06 February 2009

GOVERNMENT IN ACTION: Civil service must play forceful role

NST

THE shelving of the low-cost carrier terminal (LCCT) project at Labu, Negri Sembilan, was the right decision by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. The entire episode, however, raises a lot of questions about our planning and development procedures.

The most important issue is the flip-flop nature of the decision-making process of the administration. And this is not the first time it has happened.

We all remember the issue of the windfall tax on independent power producers. It went through the same cycle. We can go on adding to the list but it would serve no purpose.

Second, the LCCT episode highlighted the role given to key government central agencies, in particular, the Economic Planning Unit (EPU), and the Implementation and Coordination Unit (ICU) in the Prime Minister's Department in dealing with issues of national importance.

What transpired reflects the failure of such agencies as well as the Ministry of Transport to perform their appropriate roles effectively. As the national planning agency responsible for the overall resource allocation for national development, the EPU should have studied the proposal from the vantage point of national interest, objectives and priorities.
The Ministry of Transport should look at it in terms of the cost-effectiveness and efficiency of the total transportation system for the country. They must work in concert and come to a common official position before sending it to the cabinet.

This, in a nutshell, was the process followed during the 1960s and 1970s when the late Tun Abdul Razak Hussein was prime minister. There was then strong central control and coordination by the central agencies, particularly the EPU and the ICU, both of which come directly under the prime minister. There was no minister put in between as there was no necessity for that.

Every major proposal, whether by the government or privately initiated, came under the scrutiny of the central agencies. There was no room for any party or sectional group to exercise undue influence by pushing or lobbying for their case by "going upstairs", as everything had to be done professionally and in a transparent manner.

The result was that the government was not only firm and decisive in making decisions, but, more importantly, it made the right decisions. And because of that, there was no wastage of national resources as we have seen in the last two decades. Above all, there was no corruption to speak of during that period.

Today, the role and importance of the central agencies has been somewhat sidelined.

The powers once vested in them have been dissipated or taken away by the emergence of other more powerful institutions created for the purpose by the previous administration. But whatever the rationale or reasons behind such moves, more often than not they became venues of convenience for promoting vested or sectional interests at the expense of national interest.

We must restore the original roles of the central agencies. The civil service culture, too, has to be reinvented. The hallmark of the civil service, in terms of neutrality, integrity and professionalism, which was almost destroyed during the previous administration, must be restored.

The civil service has become too politicised. The underpinning "service" philosophy and the motto "to serve" has given way "to serve and make money at the same time" culture.

We cannot blame the civil servants entirely because they are the product of the system itself and they, too, benefited. Integrity was sacrificed and corruption became even more rampant.

We would like to see the civil service play a more effective and forceful role in the government decision-making process from now on. The civil service should not be manned by people who are merely yes-men out to please their political masters, but by courageous and professional proactive individuals who are committed to serve and to give their professional and objective advice, without fear or favour.

For this to happen, the government must create the environment and confidence that once existed in the civil service. Admittedly this is not an easy task as it takes at least a generation to produce such people in the civil service because the top and the second echelons of the civil service to-day are products of the system and still very much embedded in that culture. But a beginning must be made and appropriate actions taken by the new leadership.

Syor ibu mengandung diberi cuti lebih awal

Berita Harian

SAYA adalah seorang penjawat awam dan kini mengandung anak kedua hampir 38 minggu. Saya masih lagi bekerja dan saya pasti ramai penjawat awam wanita yang pernah mengandung juga pernah merasai apa yang saya rasa ketika ini.

Mujur saya mendapat majikan yang memahami keadaan saya ketika ini. Saya berpendapat cuti bersalin 60 hari yang diberi kerajaan sememangnya sudah mencukupi bagi kami penjawat awam wanita.

Namun, kami harap kerajaan mengkaji semula permulaan cuti boleh diambil. Pada masa ini, kerajaan mengamalkan cuti bersalin bermula daripada tarikh si ibu melahirkan anak sehingga tamat 60 hari.

Pendapat saya, penjawat wanita boleh diberi pilihan untuk mengambil cuti bersalin ini dalam tempoh 60 hari diberikan. Mungkin ada di antara kami yang memilih untuk berehat atau bersalin di kampung masing-masing dan mengambil cuti seminggu lebih awal daripada tarikh jangkaan melahirkan anak.

Justeru, kami boleh memilih untuk mengambil 10 hari daripada cuti bersalin sebelum tarikh jangkaan dan selepas melahirkan anak menyambung baki cuti bersalin yang ada sehingga genap 60 hari sebelum kembali bertugas seperti biasa.

