterday.

Civil servants currently receive Cola of between RM100 and RM300, depending on where they work.

Omar said although Cuepacs did not agree with the suggestion to pay monthly salaries in two instalments, the congress welcomed the payment of salaries once every two weeks as this would mean they would be paid for 52 weeks of work per year and not 48 weeks as is the current practice.
He said this would mean that they would benefit from four extra weeks of work which translated into the proverbial 14th month salary (civil servants already receive a 13th month salary).

Omar said Cuepacs also disapproved of any suggestion to reduce the EPF contribution of some 40,000 civil servants who were not on the pension scheme.

This follows suggestions by some quarters to reduce the EPF contribution from 11 per cent to seven per cent per month.

"If the EPF contribution is to be reduced, then a gratuity should be introduced, as well as free medical coverage for life."

Omar regretted the fact that Cuepacs had not been consulted before the price of fuel was raised.

On the suggestion to allow civil servants to work part-time to make ends meet, Omar said wages were low due to the abundance of cheap foreign labour.

"These foreigners should be sent back before civil servants can work part-time."

25 June 2008

Guru dinasihat pertimbang pilihan bersara

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menasihatkan guru yang dilantik selepas 12 April 1991 supaya memikirkan semasak-masaknya sebelum memilih untuk bersara awal atau menerima tawaran untuk bersara wajib pada usia 58 tahun.

“Mereka yang dilantik selepas tarikh itu tidak akan menerima bayaran pencen sehingga mencapai umur persaraan wajib,” kata Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng.

“Mereka perlu fikir betul-betul, baik untuk menerima tawaran berkhidmat sehingga 58 tahun atau mengambil keputusan bersara pilihan.

“Maknanya, jika menerima tawaran bersara wajib pada usia 58 tahun dan kemudian memilih untuk bersara awal, pegawai terbabit perlu tunggu sehingga berusia 58 tahun untuk mula menerima pencen,” katanya kepada Bernama.

Seksyen 12 Akta Pencen 1980 menetapkan pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 yang bersara pilihan akan hanya diberi pencen pada tarikh mencapai umur persaraan wajib yang terpakai baginya, sama ada pada usia 55, 56 atau 58 tahun.

Seksyen itu menjelaskan bahawa ganjaran dan wang tunai sebagai gantian cuti rehat akan diberi kepada pegawai berkenaan ketika beliau bersara pilihan.

Terdahulu dalam kenyataan, Lok berkata, NUTP menerima banyak panggilan telefon daripada guru mengenai kekeliruan isu itu kerana bimbang tidak akan mendapat pencen sekiranya memohon persaraan awal.

Beliau turut menjelaskan bahawa guru dilantik sebelum pelantikan terkini dan sudah meletakkan jawatan daripada pelantikan asal itu, tarikh pelantikan pada atau selepas 12 April 1991 dimaksudkan ialah tarikh pelantikan kedua.

Mengikut Seksyen 12 Akta Pencen 1980, sekiranya tidak berlaku peletakan jawatan antara dua pelantikan itu, tarikh pelantikan pada atau selepas 12 April 1991 yang dimaksudkan ialah tarikh pelantikan pertama pegawai.

Lok berkata, kakitangan awam diberi tempoh hingga akhir bulan ini untuk memilih sama ada menerima tawaran bersara wajib pada usia 58 tahun ataupun tidak.

Beliau menasihati guru melayari laman web NUTP di www.nutp.org untuk maklumat lanjut. - Bernama

21 June 2008

Maternity leave set at 90 days

The Star

SHAH ALAM: The proposal for 90 days of maternity leave for Selangor state government’s female workforce and 14 days for their husbands has been approved by the state government, which is now working on the guidelines for its implementation, said Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

He said the state government was also introducing a new model for a one-stop crisis service centre at all hospitals in the state, to help women and children who were victims of sexual crimes and domestic violence.

He said the centre, which would serve as the first point of contact in such cases, would include a network of cooperation between police and the Health Department to provide speedier essential services to victims brought to hospitals.

“These programmes are part of a policy being introduced by the state government to include women in its agenda for development,” he said when unveiling the state government's programmes for the people at a gathering in the Shah Alam Stadium here yesterday in conjunction with Pakatan Rakyat’s 100 days in office.

About 10,000 people attended the function, including PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and DAP adviser Lim Kit Siang.

Khalid also said the state government had ordered government agencies to ensure all projects were awarded on an open-tender basis, for more transparency and accountability, and that contracts would no longer be awarded through direct negotiations.

Khalid also said the state had decided to consider applications from only the poor to reduce premiums on land and would no longer entertain such requests from private companies.

He said state government would also use the increase in revenue from sales of rocks and minerals in the state for investment, and the returns would be channelled back to people through the welfare programmes such as funds for Selangor-born children, tertiary education, and free medical services for the elderly.

“A fund will also be set up to provide scholarships to estate children, and to build and manage hostels for them to use throughout the state so that they will have better access to education,” Khalid said.

20 June 2008

Johan Jaafar engkar arahan PM sambung kontrak Firdaus?

Harakahdaily

Fadilah Abdul Ghafar

Fri | Jun 20, 08 | 3:50:13 pm MYT

Isu-isu panas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semenjak tahun 2005 hingga kini masih belum padam. Perkara-perkara yang berbangkit seperti kemandulan, kegelapan dan keterpinggiran DBP tersebut bermula semenjak Dato' Johan Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP mengganti Tan Sri Kamarul Ariffin pada tahun 2005.

Johan terlalu banyak mencampuri urusan pengurusan di DBP yang tidak sepatutnya dilakukan oleh beliau kerana tugas pengurusan di DBP berada di bawah arahan Ketua Pengarah DBP.

Jika beberapa waktu yang lalu sewaktu Dato' Rahim Bakar dan Kamarul Arifin menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP sangat teguh dan aman damai kerana Pengerusi Lembaga Pengelola waktu itu berjalan di atas landasan Akta DBP 903 yang betul.

Tetapi setelah Pengerusi Lembaga Pengelola DBP bertukar tangan kepada Johan, beliau mulai membuat onar dengan pelbagai kerenahnya dan membelakangkan peraturan-peraturan yang sepatutnya dipatuhi.

Beliau bukan sahaja mencampuri urusan pengurusan DBP, sebaliknya membelakangkan pihak pengurusan DBP dalam beberapa perkara. Contoh yang nyata iaitu mengenai pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP yang sehingga kini belum tampak jalan penyelesaiannya.

Kini timbul pula isu yang baru iaitu berkaitan dengan pelantikan atau penyambungan Dato' Dr. Firdaus Abdullah selaku Ketua Pengarah DBP.

Menurut sumber-sumber dari Bahagian Dasar, sepatutnya Firdaus sudah dilantik menjadi Ketua Pengarah DBP untuk tempoh dua tahun lagi. Sebab Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri sudah pun mengeluarkan arahan kepada Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein bertarikh 21 Mei 2008 supaya Firdaus dilantik atau disambung semula perkhimatannya di DBP untuk tempoh selama dua tahun.

Tetapi kerana kelicikan dan niat tersurat Johan, pelantikan atau penyambungan tugas Firdaus sengaja dilengah-lengahkan. Maka tidak hairanlah jika dalam Mesyuarat Penuh Lembaga Pengelola DBP pada 26 Mei 2008, tentang penyambungan tugas Firdaus oleh Perdana Menteri dengan sengaja tidak dibentangkan kepada ahli Lembaga Pengelola DBP.

Kesan daripada tidak adanya Ketua Pengarah, DBP kini makin kacau-bilau, apabila para balaci Johan bermaharalela sehingga wujud istilah 'pemerintahan Bintang Tiga' di DBP.

Selain itu, para pengikut Johan dan mungkin dengan restunya mempertikaikan hak, fungsi dan kedudukan Kesatuan Pekerja-Pekerja DBP dan cuba mengharamkan Kesatuan Pekerja-Pekerja DBP.

Untuk melemahkan aktiviti Kesatuan Pekerja-Pekerja DBP, orang-orang Johan telah meminta Pengawai Bahagian Kewangan dan Gaji JPA mengeluarkan arahan bahawa kakitangan S/N 41 ke atas tidak boleh memegang jawatan dan keahlian Kesatuan Pekerja-Pekerja DBP.

Sedangkan pihak berkenaan barangkali lupa, tolol atau bahlul, bahawa kewujudan Kesatuan Pekerja-Pekerja DBP bukan di bawah Bahagian Kewangan dan Gaji JPA, tetapi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Kebahlulan pihak personal DBP tersebut diikuti pula oleh kebahlulan Pengurus Kewangan DBP, Azah Wahab apabila beliau bertindak sewenang-wenangnya mengikut hawa nafsu jahatnya iaitu memberhentikan pemotongan gaji para pekerja yang menjadi ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja DBP sebagai yuran bulan ahli kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja DBP yang sudah hampir 50 tahun tidak menimbulkan persoalan sedemikian.

Dan yang lebih bangang dan bahlul, apabila pihak balaci Johan menubuhkan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang baru (haram) di DBP untuk menggantikan MBJ yang sah dari segi undang-undang.

Atas perbuatan para balaci Johan tersebut, pihak Ceupacs (Kesatuan-Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam) telah menghantar surat teguran kepada pihak pengurusan DBP dan hendak mengadakan pertemuan tentang sikap pengurusan yang anti Kesatuan Pekerja-Pekerja DBP.

Berkaitan dengan isu pelantikan atau penyambungan Ketua Pengarah DBP tersebut Johan cuba memutarbelitkan arahan Perdana Manteri. Sedangkan pada 26 Mei 2008, Dato' Dr. Azmi (Setiausaha Sulit Khas) kepada Menteri Pelajaran sudah pun mengeluarkan surat kepada Johan selaku Pengerusi Lembaga Pengelola DBP supaya mengambil tindakan bagi menguruskan pelantikan atau penyambungan tugas Firdaus sebagai Ketua Pengarah DBP.

Namun, ternyata surat Pejabat Menteri Pelajaran dan surat arahan Perdana Menteri tersebut tidak diendahkan oleh Johan, malah diingkarinya.

Sebaliknya, dalam mesyuarat penuh Lembaga Pengelola DBP yang diadakan pada 26 Mei 2008, persoalan penyambungan atau pelantikan semula Fidaus dibincangkan secara umum dan tidak memaklumkan akan surat arahan Perdana Menteri, sedangkan pada mesyuarat lembaga pengelola DBP tersebut KSU Kementerian Pelajaran Malaysia ikut hadir bersama.

Mustahil KSU Kementerian Pelajaran tidak mengetahui akan arahan Perdana Menteri tersebut. Sepatutnya dalam Mesyuarat Lembaga Pengelola DBP tersebut, soal pelantikan Firdaus sebagai Ketua Pengarah DBP tidak wajar ditangguh dan dipersoalkan kerana pelantikan atau penyambungan semula tugas Firdaus sebagai Ketua Pengarah DBP adalah atas arahan Perdana Menteri.

Dalam hubungan ini, apakah muslihat Johan dan KSU Kementerian Pelajaran Malaysia?

Dalam waktu yang sama juga terdengar ura-ura bahawa Johan telah bersepakat dengan KSU Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri bagi menolak pelantikan atau penyambungan semula tugas Firdaus sebagai Ketua Pengarah DBP.

Oleh sebab itulah hingga hari ini, surat pelantikan atau penyambungan semula Firdaus sebagai Ketua Pengarah DBP sengaja dilengah-lengahkan.

Dalam hubungan ini, tidak hairanlah jika Johan bersama balaci-balacinya di DBP semenjak awal lagi telah menghantar surat edaran (survey) yang sangat tidak bersopan kepada kakitangan DBP supaya membuat pilihan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju melantik atau menyambung semula Firdaus sebagai Ketua Pengarah DBP. Surat edaran tersebut kononnya sudah mendapat keizinan pihak-pihak (pengurusan) tertentu DBP.

Sedangkan kakitangan DBP sudah mengetahui akan niat jahat yang tersirat serta 'master mind' di sebalik surat edaran tersebut.