Saya pasti ramai penjawat awam wanita bersetuju kerana memang agak sukar kami mengambil cuti rehat sedia ada selama 10 hari terutama pada awal tahun kerana bimbang terpaksa mengambil cuti ketika anak tidak sihat kelak atau dalam hal kecemasan.

Saya berharap pendapat saya ini mendapat perhatian pihak kerajaan sewajarnya, demi keprihatinan kerajaan terhadap penjawat awam wanita yang bergelar ibu.

PENJAWAT AWAM WANITA,

Setapak, Kuala Lumpur.

Rebat tempat letak kereta

Berita Harian

Tuntutan maksimum RM90 sebulan

KUALA LUMPUR: Semua kakitangan awam kini boleh menuntut bayaran letak kereta sehingga jumlah maksimum RM90 sebulan berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata bayaran balik letak kereta diberi kepada pegawai perkhidmatan awam yang perlu menggunakan kenderaan bagi menjalankan tugas rasmi dan menyewa ruang letak kereta di pejabat masing-masing.

"Baru bayaran balik letak kereta adalah berdasarkan kadar sebenar atau maksimum RM90 sebulan mengikut mana yang lebih rendah," katanya Pekeliling Perkhidmatan berhubung pindaan kadar bayaran balik letak kereta, semalam.

Sebelum ini, berdasarkan pekeliling perkhidmatan bilangan 4/1992, pegawai awam dibenar mengemukakan had maksimum tuntutan tidak melebihi RM30 sebulan.

Datuk Poziah Dilantik Timbalan Ketua Pengarah Penerangan

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bekas Pegawai Perhubungan Awam Kanan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Poziah Abdul Rahman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Penerangan berkuatkuasa 16 Jan lepas.

Beliau mengisi jawatan yang baru diwujudkan, menurut kenyataan jabatan itu hari ini.

Poziah, 55, menyertai perkhidmatan awam sebagai penolong pegawai penerbitan di Kementerian Pertanian pada 1977 dan memasuki perkhidmatan penerangan tiga tahun selepas itu.

Beliau dilantik sebagai setiausaha akhbar Menteri Kebajikan Masyarakat Tan Sri Aishah Abdul Ghani dan seterusnya mengumpul pengalaman dalam bidang perhubungan awam kerajaan dengan menjadi Ketua Unit Perhubungan Awam di Kementerian Pelajaran, Kementerian Perusahaan Awam, Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan.

Poziah berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Awam Kanan Timbalan Perdana Menteri pada 2004 hingga tahun lepas.

Poziah berkelulusan sarjana dalam bidang komunikasi korporat dan merupakan pengamal perhubungan awam yang diakreditasikan APR.

Atas pengalaman dan jasanya dalam bidang perhubungan awam kerajaan, beliau dikurniakan Anugerah Pengurusan Media dan Perhubungan Awam terbaik Kementerian Penerangan pada 2005.

-- BERNAMA

Cuepacs Gesa Kerajaan Mansuh Pelantikan Pekerja Kontrak

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan supaya memansuhkan pelantikan pekerja kontrak dalam sektor awam kerana pelantikan pekerja kontrak menjejaskan imej perkhidmatan awam.

"Pemansuhan perlu dilakukan selewat-lewatnya akhir tahun ini dan menjelang 2010 tiada lagi pekerja kontrak dalam sektor awam," kata Presiden Cuepacs Omar Osman di sini, Jumaat.

Katanya pekerja kontrak sedia ada perlu diserapkan sebagai pekerja tetap di dalam jabatan dan agensi yang berkenaan.

Sementara itu, Omar berkata lebih 99 peratus kakitangan awam yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahu bertukar kepada skim pencen.

"Kakitangan awam yang mahu menukar kembali kepada skim pencen meliputi semua peringkat pekerjaan di sektor awam," katanya.

Sementara itu, beliau berkata hasil kajian terhadap penambahbaikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) akan diumumkan pada 27 Feb ini.

-- BERNAMA

Pekerja Dan Majikan Puji Kementerian Sumber Manusia

KUALA LUMPUR, Feb 6 (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia hari ini menerima pujian luar biasa daripada para majikan dan pekerja berhubung strategi proaktifnya bagi meminimumkan kesan kehilangan pekerjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

Kedua-dua organisasi yang mewakili para majikan dan pekerja bersetuju sebulat suara bahawa kementerian itu telah mengambil langkah positif bagi mengurangkan kesan ekonomi terhadap pasaran tenaga kerja tempatan.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan, berharap kementerian itu akan meneruskan usaha murni itu.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) G.Rajasekaran berkata ini merupakan kali pertama kementerian meyakini kesatuan-kesatuan sekerja dan bekerjasama dengan mereka sejak kelembapan ekonomi pada 1988 dan 1998.

"Kami puas hati dengan sikap kementerian yang memberi perhatian terhadap pandangan kami dan bersikap telus dan terbuka dengan pihak kami," katanya.

MEF mewakili daripada 4,000 buah syarikat manakala MTUC mewakili lebih daripada 1.3 juta pekerja dalam sektor awam dan swasta.

Rajasegaran berkata kementerian juga kerap mengadakan perjumpaan di antara tiga pihak bagi menangani sebarang masalah.

"Ini merupakan apa yang kami perjuangkan selama ini dan amat gembira di atas perubahan sikap kementerian," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Tenaga Kerja kementerian itu Datuk Ismail Abdul Rahim, apabila dimaklumkan mengenai pujian itu memberitahu Bernama:

"Saya merasa rendah diri dengan pujian itu dan sebenartnya saya patut katakan bahawa puji-pujian itu disebabkan hasil usaha rakan-rakan dan kakitangan terutama bos-bos saya, Menteri berkenaan Datuk Dr S.Subramaniam dan Ketua Setiausaha Datuk George Thomas."

Ismail berkata para pegawai dan kakitangan kementerian telah bekerja kuat bagi memastikan keharmonian industri dipertahankan dan tentang perlunya para majikan dan pekerja saling berjumpa.

Katanya beliau gembira kerana para majikan dan pekerja menghargai usaha kementerian dengan memberikan kerjasama mereka.

Ismail berkata kementerian itu telah mewujudkan pusat operasi di setiap negeri bagi memantau pemberhentian pekerja dan isu-isu berkaitan.

Katanya pusat itu bukan sahaja bagi memantau keadaan itu tetapi juga mencari penyelesaian wajar berhubung masalah yang dihadapi syarikat dan pekerja.

Beliau menasihatkan para pekerja yang berdepan dengan masalah di tempat kerja supaya melaporkannya ke pusat itu dan memberi jaminan para pegawainya akan membantu mereka.

Ismail juga berkata setakat 5 Feb, sebanyak 14,376 pekerja termasuk 5,200 warga asing terutama di sektor pembuatan telah diberhentikan dengan Johor mencatat jumlah tertinggi dengan 3,341 orang diikuti Sarawak dengan 1,949 pekerja diberhentikan.

Katanya sebahagian daripada pekerja terbabit telah diserapkan oleh kementerian itu bagi menjalani latihan di pelbagai institusi untuk dilatih semula selain meningkatkan kemahiran mereka.

-- BERNAMA

03 February 2009

Perpustakaan: Cuepacs Mahu Lim Campur Tangan

KANGAR, 3 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng campur tangan bagi menangani masalah 13 kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) yang ditamatkan kontrak perkhidmatan baru-baru ini.

Presiden Cuepacs Omar Osman berkata Lim perlu melakukan sesuatu demi masa depan kakitangan terbabit.

Katanya Cuepacs telah mengemukakan surat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan timbalannya P. Ramasamy, yang juga pengerusi PPAPP untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

"Kami harap masalah mereka diselesaikan segera tetapi tiada maklum balas yang diterima sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan perwakilan Kesatuan Pekerja-pekerja Perawatan Kesihatan Malaysia di sini, Selasa.

Sebelum ini Cuepacs memberi pilihan kepada PPAPP supaya mengambil semula 13 pekerja kontrak yang ditamatkan perkhidmatan itu atau membayar pampasan mengikut tempoh mereka bekerja dalam tempoh 14 hari.

Beliau berkata jika PPAPP masih enggan menyambung semula kontrak kakitangan berkenaan, Cuepacs akan merujuk kes itu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Atas sikap perikemanusiaan, Omar berharap setiap jabatan memikirkan masa depan kakitangan kontrak dengan tidak menamatkan perkhidmatan mereka dengan sewenang-wenangnya terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

Setiap hari, katanya beliau terima paanggilan daripada pekerja kontrak yang telah ditamatkan perkhidmatan terutama dari Pulau Pinang dan Kelantan bertanyakan bila mereka akan diambil bekerja semula kerana tidak dapat lagi menanggung beban kewangan yang memeritkan.

Beliau berkata di Kelantan, lebih 400 kakitangan kontrak Jabatan Pendidikan telah ditamatkan perkhidmatan mereka.

"Saya berharap selepas 50 tahun (negara) merdeka ini, tiada lagi kakitangan berstatus kontrak dalam sektor awam dan semuanya diberikan status tetap serta berpencen.