Di samping itu, dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, KSU Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah meminta jasa baik orang tertentu yang baik dengan kakitangan DBP, meminta supaya memujuk Kesatuan Pekerja-Pekerja DBP, badan-badan penulis, individu-individu tertentu menghantar memorandum kepada Perdana Menteri melaluinya (KSU) atau Menteri Pelajaran menolak perlantikan semula Firdaus sebagai Ketua Pengarah DBP.

Dalam perkara ini, apakah hak KSU Kementerian Pelajaran Malaysia menentukan siapa yang berhak menjadi Ketua Pengarah DBP?

Sedangkan tali hayatnya sendiri di Kementerian Pelajaran pun sudah hampir tamat dan tidak mungkin disambung lagi kerana banyak pihak di Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menyukai akan sikap dan sifat beliau. Adakah KSU juga bercita-cita untuk menjadi Ketua Pengarah DBP?

Dalam persoalan tersebut, ternyata Johan dan KSU Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersepakat dan sekali gus berniat jahat untuk tidak memberi laluan kepada Firdaus menyambung tugasnya di DBP kerana beberapa kes yang berlaku di DBP sebelum ini melibatkan perancangan sulit mereka.

Andaikata Firdaus kembali bertugas sebagai Ketua Pengarah Eksekutif DBP sudah tentu agenda tersembunyi mereka sukar dilaksanakan dengan lancar dan licin.

Sekiranya mereka berdua tidak berniat jahat, kenapakah perlantikan Firdaus sebagai Ketua Pengarah DBP sengaja ditangguh-tangguhkan? Sedangkan mereka mengetahui akan penyambungan atau pelantikan semula Firdaus tersebut atas arahan Perdana Menteri sendiri. Dalam persoalan ini, ternyata mereka dengan sengaja telah mengingkari arahan Perdana Menteri.

Atas tindakan yang disengajakan oleh Johan dan KSU Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut sewajarnya mereka berdua diberi surat tunjuk sebab dan diambil tindakan disiplin yang atas keingkaran mereka itu. Mereka ini patutnya sudah boleh dipecat atas keingkaran dan membelakangkan arahan Perdana Menteri.

Sayugia diingatkan bahawa segala permasalahan yang timbul di DBP adalah kerana Johan telah mempermainkan ahli-ahli Lembaga Pengelola DBP yang lain.

Dan segala masalah yang dihadapi oleh DBP dan Firdaus dalam menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pengarah DBP sebelum ini adalah disebabkan oleh kerenah Johan juga yang sering kali mengganggu urusan eksekutif.

Segala haru-biru di DBP tersebut sudah diketahui oleh para Menteri Kabinet melalui Jawatankuasa Integriti Parlimen. Dengan perbuatan Johan dan para balacinya itu, imej DBP semakin buruk dan sekali gus mencalar reputasi Dato' Seri Hishamuddin, Menteri Pelajaran Malaysia kerana ketidaktegasannya serta menyambung kembali Johan yang membuat kacau-bilau di DBP sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola untuk tempoh dua tahun lagi.

Rawatan hingga malam

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Orang ramai kini boleh mendapatkan rawatan perubatan sehingga jam 9.30 malam di semua hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara berbanding setakat 4.30 petang sebelum ini.

Keputusan itu sejajar jangkaan peningkatan 25 peratus pesakit yang memanfaatkan perkhidmatan kesihatan di pusat perubatan kerajaan bagi menjimatkan kos berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata perlanjutan waktu operasi itu dilaksanakan di lebih 128 hospital dan 1,909 klinik termasuk Klinik Desa dan Klinik Kesihatan.

Selain itu, prosedur pembedahan yang sebelum ini dilakukan pada Isnin dan Jumaat kini dilakukan pada Sabtu.

“Kenaikan harga minyak baru-baru ini membuatkan orang ramai mengambil pelbagai langkah menjimatkan perbelanjaan termasuk beralih daripada mendapatkan perkhidmatan perubatan swasta kepada hospital dan klinik kerajaan.

“Arahan sudah dikeluarkan kepada semua kakitangan hospital dan klinik untuk membuat persediaan sewajarnya bagi menghadapi pertambahan pesakit termasuk mematuhi lanjutan waktu operasi yang ditetapkan supaya orang ramai dapat menjimatkan kos perubatan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan Simposium Sains Kesihatan 2008 anjuran Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini semalam.

Beliau berkata, bagi memastikan lanjutan waktu operasi itu berjalan lancar, doktor dan pegawai perubatan akan bertugas mengikut syif dan diberikan elaun khidmat lebih masa RM80 sejam.

“Kita turut mengalu-alukan doktor dan pegawai perubatan swasta berkhidmat secara sambilan di hospital dan klinik kerajaan dengan kadar bayaran RM80 sejam bagi menampung pertambahan bilangan pesakit,” katanya.

Berucap merasmikan simposium berkenaan, Abdul Latiff berkata pelaburan besar kerajaan dalam sektor kesihatan sejak 30 tahun lalu termasuk pembangunan infrastruktur, sumber manusia serta program pencegahan dan rawatan penyakit menunjukkan hasil apabila negara mencatat trend penurunan pelbagai jenis penyakit selain berjaya mencapai sasaran kesihatan untuk semua bagi semua menjelang 2020.

Namun, katanya, masih ada masalah kesihatan terutama berkaitan gaya hidup yang perlu ditangani bagi mengelakkan peningkatan bebanan kepada negara akibat keperluan kewangan dalam sektor kesihatan selain kerugian sumber manusia.

Seven to advise on local councils

The Star

IPOH: Perak has appointed seven professionals to sit on its new Independent Advisory Body for Local Government.

State Education, Local Government, Housing and Public Transport Committee chairman Nga Kor Ming said the seven would advise the state on managing the 15 local councils.

“They will also assist in the selection of councillors,” he said yesterday before handing out appointment letters to members of the advisory body.

The seven are former Ipoh City Council Datuk Bandar Datuk Ismail Shah Bodin, Datuk Anwar Hassan, Datuk Seri Yeop Junior Yeop Adlan, lawyer James Devadason, Datin Teoh Phaik Lean, accountant Datuk Richard Ong Guan Seng and lawyer Chan Kok Keong.

A secretariat, he said, would be set up at the State Secretariat building for the advisory body.

“Deputy state secretary Zakuan Zakaria will be the secretary of the secretariat,” he said, adding that the seven would decide among themselves who would helm the body.

He hoped with the advisory body, positive changes could be made to the state.

Kerajaan mungkin tidak laksana gaji dua kali sebulan

Berita Harian

KUALA TERENGGANU: Kerajaan mungkin tidak akan melaksanakan pembayaran gaji dua kali sebulan seperti dicadangkan berikutan tentangan banyak pihak, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan cadangan pembayaran gaji pegawai dan kakitangan kerajaan dalam dua ansuran sebulan mulai Ogos ini, pelbagai reaksi diterima dengan lebih banyak pihak yang menentang daripada menyokongnya.

"Ini termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) serta pemimpin parti politik sendiri yang menganggap ia menyusahkan dan bukan cara terbaik untuk membantu kakitangan awam menguruskan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan harga bahan api," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, keputusan muktamad hanya akan ditentukan pada mesyuarat Kabinet akan datang.

“Ramai yang beritahu perkara akan menyusahkan mereka. Mesyuarat Kabinet akan datang kita akan bincang dan kita akan buat keputusan muktamad nanti,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan MIC Negeri Terengganu 2008 di sini hari ini. - Bernama

18 June 2008

2 segmen baru laporan audit

Berita Harian

SERI KEMBANGAN: Laporan Ketua Audit Negara 2007 yang dijangka dibentangkan akhir Ogos ini akan mengandungi dua segmen baru sebagai tambahan kepada laporan pendedahan salah urus dana awam kementerian serta agensi kerajaan yang dilaksanakan buat pertama kali tahun lalu.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata laporan yang akan diumumkan serentak dengan Bajet 2009 itu turut memuatkan buat pertama kali laporan tahap pematuhan kementerian dan jabatan kerajaan kepada pelbagai peraturan kewangan berkenaan.

Beliau berkata, segmen baru laporan itu juga mengandungi rangkuman bentuk tindakan yang sudah dilaksanakan terhadap semua pihak terbabit susulan daripada pendedahan salah urus dana awam itu.

“Bagi menjelaskan apa yang sudah terjadi sejak pendedahan, laporan bagi 2007 akan mengandungi maklumat yang dikumpulkan mengenai tindakan yang sudah dijalankan dan pandangan diberikan sejak pendedahan berkenaan dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Kemuncak Audit dan Tadbir Urus Korporat Asia Pasifik Keempat anjuran badan penasihat bebas bidang audit, Columbus Circle di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Columbus Circle, Navin Pasricha; Pengarah Urusan (Penasihat) Columbus Circle, Ranjit Singh dan Pengarah Eksekutifnya, Deepa Calais.

Ambrin berkata, pihaknya sedang dalam peringkat akhir penyediaan laporan berkenaan yang turut didedahkan untuk penilaian pihak awam apabila ia dibentangkan akhir Ogos.

“Justeru, buat masa ini, kami tidak dapat memaklumkan atau membayangkan kepada umum mengenai salah laku pengurusan dana yang mungkin ada sepanjang tahun lalu,” katanya.

Ditanya mengenai pihak mana sepatutnya perlu menjadi penyampai maklumat jika berlaku penyelewengan dana yang berlaku pada peringkat kerajaan negeri, beliau berkata, kesalahan itu sepatutnya dikenal pasti Jabatan Audit Negara kerana ia turut mengaudit akaun terbabit.

“Kami mengaudit akaun kerajaan negeri, termasuk dana digunakan bagi melaksanakan projek pada peringkat negeri,” katanya.

Kerajaan sedia kaji semula gaji 2 kali sebulan

Utusan Online

IPOH 17 Jun - Kerajaan bersedia mengkaji semula pembayaran gaji pegawai dan kakitangan kerajaan sebanyak dua kali sebulan jika pelaksanaan sistem itu nanti menyusahkan golongan pekerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam bagaimanapun tetap mempertahankan langkah kerajaan itu kerana ia bertujuan meringankan beban pekerja ekoran kenaikan kos barang sekarang.

Menurut beliau, sistem pembayaran gaji tersebut adalah untuk membolehkan pekerja membuat perbelanjaan secara sama rata atau lebih tepat gaji pekerja sentiasa mencukupi sepanjang bulan.

''Menerusi gaji sebulan sekali, ada pekerja kehabisan wang dalam tempoh dua tiga hari selepas mendapat gaji. Ada yang tidak ada wang lagi untuk belanja hingga terpaksa meminjam daripada pihak lain.

"Jadi apabila gaji dibayar dua kali dalam sebulan pekerja boleh susun semula cara perbelanjaan masing-masing supaya duit gaji mencukupi untuk sepanjang bulan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Latihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang meminta kerajaan mengkaji semula pembayaran gaji kakitangan awam sebanyak dua kali sebulan mulai Ogos ini.

Subramaniam berkata, kerajaan sedar bahawa kakitangan awam memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan sistem pembayaran gaji tersebut.

Jelas beliau, ini termasuk bagaimana kakitangan awam hendak menguruskan soal pembayaran bil serta ansuran kereta dan rumah masing-masing pada setiap bulan.

Justeru, katanya, semua kakitangan awam perlu mengatur kewangan mereka dengan baik supaya masalah kehabisan duit gaji sebelum ini dapat diatasi.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan bahawa kerajaan bakal mengaut keuntungan kerana boleh menyimpan wang gaji pekerja selama 15 hari menerusi sistem pembayaran gaji baru itu.

Jelasnya, tanggapan sedemikian adalah salah kerana matlamat utama kerajaan dalam hal itu adalah untuk memastikan pekerja mempunyai wang sepanjang bulan.

''Kalau pekerja menghadapi masalah dengan sistem gaji baru itu nanti ia boleh dibawa kepada kerajaan semula dan kita akan buat keputusan yang baik untuk pekerja," jelasnya.

Ultimatum for civil servants

The Star

IPOH: Civil servants in Perak have been warned to pledge their full allegiance to the state government or be moved out of the state, Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said.

Speaking at a press conference in the run-up to Pakatan Rakyat’s 100th day in power which falls on July 7, Nizar said:

“We told them directly that if anyone refuses to give complete allegiance to the Government, the government of the day will tell him bye-bye.”

However, Nizar pointed out that the civil servants were beginning to be more confident of the Government.

“At first we had some problems because some adopted the wait-and-see attitude,” said Nizar, who was accompanied by his state executive council members.

On whether any civil servant had been removed or volunteered to leave, Nizar said:

“Surprisingly, none although we have told them that if they don’t want to be with the Government, the door is open.”

However, he did not respond when asked if Perak Religious Department director Datuk Jamry Sury, whom the government tried to remove, was counted as a civil servant.

Nizar noted that most of the problems raised by the people had elements of discrimination and his government would not tolerate that.

On whether the move to boycott Utusan Melayu in the five Pakatan Rakyat-led states could be seen as a form of discrimination, Nizar said: “If we allow Perakians to read Utusan, they would be even more racist.”

It was the obligation of the Government to stop racist sentiments from spreading, he added.

Nizar lamented that news of the state government giving out aid to 5,000 hardcore poor living in nine districts had not been highlighted in many newspapers.

Such functions could easily be given airtime but they were not, he said. “I think that it is unfair. But the people of Perak are smart and they can get coverage from the alternative media,” he added.

On the pledge to reduce water tariffs by 10%, senior exco member Datuk Ngeh Koo Ham said a survey found that domestic users felt the current rates were not a burden.

Ngeh also pointed out that the state was financially stable and had some RM700mil in its reserves despite a deficit in the past four years.

Nizar brushed aside several questions such as those touching on PAS Youth's call to implemented Islamic systems in Pakatan states and also on Islam Hadhari.

17 June 2008

PBBM Syor Struktur Semua Perkhidmatan Awam Disatukan Di Bawah Satu Skim

Bernama

SINTOK, 15 Jun (Bernama) -- Persatuan Badan-badan Berkanun Malaysia (PBBM) hari ini mengesyorkan kepada kerajaan supaya menyatukan semua perkhidmatan di bawah satu skim bagi menghadapi cabaran alaf ini.

Presiden PBBM Tan Sri Dr Nordin Kardi berkata penyatuan semua perkhidmatan akan memberi peluang kepada kakitangan terbaik mencapai tahap tertinggi dalam karier mereka dengan kerajaan.

"Mengikut sistem sekarang hanya mereka dalam kategori 'M' (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) berpeluang mengetuai pentadbiran tertinggi kerajaan sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) atau Ketua Setiausaha (KSU)," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi jawatankuasa PBBM sempena mesyuarat agung kali ke-25 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini, beliau berkata "kelompok" kategori itu adalah kecil sekitar 500 pegawai sedangkan mereka yang seangkatan semasa pengambilan mungkin mencecah 50,000 orang.

"Untuk mencari bakat terbaik mencapai kemuncak kerjaya seharusnya datang daripada kalangan 50,000 orang bukan 500 orang, kata Dr Nordin.

Walaupun KSN pernah menyatakan sesiapapun yang mencapai taraf JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) boleh dipilih menjadi ketua pengarah dan sebagainya tetapi pertimbangan utama masih diberi kepada mereka daripada skim perkhidmatan kumpulan M.

"Doktor perubatan yang cemerlang dalam perkhidmatan, memasuki universiti dengan keputusan mata 4.0 pada peringkat matrikulasi tidak mungkin mencapai kemuncak karier berbanding yang memasuki universiti dengan mata lebih rendah melalui saluran lain apabila mereka memilih perkhidmatan M," katanya.

Dr Nordin, yang juga Naib Canselor UUM, berkata PBBM berharap kerajaan berazam melaksanakan syor itu untuk menyatukan pegawai awam di bawah satu perkhidmatan sahaja supaya kerajaan tidak kehilangan bakat terbaik.

Dalam perkembangan lain, mesyuarat PBBM itu mencadangkan satu akta induk diwujudkan sebagai rujukan bagi semua badan berkanun di negara ini terutama daripada segi perkhidmatan dan kewangan.

Katanya satu pasukan petugas diketuai Ketua Pengarah Mardi Datuk Dr Abdul Shukor Abdul Rahman ditubuhkan bagi menjalankan kajian badan berkanun melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk membantu kerajaan.

-- BERNAMA

Utama pegawai lulus PTK, BITK naik pangkat

Berita Harian

SAYA mewakili Pembantu Tadbir Kewangan Kementerian Kesihatan (W17) berasa terkilan dengan cara kementerian menentukan pemilihan pemangkuan ke Gred W22. Selepas bertanya dengan Cawangan Kenaikan Pangkat KKM, saya dimaklumkan bahawa pihak lembaga mengarahkan memilih hanya mengikut senioriti.

Untuk makluman, tugas Pembantu Tadbir Kewangan kementerian ini meliputi tugas di bahagian gaji, elaun, vot, bil dan hasil. Ada di antara yang sudah dipilih hanya bertugas di satu tempat dan menjalankan kerja sama lebih dari 15 tahun kerana tidak mahu menerima cabaran baru, contohnya hanya bertugas di klinik tanpa menjalankan tugas di unit lain.

Ia dibuktikan dengan pegawai yang sudah dipilih untuk memangku jawatan Gred W22 dan pegawai yang sudah terpilih sebagai calon simpanan pada November 2007 hanya mengikut senioriti. Ramai yang terpilih hanya lulus PTK Aras 3 dan gagal BITK.

Apakah kelebihan kami yang sudah berkhidmat lebih daripada 16 tahun dan lulus peperiksaan PTK Aras 4, lulus BITK dan sudah menjalankan tugas di semua unit, tetapi tidak dipandang oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.

Mulai April lalu, saya dimaklumkan bahawa pihak kementerian akan meluluskan kenaikan pangkat tanpa temu duga.

Oleh kerana keputusan itu sudah ditetapkan oleh lembaga berkenaan, saya ingin mencadangkan agar Lembaga Kenaikan Pangkat menambah syarat pemilihan dengan memberi keutamaan kepada pegawai yang lulus PTK dan BITK di samping kenyataan cuti juga perlu disertakan ketika permohonan untuk mengelakkan pegawai yang selalu mengambil cuti sakit dan cuti kecemasan terpilih lagi dan menyekat rezeki orang yang lebih layak.

PEMBANTU TADBIR TERKILAN,
Senawang, Negeri Sembilan.

Kaji semula kadar Elaun Perumahan Wilayah

Berita Harian

PADA dasarnya saya amat bersetuju dan berterima kasih dengan kenyataan dan keprihatinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok berkaitan perbezaan kadar Elaun Perumahan Wilayah yang disiarkan akhbar ini, Sabtu lalu.

Penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung berasa terabai dari segi pengagihan elaun.

Pemberian semula Elaun Sara Hidup (Cola) yang kemudian kadarnya digandakan 100 peratus pada tahun lalu tidak dapat kami nikmati dengan alasan kami sudah menerima Elaun Insentif Wilayah. Alasan ini masih boleh diterima, tetapi bagaimana pula dengan bayaran Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang juga sudah beberapa kali dinaikkan kadarnya?

Untuk pengetahuan semua, bagi kakitangan yang bertukar wilayah (Sabah atau Sarawak bertukar ke Semenanjung atau sebaliknya), Elaun Perumahan Wilayah (EPW) diberi bagi menggantikan ITP.

Apa yang menghairankan mengapa kadar EPW yang diterima kakitangan kerajaan Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung begitu kecil berbanding kadar yang diterima oleh kakitangan berasal dari Semenanjung yang bertugas di Sabah atau Sarawak?

Sebagai contoh penerima EPW di beberapa daerah di Sabah memperoleh minimum RM630 sebulan sedangkan penerima EPW di sesetengah daerah di Semenanjung hanya memperoleh serendah RM170 sebulan.

Jumlah ini amat jauh berbeza sedangkan kalau dilihat dari segi realiti kos sara hidup termasuk sewa rumah di Semenanjung ini lebih tinggi dari Sabah dan Sarawak. Apakah rasional perbezaan kadar sebesar itu?

Kalau perbezaan kadarnya adalah kecil mungkin tidak menjadi persoalan, tetapi dengan perbezaan kadar sebesar RM460 sebulan, adalah sesuatu yang tidak adil bagi kami kakitangan Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung.

Dengan pertimbangan kerajaan untuk menaikkan lagi kadar ITP, kami juga ingin memohon pertimbangan pihak kerajaan untuk mengkaji semula dan menaikkan kadar EPW di sesetengah daerah di Semenanjung ini yang sudah tidak relevan kadarnya.

Janganlah ketika ada kakitangan kerajaan bergembira dengan kadar elaun yang semakin meningkat, ada pula segelintir yang berasa terpinggir dan dianaktirikan.

PERANTAU,
Jerantut, Pahang.

15 June 2008

Cuepacs want Govt to standardise COLA

NSTP

Cuepacs today asked the government to revise the cost of living allowance (Cola) for civil servants in tandem with the hike in prices of fuel and essential items.

President Omar Osman said the Cola quantum fixed based on the workplace location was no longer relevant as civil servants working in rural areas were also paying the same price for petrol as their colleagues in urban areas.

“For instance, in Kuala Lumpur, the Cola has been been fixed at RM300 and RM150 in other districts. The quantum is no longer relevant owing to the 41 per cent rise in petrol price and 63.3 per cent for diesel,” he told reporters after opening the 15th annual general meeting of the Pahang branch of the National Union of Health and Medical Employees.

Petrol price had increased by 78 sen to RM2.70 a litre and diesel up by RM1 to RM2.58 a litre.

Omar said civil servants’ salary rise of up to 35 per cent in July last year would not be enough to cope with the additional financial burden.
He said the public sector umbrella union would forward a proposal to the government to standardise the Cola rate regardless of the workplace locality or increase the Cola amount to tide over with the higher living cost.

Omar said Cuepacs would also ask the government to consider a special allowance for civil servants required to work at night as an incentive for working odd hours than their colleagues working the normal work shift.

He said night-shift employees needed higher concentration at their workplace to the extent that some of them suffer undue stress.

The two proposals would be open to members for their approval at the congress’ meeting on June 28, he said.

The union would also discuss at the meeting whether to agree or reject the government’s decision to pay salary twice a month from August to civil servants, he added.

14 June 2008

Peluang 23,471 guru naik pangkat

Utusan Online

PUTRAJAYA 13 Jun - Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan terdapat 23,471 peluang kenaikan pangkat untuk guru dan pensyarah di sekolah, Institut Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan kolej matrikulasi.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada jumlah itu, 14,782 jawatan disediakan untuk guru sekolah menengah tingkatan enam dan sekolah menengah yang mempunyai jumlah kemasukan murid lebih 1,750 orang.

''Jawatan terlibat ialah pengetua sekolah tingkatan enam dengan gred DG52 (794 jawatan), pengetua sekolah menengah dengan enrolmen murid 1,750 ke atas bagi gred DG52 (116) dan masing-masing 158 dan 636 untuk jawatan penolong kanan tingkatan enam gred DG48 dan DG44.

''Bagi guru akademik dan kokurikulum pula, 1,039 jawatan disediakan bagi guru DG52, 3,311 untuk jawatan DG48 dan 8,728 untuk DG44," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di sini hari ini.

Katanya, bagi urusan pemangkuan, semua guru berkenaan diberi kelonggaran dari segi syarat lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) tetapi perlu lulus ujian itu untuk urusan kenaikan pangkat.

''Keutamaan diberi kepada penyandang sedia ada dan pengisian jawatan adalah berasaskan sekolah. Untuk pertimbangan ke Gred DG44, kriteria tambahan adalah guru yang telah berkhidmat di gred DG41 selama lima tahun," katanya.

Tambah beliau, guru tingkatan enam gred DG41 yang berjaya dinaikkan pangkat ke gred DG44 perlu kekal mengajar di tingkatan enam sekurang-kurangnya lima tahun sebelum ditukarkan.

Alimuddin berkata, selain sekolah tingkatan enam dan yang mempunyai jumlah kemasukan murid 1,750 ke atas, kementerian pada masa yang sama menyediakan peluang kenaikan pangkat untuk pensyarah di Institut Aminuddin Baki, IPG dan kolej matrikulasi.

''Di Institut Aminuddin Baki terdapat 757 jawatan iaitu DG54 (1), DG52 (77), DG48 (250) dan DG44 (429).

''Untuk IPG 4,772 jawatan iaitu DG54(28), DG52 (584), DG48 (1,933) dan DG44 (2,227)," katanya.

Beliau berkata, 3,160 jawatan diwujudkan di kolej matrikulasi iaitu 356 jawatan untuk DG52, 1,085 jawatan untuk DG48 dan 1,719 jawatan untuk DG44.

''Urusan pemangkuan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah bagi mengisi jawatan gred DG44, DG48 dan DG52 di Institut Aminuddin Baki, IPG dan kolej matrikulasi dibuat melalui surat siaran 26 Mei lalu," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng mengalu-alukan pengumuman itu tetapi meminta Kementerian Pelajaran mempertimbangkan kenaikan pangkat untuk guru di sekolah kluster.

''Guru sekolah kluster mempunyai kerja lebih dan tidak lagi bekerja mengikut masa persekolahan biasa. Justeru mereka patut diberi lebih banyak peluang kenaikan pangkat," katanya.

Jurang elaun wilayah diteliti

Berita Harian

Oleh Hassan Omar

Kakitangan awam dari Sabah, Sarawak berkhidmat di Semenanjung terima bayaran rendah

KOTA KINABALU: Jurang perbezaan elaun wilayah dan perumahan antara pegawai dan kakitangan awam agensi kerajaan dari Sabah serta Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung berbanding sebaliknya, akan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kakitangan awam dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung menerima elaun agak rendah sedangkan kos sara hidup di Semenanjung lebih tinggi berbanding di kedua-dua negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Bernard Dompok, berkata beliau akan mengemukakan perkara itu kepada JPA bagi membolehkan kajian mengenainya dibuat berikutan peningkatan kos sara hidup.

"Banyak rungutan diterima, maka perkara ini perlu diteliti kerana kos sara hidup semakin meningkat," katanya selepas melawat Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, semalam.

Beliau dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Datuk Normah Md Yusof, diberi taklimat oleh Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Ismail Wadin.

Dompok bertanggungjawab terhadap aspek pentadbiran Setiausaha Persekutuan Sabah dan Sarawak, selain Mampu dan Biro Pengaduan Awam.

Beliau berkata, kebanyakan pegawai dan kakitangan agensi kerajaan negeri Sabah dan Sarawak memohon bertukar ke agensi kerajaan Persekutuan untuk menimba pengalaman berkhidmat di agensi lebih besar.

"Selain itu, peluang kenaikan pangkat lebih terbuka jika berkhidmat di agensi Persekutuan. Bagaimanapun, tangga gaji pegawai dan kakitangan di negeri dan Persekutuan tetap sama," katanya.

Dompok berkata, pegawai dan kakitangan agensi kerajaan Sabah dan Sarawak boleh mengemukakan permohonan bertukar menerusi ketua jabatan masing-masing sebelum diproses di Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri.

Mengenai usaha meningkatkan sistem penyampaian, beliau meminta Mampu dan Setiusaha Persekutuan Sabah berbincang lanjut mengenai beberapa perkara yang perlu diberi perhatian bagi menjamin kualiti perkhidmatan kerajaan.

Sementara itu, Ismail berkata, setakat ini pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah belum menerima permohonan pertukaran daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Sabah.

Bagaimanapun, katanya, beliau difahamkan memang ada permohonan dikemukakan dan pejabatnya sedia memprosesnya.

Gaji dua kali sebulan galakkan kakitangan awam berhutang

Berita Harian

KEPUTUSAN kerajaan untuk melaksanakan sistem pembayaran gaji pada pertengahan dan akhir bulan bermula Ogos ini dilihat mempunyai kelebihan dan kontranya. Namun saya berpendapat ia lebih banyak kontra dan menimbulkan kekeliruan di kalangan kakitangan awam yang kesannya akan diterima golongan berpendapatan kurang RM1,500 sebulan.

Kesan kenaikan harga barang dan minyak di negara kita khususnya, lebih dirasai golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Perlu diingat bahawa golongan ini sedang dalam proses menyesuaikan diri dan mengatur semula corak perbelanjaan mereka gara-gara kenaikan harga minyak.

Justeru, apabila kerajaan mengumumkan satu lagi perubahan dasar yang juga berkaitan dengan pendapatan mereka, ia menyebabkan satu lagi suasana panik dan tidak tenteram di kalangan mereka.

Polisi baru berkaitan pengagihan gaji kakitangan awam itu tidak dinafikan memberi kesan positif kepada rakyat bagi menggerakkan aliran kewangan di kalangan rakyat. Namun, rata-rata daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana menggunakan separuh hingga tiga suku daripada pendapatan mereka untuk membayar bil, sewa rumah, bayaran kereta, perbelanjaan isi rumah, perbelanjaan sekolah anak-anak dan sebagainya.

Justeru, dasar baru itu akan menyebabkan mereka langsung tidak mempunyai baki untuk hal kecemasan atau untuk perbelanjaan peribadi hatta perbelanjaan untuk ke tempat kerja sekalipun. Hal ini akan menyebabkan rakyat cemas dan lebih sukar mengatur perbelanjaan mereka dan pastinya ia sedikit sebanyak bakal menjejaskan mutu perkhidmatan mereka sebagai kakitangan awam.

Cadangan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk melaksanakan sistem pembayaran 30:70 pada pertengahan dan akhir bulan juga tidak praktikal kerana masalah yang sama seperti di atas tetap wujud.

Presidennya, Omar Osman, berkata pembayaran gaji mengikut mekanisme itu boleh mengelakkan kakitangan awam mengalami sindrom kehabisan wang pada setiap awal bulan. Namun jika dilihat kepada situasi yang disebutkan di atas, kakitangan awam sebenarnya bakal sentiasa kehabisan wang kerana perbelanjaan asas saja hampir menyamai keseluruhan gaji mereka.

Saya lebih bersetuju dengan kenyataan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak bersetuju dengan mekanisme itu kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada cara hidup kakitangan gred rendah.

Malah saya berasa agak terkilan apabila Cuepacs menyatakan langkah kerajaan ini dapat menangani perbelanjaan boros di kalangan rakyat. Kenyataan ini nyata tidak benar dan tidak berasas sama sekali, kerana golongan berpendapatan rendah dan sederhana pada hakikatnya sedang bergelut dengan masalah untuk berbelanja keperluan asas semata-mata dan langsung tidak 'berkesempatan' untuk berboros.

Kenaikan harga minyak dan barang menyebabkan mereka ini tersepit bagi mengatur perbelanjaan keperluan asas dan mana mungkin mereka ini berkesempatan untuk boros.

Sehubungan itu, kerajaan dirayu agar kembali mengkaji semula mekanisme baru itu yang bakal dilaksanakan pada Ogos ini.

NOORAZMIR ZAKARIA,
Bandar Sri Permaisuri,
Kuala Lumpur.

5 jabatan Kementerian Pelajaran disusun semula

Berita Harian

Digabung menjadi tiga sektor diketuai Timbalan Ketua Pengarah

LIMA jabatan utama Kementerian Pelajaran distruktur semula kepada tiga sektor berdasarkan pengkhususan fungsi dengan masing-masing diterajui Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) yang diselaraskan kepada gred perjawatan Jusa A.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata jabatan terbabit ialah Jabatan Sekolah, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Teknikal serta Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan yang juga masing-masing diketuai TKPPM pada gred Jusa B, Jusa C dan juga DG54.

Berikutan penstrukturan semula yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 1 Mac lalu, katanya, peranan semua jabatan berkenaan diserapkan ke dalam sektor baru terbabit mengikut kesesuaian fungsi.

Beliau berkata, tiga sektor baru itu ialah Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Sektor Operasi Pendidikan serta Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan.

"Komponen Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan meliputi Pembangunan Kurikulum, Teknologi Pendidikan, Lembaga Peperiksaan, Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Buku Teks serta Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

"Pengisian Sektor Operasi Pendidikan pula mencakupi Pengurusan Sekolah Harian, Pendidikan Islam, Pendidikan Khas, Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster, Pelajaran Swasta, Teknik dan Vokasional, serta Sukan, Seni dan Kokurikulum.

"Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan membabitkan komponen Pendidikan Guru, Institut Aminuddin Baki (IAB), Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, serta Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

"Jawatan TKPPM dan ketua bagi setiap komponen dalam tiga sektor berkenaan sudah ada pemangku, berkuat kuasa 1 Jun lalu. Secara keseluruhan, jawatan ketua bagi setiap komponen ialah Pengarah, kecuali Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta Rektor IPGM, membabitkan penyandang pada gred Jusa B, Jusa C dan DG54," katanya kepada Berita Harian di Putrajaya, semalam.

Alimuddin berkata, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Haili Dolhan, dinaikkan pangkat sebagai TKPPM Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan; TKPPM Jabatan Sekolah, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim (TKPPM Sektor Operasi Pendidikan); serta Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Datin Asariah Mior Shaharuddin (TKPPM Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan).

Bagaimanapun, katanya, empat TKPPM lain dalam struktur sebelum ini terus menerajui komponen Pendidikan Khas, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional, serta Sukan, Seni dan Kokurikulum selaku Pengarah.

Namun, beliau berkata, proses perbincangan diteruskan bagi menentukan nama lebih sesuai bagi keseluruhan jawatan pegawai kanan (kecuali TKPPM) dalam setiap sektor itu, selain membuat penyusunan kakitangan jabatan terdahulu mengikut kesesuaian fungsi tugas.

"Proses itu dijangka selesai dalam tempoh sebulan. Berbanding struktur terdahulu yang dibuat berdasarkan bidang, langkah pemantapan dan penambahbaikan kali ini adalah mengikut fungsi. Sebagai contoh, semua urusan berkaitan kurikulum diletakkan di bawah komponen Pembangunan Kurikulum, Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan.

"Sebelum ini, setiap jabatan ada unit kurikulum masing-masing. Justeru, mereka saling tidak mengetahui kurikulum pendidikan jabatan lain. Kini dengan beroperasi dalam satu sektor sama, mereka boleh berbincang dan membuat penambahbaikan bersama, sekali gus mempertingkat keberkesanan pelaksanaan.

"Menerusi proses penyusunan kini, ada sektor bakal memperoleh lebih ramai kakitangan dan begitulah sebaliknya tetapi langkah ini tidak membabitkan sebarang pelantikan kakitangan tambahan baru dalam Kementerian Pelajaran," katanya.

11 June 2008

Tiada halangan kakitangan awam kerja sambilan jika dapat kelulusan

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia tidak akan menghalang mana-mana kakitangan awam daripada bekerja sambilan selepas waktu kerja rasmi atau hujung minggu berikutan kenaikan kos sara hidup sekiranya diluluskan kerajaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Noraini Ahmad, berkata sekiranya syarat yang sedang dikaji kerajaan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diluluskan, pihaknya tidak membantah.

“Memang dalam pekeliling mengatakan kakitangan awam tidak boleh cari pekerjaan kedua tapi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz mengalakkan perkara sedemikian maka kami (kementerian) amat mengalu-alukannya, asalkan kakitangan awam tahu tanggungjawab ataupun tugas utama mereka,” katanya.

"Kakitangan awam yang mahu bekerja sambilan juga seharusnya tidak melebihkan kerja sambilan kerana dikhuatiri mengganggu produktiviti dan mesti mendapat kelulusan JPA terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak Dua, di sini, hari ini.

Noraini berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Amirsham semalam yang menyebut kerajaan akan berbincang dengan JPA bagi mencari jalan terbaik untuk membolehkan kakitangan awam terutama kumpulan sokongan bekerja sambilan.

Amirsham berkata, sebagai contoh golongan itu mungkin boleh diberi peluang bekerja sambilan untuk tempoh singkat antara dua atau tiga jam sehari seperti menjadi operator dan juruwang selepas waktu kerja di sektor awam.

Sementara itu, Noraini berkata program teras kementerian seperti Karnival Pekerjaan akan diteruskan walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini mengumumkan beberapa langkah berjimat termasuk membekukan jawatan baru dalam perkhidmatan awam. - Bernama

Mohd Sidek Presiden baru UIA ganti Sanusi

Berita Harian

Mohd Sidek

KUALA LUMPUR: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) mengumumkan pelantikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Presiden baru universiti itu berkuat kuasa 2 Jun lalu.

Pelantikan itu diputus dan direstui Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang juga Ketua Perlembagaan UIA.

Pengarah Pejabat Perhubungan Awam UIA, Abdul Rahim Ahmad, berkata komuniti universiti itu mengalu-alukan pelantikan Mohd Sidek sebagai Presiden UIA kelima.

Katanya, Presiden UIA bertindak sebagai Pengerusi Lembaga Gabenor yang bertemu setahun sekali dan Pengerusi Majlis yang bertemu setiap tiga bulan sekali.

"Kami memanjangkan penghargaan tidak terhingga kepada bekas Presiden UIA, Tan Sri Sanusi Junid sepanjang perkhidmatan di universiti ini," katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, Sanusi pada sidang media di kediamannya di sini, semalam, menjelaskan beliau menerima surat penamatan perkhidmatannya sebagai Presiden UIA pada 9 Jun yang ditandatangani Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIA mengikut Bahagian IV Perkara 20 (iii) Perlembagaan UIA.

Sanusi yang menjadi Presiden UIA sejak Februari 2000, berkata surat pemecatan beliau bertarikh 2 Jun 2008 dan berkuat kuasa pada hari sama, tanpa dinyatakan sebarang sebab atau kesalahan yang dilakukan hingga kontrak perkhidmatannya perlu ditamatkan dua tahun lebih awal.

Katanya, beliau tidak membuka surat itu pada tarikh berkenaan kerana berada di luar negara dan hanya balik ke pejabatnya di UIA pada 9 Jun.

"Penamatan perkhidmatan saya sebagai Presiden UIA dengan serta-merta ini adalah satu pemecatan disebabkan desakan beberapa pihak berkepentingan," katanya sambil menambah Perlembagaan UIA tidak menyatakan Presiden perlu menjadi ahli Umno.

Katanya, Perlembagaan UIA menetapkan bahawa seorang Presiden boleh menghantar surat kepada Ketua Perlembagaan untuk mengundurkan diri atau beliau boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Ketua Perlembagaan atas nasihat 'host member' (Perdana Menteri).

Sanusi yang juga bekas Menteri Pertanian dan Setiausaha Agung Umno, bagaimanapun berkata, beliau tidak sedih, malah menganggapnya pemecatan terhormat.

Katanya, maruahnya juga tidak tercemar dengan pemecatan itu kerana beliau disuruh berhenti daripada 'beribadah' menerusi khidmatnya di UIA, bukannya berhenti daripada menerajui syarikat korporat yang meraih ganjaran kewangan besar.

Membacakan kenyataan bertulisnya dalam sidang media lebih sejam itu, Sanusi berkata, walaupun sudah dipujuk beberapa pihak, beliau sudah menjelaskan tidak akan meletak jawatan secara sukarela disebabkan tidak lagi menjadi ahli Umno.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini bahawa tiada siapa mendesak Presiden UIA meletak jawatan, Sanusi mempersoalkan kewibawaan menteri Kabinet yang disifatkannya tidak lagi mewakili suara kerajaan kerana pandangan mereka tidak diambil kira dalam keputusan kerajaan.

Kakitangan awam diminta tingkat prestasi

Berita Harian

PUTRAJAYA: Anggota perkhidmatan awam, terutama dalam bidang kehakiman dan perundangan, perlu meningkatkan prestasi dan tahap perkhidmatan kepada rakyat yang kini meletakkan harapan begitu tinggi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim, berkata setiap anggota perkhidmatan awam perlu melakukan perubahan jika ingin perkhidmatan mereka terus relevan dan dapat memenangi kembali keyakinan rakyat.

"Harapan rakyat terhadap perkhidmatan awam sejak akhir-akhir ini begitu tinggi, terutama bidang kehakiman dan perundangan. Justeru, setiap anggota perkhidmatan perlu menilai keberkesanan perkhidmatan yang diberikan.

"Jika perkhidmatan awam ingin terus relevan, ia perlu berubah. Ia perlu sentiasa melakukan pembaharuan iaitu lebih baik, strategik dan berdisiplin," katanya berucap pada majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah BHEUU, Datuk Abdullah Sani Ab Hamid; Ketua Pengarah Biro Bantuan Guaman, Dr Hassan Ab Rahman; dan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Hasnah Mohamed Hashim.

Pada majlis itu, Zaid turut menyampaikan anugerah kepada 123 pegawai dan kakitangan agensi berkenaan.

Zaid berkata, tanggungjawab melakukan perubahan terletak pada setiap pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam dan setiap seorang daripada mereka perlu menunjukkan teladan kerja yang berlandaskan demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

Sambil mengakui tugas mengembalikan keyakinan rakyat khususnya terhadap jabatan kehakiman dan perundangan bukan sesuatu yang mudah, beliau berkata, anggota perkhidmatan awam wajar mencontohi kejayaan perkhidmatan awam negara lain dalam bidang berkenaan.

"Tanggungjawab ini terletak di atas bahu semua, tak kira pada peringkat atas atau bawah, kita perlu ada semangat berpasukan...

"Jika perkhidmatan kita dipimpin oleh demokrasi dan kedaulatan undang-undang maka akan berkurangan tuduhan salah laku, sekali gus memulihkan imej kita yang amat diperlukan," katanya.

Zaid berkata, anggota perkhidmatan awam juga perlu fleksibel dalam pemikiran dan tindakan supaya berupaya melakukan tugas di luar daripada kebiasaan dan mencapai kecemerlangan.

59,176 siswazah mohon ikuti kursus perguruan

Berita Harian

Semakan temu duga menerusi online mulai 15 Julai depan

KEMENTERIAN Pelajaran menerima 59,176 permohonan bagi mengisi 8,908 tempat ditawarkan bagi mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) sesi kemasukan Januari 2009.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datin Asariah Mior Shaharuddin, berkata daripada jumlah itu, 56,622 calon memenuhi syarat kelayakan dan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST), 24 Mei lalu.

Sambil menjelaskan tiada perubahan syarat kelayakan pengambilan kali ini berbanding sesi lalu, beliau berkata, keputusan calon mendapat panggilan temu duga boleh disemak menerusi online mulai 15 Julai depan.

Katanya, proses temu duga calon terpilih akan dijalankan akhir Julai hingga akhir September depan di pusat tersenarai seluruh negara meliputi 27 institut pendidikan guru (IPG), Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kuantan, Pahang, serta BPG cawangan Sabah dan Sarawak.

“Temu duga berkenaan memfokus aspek ilmu pengetahuan calon dalam mata pelajaran yang dipohon. Ini penting bagi memastikan calon terbabit menguasai kandungan subjek dengan baik.

“Seterusnya, kepekaan calon terhadap pengetahuan am dan isu semasa, lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan, termasuklah mengenai Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

“Selain itu, perhatian turut diberikan terhadap aspek sahsiah yang menepati ciri pendidik dikehendaki, kemahiran berkomunikasi, keprihatinan serta kematangan calon selaras matlamat kementerian menjana guru berkualiti tinggi.

“Tidak ketinggalan diambil kira aspek penampilan diri dan pertuturan calon. Sasaran temu duga juga ke arah mengenal pasti sama ada calon benar-benar berminat menyertai profesion keguruan supaya mereka boleh memberi sepenuh komitmen terhadap pelaksanaan tugas kelak,” katanya ketika ditemui di Putrajaya, semalam.

Asariah berkata, calon terbabit boleh menyemak keputusan tawaran pengambilan secara online mulai 24 Disember dan mereka yang berjaya dijadualkan mendaftar kemasukan serentak di semua IPG, 12 Januari tahun depan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemilihan calon kini memberi keutamaan kepada ketepatan bidang ijazah kelulusan mereka dengan opsyen pengajian KPLI yang dipohon.

Katanya, elemen penting itu dititik berat bagi memastikan calon sudah menguasai kandungan subjek berikutan tempoh pengajian singkat program KPLI selama setahun di IPG akan tertumpu kepada aspek pedagogi.

Mengenai penerimaan jumlah permohonan tinggi untuk tawaran kemasukan KPLI walaupun beban tugas guru kini semakin banyak serta mencabar, Asariah menegaskan, faktor itu bukan penghalang kepada mereka yang benar-benar meminati dan mencintai kerjaya mulia itu.

“Sebenarnya, saya mengagumi guru sanggup berkorban, malah lebih daripada apa yang dituntut, meskipun ia tidak ditonjolkan kepada pengetahuan umum.

“Justeru kepada semua bakal pendidik, saya menyeru mereka memahami tanggungjawab dan tugas guru. Ceburilah profesion mulia ini dengan penuh ikhlas dan minat, bukan atas peluang makan gaji semata-mata.

“Malah, pengisian latihan di IPG amat menekankan pembentukan jati diri guru berkualiti. Ini termasuklah dari segi penempatan ke sekolah di kawasan pedalaman dan luar bandar selepas tamat mengikuti pengajian kelak.

“Mereka mesti bersedia menerima penempatan di mana saja dengan niat menjadi guru unggul yang mengutamakan keperluan pelajar, bukan hanya memikirkan kepentingan diri,” katanya.

09 June 2008

PDRM kena telus isu pertukaran, kenaikan

Berita Harian

SAYA ingin merujuk pertukaran anggota polis tidak telus yang disiarkan ruangan ini, 3 Jun lalu dan bersimpati dengan apa yang dihadapi keluarga pengadu. Apa yang dinyatakan pengadu, mempunyai kebenarannya dan sememangnya banyak berlaku pertukaran anggota disebabkan kenaikan pangkat seperti diumumkan Disember lalu.

Sebagai anak bekas anggota polis dan masih menuntut di pusat pengajian tinggi tempatan, ayah saya turut terkilan kerana pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengamalkan ketelusan dalam isu pertukaran dan kenaikan pangkat.

Di sini saya ingin mendapatkan kepastian mengapa pertukaran dilakukan. Adakah PDRM menilai atas dasar kenaikan pangkat, maka perlu ditukarkan atau kerana tempoh perkhidmatan terlalu lama di sesuatu kontinjen atau daerah bukan kerana prestasi kerja dipamerkan atau disebabkan masalah peribadi.

Sebagai contoh anggota yang bertugas di kontinjen yang tidak sibuk ditukarkan ke kontinjen yang mempunyai kadar jenayah tinggi supaya berasa pula bahangnya.

Satu ketidakadilan saya rasakan jika perkara ini diambil kira kerana pertukaran baru-baru ini seperti mereka yang berkhidmat di kontinjen Selangor banyak ditukar ke kontinjen Kuala Lumpur dan kontinjen Kuala Lumpur ke Selangor atau ke kontinjen lain.

Pengurusan PDRM perlu mengambil kira dalam proses pertukaran pegawai dan anggota supaya situasi 'menang-menang' digunakan bagi menjaga kebajikan warga PDRM terutama anggota yang mempunyai pendapatan rendah dan secara tidak langsung dapat memberi perkhidmatan lebih berkesan.

Warga PDRM banyak berdiam diri dalam hal ini kerana tidak berani bersuara disebabkan kesibukan dan masalah yang disuarakan tidak kesampaian.

Saya juga berharap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat memberi satu garis panduan dan jika perlu dipantau supaya pembaziran wang rakyat tidak berlaku kerana membiayai pertukaran pegawai dan anggota.

Saya berharap pengurusan PDRM lebih profesional dalam menilai semula proses pertukaran pegawai dan anggota supaya mengisi kekosongan yang wujud di sesuatu kontinjen terlebih dulu dan jika berlebihan barulah ditukar ke kontinjen lain yang berjiran dengan kontinjen berkenaan.

KUDIN,
Kok Lanas, Kelantan.

Kakitangan awam dilarang kerja sambilan

Utusan Online

KUALA LUMPUR 8 Jun – Kementerian Sumber Manusia tidak bersetuju dengan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk membolehkan kakitangan kumpulan sokongan bekerja sambilan selepas waktu pejabat.

Timbalan Menterinya, Datuk Noraini Ahmad berkata, kakitangan awam tidak boleh melakukan kerja sambilan kerana ia telah terikat dengan perjanjian dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dikhuatiri boleh mengganggu produktiviti mereka.

‘‘Jika kakitangan awam berterusan hendak melakukan kerja sambilan, mereka hendaklah berbincang dengan pihak JPA sendiri,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas penyampaian Anugerah Hari Ibu anjuran sebuah akhbar harian dan Secret Garden di Hotel Nikko di sini hari ini.

Semalam, CUEPACS mencadangkan kerajaan memberi kelonggaran kepada kira-kira 850,000 kakitangan awam kumpulan sokongan untuk bekerja sambilan selepas waktu pejabat.

Menurut kongres itu, kakitangan awam bagi kumpulan P1 T1 kini berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan tarif elektrik.

Noraini menjelaskan, seseorang kakitangan awam tidak boleh melakukan pekerjaan sambilan walaupun ia tidak mengganggu produktiviti mereka.

Malah, katanya, kerajaan juga telah menaikkan gaji kakitangan awam pada tahun lalu bagi tujuan mengurangkan beban yang mereka tanggung.

‘‘Kenaikan gaji itu diberi bagi membolehkan mereka mendapat pendapatan lebih tanpa perlu melakukan kerja sambilan,” ujarnya.

06 June 2008

Cari calon wibawa jadi Ketua Pengarah DBP

Utusan Online

PIMPINAN utama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah pun kosong setelah penjawatnya tamat tempoh perkhidmatannya baru-baru ini. Sehingga kenyataan ini dibuat, belum lagi nampak bayang gantinya.

Memandangkan peranan DBP amat besar sebagai peneraju kegemilangan tamadun bahasa Melayu di negara ini (malah sehingga di peringkat rantau Asia dan antarabangsa jika merujuk perancangan strategi jangka panjang DBP), tokoh yang dipilih perlulah memiliki kewibawaan yang unggul dan dapat memacu DBP bagi merealisasikan perancangannya.

Jika tidak, seperti yang baru berlalu, DBP semacam 'kaku' dan banyak pihak mengambil peluang untuk tidak 'menghormati' bahasa Melayu sehingga keadaan berleluasa sekarang ini.

Membiarkan jawatan penting ini terlalu lama pastinya akan menggendalakan usaha memperkasa kembali bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan tamadun ilmu. Adakah negara sudah ketandusan tokoh? Rasanya tidak!

Tokoh seperti Prof. Dr. Awang Sariyan yang kini menjawat jawatan Profesor bagi Kerusi Pengajian Bahasa Melayu di Beijing antara tokoh yang paling layak dan sesuai bagi memikul tanggungjawab tersebut.

Tokoh lain yang boleh pertimbangkan juga ialah Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan (Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya) di samping pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang berwawasan seperti Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Gabungan mana-mana tokoh tersebut dipercayai dapat mengembalikan maruah dan peranan DBP. Walau apa pun, mana- mana calon yang terpilih perlulah mampu memikul amanah ke arah memartabatkan semula bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu khususnya bagi bidang sains dan teknologi agar kembali semula ke landasan yang betul seperti status sebelum tahun 2002 - daripada peringkat rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Hanya cara ini tamadun bahasa Melayu akan kembali gemilang akibat pengembangannya yang menyeluruh bagi semua bidang ilmu, tegasnya tidak dihadkan bagi bidang-bidang tertentu sahaja.

KAMAL SHUKRI ABDULLAH SANI

Timbalan Presiden

Persatuan Linguistik Malaysia

05 June 2008

Pakar perubatan kesihatan dipinggir

Berita Harian

ISU pakar perubatan kesihatan awam sering diketengahkan melalui akhbar selain diajukan kepada Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi sehingga kini tiada tindakan susulan diambil.

Bermula 2004, isu pakar perubatan kesihatan awam sudah mula dipinggirkan dari segi pengiktirafan kepakaran, penempatan dan juga kenaikan pangkat. Seperti pakar perubatan lain, pakar perubatan kesihatan awam perlu menghabiskan empat tahun tempoh pengajian di mana-mana universiti melalui sesi pembelajaran, penempatan untuk latihan, menyiapkan tesis dan menghadapi peperiksaan setiap tiga bulan selain peperiksaan tahunan.

Tetapi, apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana, kami hanya layak menerima 80 peratus elaun pakar iaitu insentif pakar kesihatan awam. Persoalannya, kenapakah tidak diberi 100 peratus seperti pakar lain? Adakah kami bukan pakar? Jika ada masalah dari segi silibus pengajian peringkat sarjana, ia perlu diubah dan dibincangkan.

Umum mengetahui skop kerja pakar perubatan kesihatan awam berbeza dengan pakar klinikal lain dan skop kami lebih kepada penggalakan, mencegah dan pemulihan. Tanpa kesihatan awam, saya menjangkakan beban hospital bertambah dengan kemasukan lebih ramai pesakit.

Bermula 2005 hingga sekarang, kenaikan pangkat pakar perubatan kesihatan awam juga terbantut. Saya merujuk kepada diri yang sudah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan selama 11 tahun dan memulakan kerjaya sebagai pakar perubatan kesihatan awam sejak 2005.

Saya sekarang memangku U44 sejak dua tahun lalu tanpa disahkan dalam gred U44 dan kenaikan pangkat ke gred U48 nampaknya masih kabur. Ini terbukti dengan pengakuan, alasan dan penerangan yang dikeluarkan pegawai di Bahagian Sumber kementerian dan JPA. Apabila ditanya mengenai status kenaikan pangkat, alasan diberi masih dalam proses atau sedang dikemas kini.

Saya merayu semua pihak yang bertanggungjawab supaya melayan kakitangan awam secara adil dan sama rata. Menafikan hak pegawai profesional untuk peluang kenaikan pangkat akan menyebabkan terbantutnya sistem perkhidmatan awam.

DR ROSMAH,
Pakar Perubatan Kesihatan Awam.

04 June 2008

Pegawai profesional tuntut setaraf PTD

Berita Harian

SAYA ingin merujuk kepada surat 'Kecewa Pegawai PTD Saja Diberi Peluang Dalam Sektor Kerajaan' yang disiarkan dalam ruangan ini pada 29 Mei lalu mengenai pelantikan wakil atau duta di luar negara.

Sebenarnya kekecewaan yang diluahkan 'Kakitangan Putrajaya' itu bukan asing dalam perkhidmatan awam. Kekecewaan sebenarnya berlaku memandangkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan saja memonopoli perkhidmatan luar negara, malah juga hampir semua jawatan penting dalam kerajaan.

Hampir semua jabatan Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan adalah dikhaskan kepada PTD. Dalam skim PTD, pegawai lazimnya dikelaskan sebagai cemerlang, sederhana dan biasa. Pegawai yang dikategorikan sebagai cemerlang diberi tanggungjawab mengetuai sesuatu kementerian atau jabatan pada gred Utama A atau lebih tinggi.


Pegawai sederhana pula akan memegang jawatan sebagai timbalan pada gred Utama B. Pegawai biasa akan diberi jawatan yang kurang penting dengan gred utama C. Dalam kebanyakan kes, PTD akan menikmati pencen sekurang-kurang atas gred utama C. Tiada PTD akan pencen pada gred utama C ke bawah.

Berbeza dengan PTD, perkhidmatan profesional seperti jurutera, doktor, pegawai pendidikan, pegawai teknologi maklumat dan sebagainya mempunyai peluang kerjaya yang sangat jauh bezanya dengan PTD.

Pegawai dalam skim profesional juga dikelaskan mengikut cemerlang, sederhana dan biasa. Tetapi malangnya, hanya seorang daripada golongan profesional akan diberi tanggung jawab mengetuai sesuatu jabatan. Itu pun atas gred utama B. Mereka sememangnya dinafikan hak mengetuai kementerian atau jabatan.

Dalam erti kata sebenarnya, pegawai profesional yang paling cemerlang hanya dianggap sederhana atau biasa oleh PTD. Kumpulan sederhana pula akan bertuah jika dapat menikmati jawatan utama C.

Kebanyakan pegawai profesional adalah di kalangan pegawai biasa iaitu yang akan pencen sama ada di tahap gred 41 atau 48. Pegawai profesional sebenarnya adalah dari kalangan kelas ketiga dalam perkhidmatan awam.

Berikutan itu, berlaku pertelingkahan berterusan antara Pegawai Pendidikan dengan PTD yang berhasrat untuk mengisi jawatan pentadbir di jabatan pendidikan negeri. Perkara pokok yang jarang diketengahkan adalah PTD yang diberi tanggungjawab memang sangat muda.

Kebanyakan PTD akan mendapat kenaikan pangkat gred 48 selepas lima tahun berkhidmat. Pegawai profesional lain termasuk pegawai pendidikan hanya akan menikmati kenaikan pangkat pada gred 48 selepas 15 tahun berkhidmat.

Bayangkan jika pegawai PTD yang hanya lima tahun berkhidmat menjadi ketua kepada Pegawai Pendidikan gred 44 atau 41 yang sudah 15 tahun bekerja.

Memandangkan peluang kenaikan pangkat bagi pegawai profesional sangat lambat berbanding dengan rakan mereka dalam PTD, maka perasaan kekecewaan berlaku. Pegawai profesional tidak dapat berbuat apa-apa.

Sebaliknya, PTD terutama yang berada di Jabatan Perkhidmatan Awam sering pula mengatakan pegawai profesional tidak produktif.

Sudah sampai masanya perkhidmatan awam melaksanakan reformasi skim perkhidmatan. Mengekalkan ketuanan PTD dan menafikan hak pegawai profesional peluang kenaikan pangkat sama rata akan menyebabkan perkhidmatan awam tidak dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan secara keseluruhannya.

Perkhidmatan awam bukan milik PTD saja, negara tidak memerlukan perkhidmatan profesional sebagai kelas ketiga.

A AHMAD,
Kuala Lumpur.

Sistem penyampaian perlu lebih cekap: TPM

Berita Harian

Oleh Wan Hazmir Bakar


CARI PENYELESAIAN: Najib ketika mempengerusikan Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-60, di Putrajaya, semalam. Turut sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Chuan dan KSU kementerian, Datuk Ahmad Faud Ismail (kanan).

Kerajaan negeri, PBT diminta tingkat prestasi untuk dinilai dunia

PUTRAJAYA: Semua kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu meningkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian bagi memperbaiki prestasi Malaysia dalam senarai Laporan Melakukan Perniagaan Bank Dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan negeri dan PBT perlu mengambil kira hasrat kerajaan memperbaiki kedudukan Malaysia yang meningkat daripada tangga ke-23 pada 2006 kepada ke-19 tahun lalu kerana perubahan positif itu antara lain berpunca daripada peningkatan kecekapan sistem penyampaian.

"Sehubungan itu, PBT diminta mempercepat dan mempermudahkan proses dan prosedur (melakukan perniagaan) supaya kedudukan Malaysia lebih baik pada masa akan datang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-60, di sini, semalam.

Mac lalu, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) mewujudkan lima kumpulan fokus bagi mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam senarai laporan Bank Dunia itu.

Lima bidang kumpulan fokus itu adalah berkaitan penguatkuasaan kontrak, perdagangan rentas sempadan, pendaftaran hartanah, pembayaran cukai dan penutupan perniagaan.

Sehubungan itu, Najib berkata, mesyuarat MNKT meluluskan cadangan penambahbaikan Pusat Setempat (OSC) dalam proses kelulusan projek pembangunan, termasuk pelantikan timbalan pengerusi bagi mesyuarat Jawatankuasa OSC dan penyertaan agensi kerajaan lain sebagai anggota tambahan jawatankuasa itu.

Katanya, antara agensi berkenaan ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (Span), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (PPSPN) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

"MNKT juga meluluskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kerajaan Tempatan Elektronik (eLAMS) di semua PBT yang mewujudkan OSC bagi mempercepat dan mempermudahkan urusan permohonan dan kelulusan projek pembangunan," katanya.

Najib berkata, MNKT juga meluluskan pindaan kriteria naik taraf PBT yang diperkenalkan pada Julai 2000 bagi meningkatkan daya saing, imej serta mutu perkhidmatan PBT berkenaan.

Katanya, antara pindaan ialah menaikkan syarat bilangan penduduk daripada 300,000 orang kepada 500,000 dan jumlah pendapatan RM80 juta kepada RM100 juta bagi kriteria bandar raya.

"Bagaimanapun, kerajaan mempunyai kuasa membuat pertimbangan khas kepada PBT khususnya permohonan kerajaan negeri untuk mendapat taraf bandar raya bagi PBT yang meliputi kawasan ibu negeri," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, MNKT juga memutuskan supaya digubal penilaian dalam bentuk Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi memastikan penanaman pokok teduhan di setiap PBT mengikut Panduan Penanaman Pokok Teduhan dan Garis Panduan Landskap Negara Edisi 2 dilaksanakan dengan baik.

"Semua PBT mesti melaksanakan program menanam pokok yang sesuai supaya kualiti hidup dan keindahan kawasan dapat ditingkatkan," katanya sambil menambah MNKT juga mahu Sistem Penarafan Bintang PBT menyeimbangkan penilaian dalaman dengan penilaian luaran.

Najib berkata, MNKT juga mengambil maklum kesimpulan Garis Panduan Aspek Keselamatan dan Kesihatan Stesen Pangkalan dan Telefon Mudah Alih yang disediakan Kementerian Kesihatan.

"Kesimpulannya kita masih berada pada paras bawah bahaya dari segi penggunaan telefon mudah alih. Maka, tidak ada yang harus dikhuatiri pengguna," katanya.

Penguasa kastam payah naik pangkat

Berita Harian

SAYA tertarik dengan keluhan `Doktor Dedikasi Tuntut Keadilan' di dalam ruangan ini kelmarin. Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar rungutan dan keluhan kakitangan awam yang tidak dilayan sewajarnya oleh pengurusan tertinggi jabatan masing-masing.

Doktor berkenaan masih bernasib baik berbanding sebilangan besar kami Penguasa Kastam dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang berkhidmat lebih 15 tahun tetapi masih pada takuk W41.

Lebih menyedihkan dan menyakitkan hati, apabila senarai kenaikan pangkat diumumkan pada 3 April lalu, nama kami masih tercicir kerana diisi oleh pegawai yang lebih junior yakni pengambilan sehingga 2002.

Alasan pengurusan jabatan ialah pegawai berkenaan mendapat markah penilaian prestasi yang tinggi.

Kebanyakan pegawai penilai hanya memberi markah bersandarkan kerja luar yang tiada kaitan dengan tugas hakiki Jabatan Kastam (mengutip cukai).

Jika seorang doktor yang mempunyai menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal dan nasib kakitangan perubatan dan kesihatan tidak mampu berfungsi, apatah lagi dengan nasib kami Penguasa Kastam yang tidak mempunyai menteri khas ini.

Bagaimanapun mengambil tanggung jawab yang diamanahkan, kami masih melaksanakannya dengan penuh dedikasi, cuma kami berharap Ketua Pengarah KDRM dan Kementerian Kewangan dapat melihat pegawai dan kakitangan yang masih menunggu kenaikan pangkat yang sepatutnya mereka nikmati.

PENGUASA KASTAM VETERAN,
Kuala Terengganu, Terengganu.

Kenderaan rasmi untuk ke kebun

Berita Harian

SEBAGAI kakitangan kerajaan, saya sedih melihat tindakan segelintir ketua jabatan dan agensi kerajaan Pahang menyalahgunakan kemudahan kenderaan rasmi kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Kemudahan kenderaan bersama pemandu digunakan untuk menghantar anak ke sekolah, pergi pasar, malah ke kebun turut menggunakan kenderaan kerajaan. Tindakan ini menyalahi peraturan yang ditetapkan dalam arahan kegunaan rasmi kerajaan.

Jabatan terpaksa menanggung kos minyak untuk kegunaan bukan kepentingan kerajaan, manakala pemandu pula terpaksa datang awal ke rumah ketua jabatan untuk menghantar anaknya ke sekolah dan pada tengah hari mengambilnya pula.

Saya berharap, kerajaan dapat mengeluarkan pekeliling terbaru mengenai arahan kegunaan rasmi kenderaan jabatan kerajaan bagi mengelakkan penyelewengan berterusan.

TEROPONG KERAJAAN,
Kuantan, Pahang.

JPN jawab kursus vokal Afundi

Utusan Online

SAYA ingin merujuk aduan bertajuk Wajarkah kursus vokal untuk kakitangan JPN? daripada 'Afundi, JPN Putrajaya.' di ruangan ini pada 23 Mei lalu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan serta hasrat beliau bagi penambahbaikan dan mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan ini.

Memiliki anggota kerja yang komited, berpengalaman, mahir dan profesional merupakan salah satu teras JPN dalam Pelan Perancangan Strategik JPN 2007 -2016.

Pelbagai pendekatan digunakan bagi mengubah minda kakitangan JPN. Ia penting bagi melahirkan warga JPN yang bermotivasi, kreatif, inovatif dan berdaya saing untuk mencapai visi jabatan.

Setiap program/aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan memupuk sikap kekitaan dan semangat cintakan jabatan dan bukannya sebagai suatu pembaziran.

Bagi JPN, setiap anggota merupakan aset penting kepada jabatan. Oleh itu, antara program yang dijalankan adalah pelaksanaan program latihan, learning organisation dan juga aktiviti kebajikan dan sosial. Aktiviti/program seumpama inilah yang memberi impak yang besar dan telah berjaya mengubah minda warga JPN dan seterusnya meletakkan JPN sebagai sebuah organisasi yang unggul dan disegani pada hari ini.

Pendekatan ini mungkin tidak diguna pakai oleh pihak pengurusan di organisasi yang lain, tetapi adalah menjadi harapan dan hasrat JPN agar setiap anggotanya mempunyai semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada organisasi di samping berasa bangga menjadi warga JPN yang mempunyai pelbagai kemahiran atau versatile.

Untuk makluman, faktor-faktor inilah yang akan menyumbang kepada peningkatan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan yang sering ditekankan oleh kerajaan. Usaha yang berterusan ini adalah bagi merealisasikan visi jangka panjang Jabatan untuk muncul sebagai Jabatan Perkhidmatan Kaunter Terbaik di dunia seperti yang digariskan dalam Pelan Perancangan Strategik JPN 2007-2016.

Wajarkah kursus vokal untuk kakitangan JPN? Pihak JPN berpendapat, kursus vokal tersebut tidak dilihat sebagai 'nyanyian' semata-mata tetapi sebaliknya dapat membantu dalam mendedahkan warga JPN yang terlibat kepada teknik-teknik pengawalan suara (intonasi dan sebutan), kawalan emosi ketika berinteraksi dalam keadaan tertekan dan cara menunjukkan ekspresi wajah yang sepatutnya semasa berhadapan dengan pelanggan.

JPN sentiasa berusaha secara berterusan bagi mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan.

Musykil pengiktirafan ijazah lepasan IPG

Utusan Online

SAYA salah seorang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) ambilan kedua di institut perguruan. Ijazah kami bakal dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ambilan pertama PISMP dijalankan secara berkembar dengan universiti dalam negara dan luar negara. Ijazah mereka dikeluarkan oleh universiti berkenaan.

Oleh sebab ijazah kami akan dikeluarkan oleh IPG maka timbul beberapa kemusykilan. Yang utama ialah pengiktirafan ijazah. Adakah ijazah kami akan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)? Kemusykilan ini timbul kerana kami merupakan program rintis dan sehingga kini tidak dinyatakan hal pengiktirafannya, sedangkan kami sudah berada di tahun dua.

Kemusykilan kedua ialah semua IPG tempat kami belajar tidak mempunyai pakar dan pengiktirafan pakar akademik. Memang ramai kalangan pensyarah berkelulusan Ph.D., namun purata mereka berada di gred DG41. Gred ini bersamaan gred dengan guru di sekolah rendah sekarang.

Adakah MQA akan mengiktiraf kursus-kursus yang diajar oleh bukan pakar atau pakar yang tidak diiktiraf oleh JPG sendiri atau tenaga pengajar yang bersamaan gred dengan guru di sekolah?

Kemusykilan ketiga, berdasarkan tinjauan daripada internet, semua institusi yang mengeluarkan ijazah mempunyai tenaga akademik berjawatan profesor atau profesor madya.

Hal ini sebaliknya di IPG. Ada ketua-ketua jabatan di IPG yang sekadar berkelulusan ijazah pertama dan tidak terbukti keilmuannya itu bersamaan tarafnya dengan ketua jabatan/dekan di universiti atau jawatan profesor? Pihak IPG sendiri tidak iktiraf ketua jabatan di IPG, berbanding ketua bidang di sekolah.

Kemusykilan keempat, cara pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Menurut rakan-rakan daripada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), cara pengajaran di IPG agak aneh dan tidak menyamai cara pengajaran di universiti. Tidak ada tutorial. Pensyarah sering 'ponteng kuliah' kerana diarah melaksanakan projek di sekolah-sekolah pedalaman.

Kami bimbang MQA tidak mengiktiraf ijazah kami. Jika hal ini terjadi maka sia-sialah kami belajar. Apa guna mempunyai ijazah sedangkan gaji dibayar pada gred SPM sahaja. Harap pihak kementerian memandang berat dan memaklumkan hal ini demi kebaikan bersama.

02 June 2008

Kementerian kesihatan rumuskan skim perkhidmatan lebih baik untuk doktor

Utusan Online

SANTUBONG 31 Mei — Kementerian Kesihatan sedang merumuskan skim perkhidmatan dan ganjaran yang lebih baik untuk mengekalkan doktor dalam perkhidmatan kerajaan sebagai usaha membendung “penghijrahan profesional” ke sektor swasta.

Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata purata 300 doktor dan 50 pakar pada gred UD41, UD44 dan UD48 meletakkan jawatan daripada perkhidmatan kerajaan, memberikan alasan tidak puas hati dengan gaji, beban tugas dan persekitaran tempat kerja.

"Kementerian sedar dengan kekurangan doktor dan “penghijrahan profesional” ke sektor swasta. Saya berikan jaminan yang kami tidak berdiam diri mengenainya.

"Contohnya, isu elaun bagi pakar dan prospek kenaikan pangkat yang lebih baik bagi mereka sedang dikaji secara serius oleh kementerian dan keputusannya dijangkakan tidak lama lagi.

"Saya beri jaminan yang kementerian akan mengumumkan berita baik itu tidak lama lagi,” katanya pada majlis jamuan malam ke-48 Persatuan Perubatan Malaysia di sini.

Liow berkata kementerian mencadangkan elaun bagi pakar disemak semula sebagai satu insentif kepada doktor untuk kekal dalam sektor awam.

Turut dicadangkan semakan terhadap elaun itu turut meliputi disiplin berkaitan seperti pergigian dan kesihatan awam.

Semakan terakhir ialah kira-kira 20 tahun lepas.

Untuk menarik lebih banyak doktor untuk berkhidmat di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, Liow berkata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican sedang mengkaji elaun beban kerja bagi doktor yang bertugas di pedalaman.

Liow berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak untuk menyemak peraturan sedia ada bagi membolehkan doktor dari Semenanjung membuka klinik swasta di negeri itu.

“Tugas pertama saya ialah menyampaikan keprihatinan Persatuan Perubatan Malaysia supaya doktor Semenanjung Malaysia dibenarkan bebas bekerja di Sarawak.

"Kami berharap kerjasama rapat antara kementerian dan kerajaan negeri akan dapat menyelesaikan masalah itu secepat mungkin,” katanya.

Liow juga berkata kementerian itu sedang berunding dengan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi skim perkhidmatan yang lebih baik bagi doktor junior.

"Pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan dua tahun dan menjalani kursus induksi wajib dan memenuhi syarat berkaitan akan secara automatik dinaikkan daripada UD41 ke UD44 pada tahun ketiga kerjaya mereka.

"Pada masa yang sama, kebajikan pegawai perubatan UD41 sedia ada yang dilantik sebelum 2008 juga tidak dilupakan. Mereka akan dapat faedah menerusi pindaan sewajarnya terhadap gred mereka,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Presiden MMA Datuk Dr Khoo Kah Lin meminta kementerian menyegerakan penempatan doktor baru.

"Kami tahu Singapura telah mengambil doktor kita kerana proses bagi pengambilan doktor baru adalah singkat kerana permohonan dan pemprosesan dilakukan secara on-line.

“Kami berharap kementerian akan mempercepatkan waktu penempatan penugasan,” katanya.

Beliau juga menggesa kementerian memperbaiki sistem pengangkutan pesakit dari kawasan luar bandar ke pusat bandar seperti Kuching.

— BERNAMA

Sabah urus dana khas

Berita Harian

Oleh Veena Rusli dan Suzianah Jiffar




Kerajaan Pusat umum mansuh JPPS berkuat kuasa serta-merta

KOTA KINABALU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar) membawa perkhabaran yang dinantikan pemimpin negeri ini sejak 17 tahun lalu apabila mengumumkan pemansuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) semalam, berkuat kuasa serta-merta.

Berikutan pemansuhan itu, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (SDO) seperti negeri lain akan menguruskan peruntukan khas Perdana Menteri dan memantau pelaksanaan projek persekutuan.

Susulan itu, pejabat pembangunan bahagian di Tawau, Sandakan, Kudat, Beaufort/Keningau dan Kota Belud ditutup.

JPPS diwujudkan pada 1991 apabila kerajaan negeri ditadbir Parti Bersatu Sabah (PBS) yang ketika itu menjadi pembangkang. Kedudukannya sebagai saluran peruntukan Kerajaan Persekutuan dilihat tidak lagi relevan sebaik Barisan Nasional (BN) kembali memerintah pada 1994.

Perdana Menteri berkata, selama ini ada wakil rakyat dan pentadbir di Sabah yang menyangka saluran peruntukan pembangunan dilakukan secara langsung oleh JPPS dan bukan agensi kerajaan negeri.

"Ini cuma salah faham dan tanggapan itu salah. Kita menyalurkan peruntukan kepada agensi masing-masing, contohnya kalau dari Kementerian Kesihatan akan diberi kepada Jabatan Kesihatan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan pegawai kerajaan dan pemimpin BN di Magellan Sutera Harbour Resort di sini, semalam. Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Turut diumumkan Perdana Menteri dalam lawatannya ke Sabah kali ini ialah:

  • Dana RM1 bilion daripada Peruntukan Khas Perdana Menteri untuk pembangunan Sabah.
  • Penubuhan Jawatankuasa Tinggi Kabinet Mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

  • Pembinaan jana kuasa 300 megawatt oleh Petronas dengan kerjasama Yayasan Sabah di Kimanis.

  • Pelaksanaan Skim Tukar Lantik membabitkan pegawai perkhidmatan negeri menyertai perkhidmatan awam Persekutuan di peringkat tinggi dan pertengahan.

  • Menubuhkan Focus Group dalam usaha membasmi kemiskinan terutama di Sabah dan Sarawak.

    Pengumuman Abdullah itu dilihat sebagai keprihatinan Kerajaan Pusat terhadap pelbagai perkara dibangkitkan pemimpin dan wakil rakyat BN Sabah dalam pertemuan hati ke hati bersama Perdana Menteri, 7 April lalu.

    Antara isu dibangkitkan dalam pertemuan Perdana Menteri dan pemimpin parti komponen BN Sabah bulan lalu ialah pertindihan fungsi JPPS dari segi pelaksanaan program kerana Sabah bukan lagi ditadbir parti pembangkang.

    "Menerusi beberapa perubahan baru ini, saya harap penyaluran peruntukan kewangan bagi keperluan projek pada peringkat daerah demi manfaat rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.

    "Pada masa sama, saya mahu semua kakitangan di pejabat daerah di Sabah menambah kecekapan dan produktiviti, selain meningkatkan iltizam dan kesungguhan melaksanakan tanggungja-wab terhadap rakyat," katanya.

    Mengenai pembinaan jana kuasa di Kimanis, Abdullah berkata, Petronas akan merangka pelan khusus bagi pembangunan industri hiliran petroleum membabitkan petrokimia.

    Menyentuh masalah pendatang tanpa izin di Sabah, Perdana Menteri berkata, ia adalah isu besar dan kompleks yang tidak mudah diselesaikan.

    Justeru, katanya, beberapa pemimpin Sabah akan dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan, selaras usaha mencari kaedah terbaik menangani isu yang sudah lama berlarutan itu.

    Antara yang akan diberi perhatian ialah mencari penyelesaian kepada masalah pemegang dokumen IMM13, yang dikeluarkan Jabatan Imigresen kepada pelarian Filipina untuk membolehkan mereka berada di Sabah.

    Selain itu, Abdullah turut mengumumkan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Kamaruzaman Ampon, sebagai Naib Canselor UMS yang baru, menggantikan Prof Datuk Mohd Noh Dalimin, yang bersara wajib.
  • Radin Umar dilantik Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi

    Utusan Online

    KUALA LUMPUR 30 Mei - Ketua Pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (Miros), Prof. Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi (gambar) dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi berkuat kuasa Isnin ini.

    Beliau menggantikan Prof. Datuk Dr. Hassan Said yang tamat tempoh pinjamannya pada 30 April lalu.

    Menurut Kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini, pelantikan Radin Umar mendapat persetujuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

    Radin Umar mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengajian tinggi dan pernah menjadi Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Putra Malaysia (UPM) dari 2005 hingga 2006.

    Pada 1996 sehingga 2004, beliau menjawat jawatan Dekan Fakulti Kejuruteraan juga di UPM.

    Beliau mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Keselamatan Trafik dari Birmingham University, United Kingdom, Ijazah Sarjana Kejuruteraan dalam bidang Pengangkutan dan Kejuruteraan Trafik (Sheffield) serta Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam bidang Sivil dan Kejuruteraan Struktur (Sheffield).

    Menurut kenyataan itu, kementerian tersebut percaya Radin Umar akan memberikan sumbangan penting dalam menerajui pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara ke arah kecemerlangan pengajian tinggi negara menjelang 2020.

    Laporan Khas: Kesatuan minta kaji insentif pergerakan pangkat

    Berita Harian

    BEBERAPA kesatuan yang mewakili 350,000 guru di seluruh negara mahu kerajaan mengkaji semula dan memberi perhatian terhadap semua usul atau cadangan berhubung isu kebajikan guru terutama membabitkan soal kenaikan pangkat serta insentif pergerakan gred perkhidmatan.

    Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Kementerian Pelajaran, Jemali Paiman, berkata kementerian sewajarnya memberi keutamaan kepada aspek kekananan dalam perkhidmatan pendidikan dengan memberi peluang lebih banyak kepada kumpulan guru berpengalaman dinaikkan pangkat dalam tempoh lebih singkat.

    Katanya, meskipun prestasi perkhidmatan menjadi salah satu syarat utama menilai kelayakan guru untuk dinaikkan pangkat, soal kekananan tidak boleh dipinggirkan kerana ia membabitkan kelompok guru yang sudah lama menyumbangkan jasa kepada sektor pendidikan negara.

    Justeru, Jemali berkata, semua kesatuan guru di negara ini akan terus menuntut kepada kementerian dan kerajaan supaya memperhalusi dan menilai kembali semua tuntutan yang pernah diajukan dalam beberapa siri majlis permuafakatan antara kementerian dan kesatuan.

    "Antara isu utama yang perlu diberi perhatian ialah kenaikan pangkat atau gred kepada kumpulan guru yang berada dalam gred DG44 dan pernah berkhidmat dalam skim perkhidmatan bukan siswazah sebelum ini supaya pengalaman mereka sebelum memasuki skim siswazah turut diambil kira, sama seperti dinikmati guru daripada DGA29 ke DG41.

    "Selain itu, kerajaan juga perlu melihat apa insentif yang boleh diberikan kepada guru yang menyambung pengajian ketika sudah memegang jawatan sebagai Guru Besar atau Guru Penolong Kanan, kerana kebiasaannya, apabila mereka memasuki skim siswazah, kekananan mereka selama ini hilang begitu saja.

    "Tuntutan lain yang akan terus diperjuangkan ialah kumpulan guru yang menyambung pengajian dengan dibayar separuh gaji. Apa yang berlaku selama ini, mereka tidak mendapat kenaikan gaji tahunan dan terpaksa menderita dengan separuh gaji. Menyedihkan, apabila mereka menyudahkan pengajian, gred yang diperoleh sama dengan siswazah baru yang tiada pengalaman," katanya.

    Jemali berkata, sewajarnya ada insentif khusus kepada kumpulan berkenaan supaya pengorbanan mereka selama ini demi menyahut seruan kerajaan melihat lebih ramai guru siswazah dihargai dan mereka tidak merasa teraniaya.

    Berhubung isu tuntutan guru bukan siswazah gred DGA32 hakiki (yang dilantik sebagai penolong kanan) yang mendakwa tidak mendapat perhatian sewajarnya lantaran mendapat gaji yang hampir sama dengan gred DGA32 time based, Jemali berkata, kesatuan sudah lama mendesak kementerian meminta kerajaan menambahkan gred khusus supaya kumpulan itu diberi pembelaan sewajarnya.

    "Kesatuan sudah cadangkan supaya gred di sekolah rendah ditambah dengan menaikkan gred penolong kanan kepada DGA34, manakala Guru Besar yang selama ini dalam gred DGA34 diberi gred baru iaitu DGA36.

    "Tangga gaji bagi guru DGA34 pula ditambah daripada tujuh peringkat seperti sekarang kepada 11 peringkat, sama seperti tangga gaji yang ada bagi gred DGA32. Ia penting untuk memastikan gaji dimiliki guru bergred DGA34 sentiasa lebih tinggi daripada DGA32," katanya.

    Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMB), Mohamed Sabri Mohd Arshad, berkata beberapa siri dialog antara kesatuan dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah dibuat bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan guru.

    Beliau berkata, kesatuan sudah meminta kementerian memanjangkan insentif kenaikan gred guru yang menyambung pengajian kepada kumpulan DG44 yang pernah berada dalam skim bukan siswazah sebelum ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Bersama Kesatuan Guru Sabah dan Sarawak, William Gani Bina, pula meminta guru tidak cepat melatah dan meluahkan perasaan melalui pelbagai saluran lain kerana suara mereka boleh disampaikan terus kepada kesatuan guru.

    Katanya, tekanan diberikan guru kepada kementerian adalah sesuatu yang tidak adil lantaran sudah terlalu banyak pembaharuan dan kelebihan yang diberikan kementerian kepada warga guru selama ini.

    "Guru perlu banyak bersabar. Sektor pendidikan bukan kecil dan ia memaksa kementerian menilai semua perkara secara terperinci," katanya.