"Selain itu bagi mereka yang diberhentikan kontraknya perlu dipanggil balik atau diserapkan ke tempat lain," katanya.

-- BERNAMA

Biro Pengaduan Awam akan menjadi tirbunal

Berita Harian

PUTRAJAYA: Biro Pengaduan Awam (BPA) akan berfungsi sebagai tribunal bagi mempercepatkan proses aduan rakyat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator T Murugiah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata setakat ini menerusi proses itu, 81 peratus daripada 7,351 kes aduan dapat diselesaikan BPA.

Fobia sindrom 'off-line' JPJ

SAYA adalah seorang pengguna jalan raya dan berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sinonim sejak saya mula memiliki lesen kenderaan pada 1997. Tetapi masalah yang masih menghantui saya ketika berurusan di JPJ ialah sindrom 'off-line', sehinggakan apabila ingin ke JPJ, saya fobia dengan sindrom ini.

Saya berharap JPJ dapat memperbaiki segera sindrom ‘off-line’ ini dengan mewujudkan sistem ‘back-up’ yang lebih efisien.

JPJ harus komited untuk menjadi organisasi lebih pantas menyelesaikan segala urusan membabitkan kenderaan. Sesuai dengan piagam pelanggan yang di maklumkan di laman web JPJ sendiri di http://portal.jpj.gov.my/v5/index.php/ms/Piagam-Pelanggan ini.

Lihat saja urusan yang jauh lebih baik daripada pihak swasta seperti Maybank2u atau google.com yang langsung tiada masalah dengan hal kecil seperti tiada ‘back-up’, trafik tinggi, ciri-ciri keselamatan yang diiktiraf dan sebagainya.

Kemudahan di JPJ bertambah baik dan pegawainya juga semakin mesra, Cuma sindrom ‘off-line’ ini masih menghantui kami.

PEMANDU WAWASAN,
Ampang, Selangor.

PTK perlu ditambah baik untuk lebih adil

Berita Harian

PELAKSANAAN Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi kenaikan pangkat dan anjakan gaji kakitangan awam memberi impak kepada semua kakitangan kerajaan yang memperlihatkan pelbagai pihak cuba memberi pandangan sama ada menyokong atau menolak kaedah penilaian itu.

Sebagai kakitangan awam yang terbabit dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM), saya juga tidak ketinggalan mengambil ujian penilaian itu bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang kerjaya.

Selepas tiga kali menjalani PTK, saya terpanggil untuk memberi komen dan pandangan berikut:

  • Kaedah digunakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam kenaikan pangkat dan gaji kakitangan awam ini sesuai menjadi kayu pengukur memberi peluang sama rata kepada semua pihak.

    Namun, perlu diberi penambahbaikan terutama dari sudut kesahihan dalam kertas jawapan di mana tiada rujukan dalam peratusan yang lulus. Lebih baik kertas jawapan ditunjukkan semula supaya setiap individu dapat mengetahui kelemahan dan meningkatkan kepercayaan kepada penilaian ini.

  • Pelaksanaan PTK ini sudah menjadi kurang adil apabila ia dijalankan dua kali setahun berbanding pada awal pelaksanaan dulu, hanya sekali setahun kakitangan awam layak untuk menduduki ujian.

  • Seorang rakan sekerja (guru) lulus dengan tahap IV bagi kedua-dua kertas ujian pada Mac tahun lalu tetapi kenaikan gaji hanya dinikmati mengikut tarikh anjakan gaji tahunan.

    Saya mencadangkan kaedah menaikkan anjakan gaji mengikut anjakan gaji tahunan diselaraskan di mana kenaikan anjakan kakitangan yang cemerlang (tahap IV) menerima anjakan pada Januari bagi mengurangkan jurang ketara.

    Jika masih menggunakan kaedah anjakan mengikut anjakan gaji tahunan individu, lebih baik ujian PTK dijalankan sekali setahun supaya kenaikan lebih adil.

    PENYOKONG PTK,
    Bujang, Sarawak.

    Kakitangan awam pilih skim pencen kena bijak labur caruman KWSP

    Berita Harian

    KAKITANGAN awam yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diibaratkan seperti menerima durian runtuh apabila berpeluang menukar ke skim pencen seperti diumumkan kerajaan baru-baru ini.

    Tentunya ini amat melegakan mereka yang kebanyakannya mahu kembali ke skim pencen sejak dulu lagi. Malah sebagai penjawat awam yang memilih skim KWSP sejak 1993, saya sudah mengemukakan surat ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta berpuluh-puluh artikel memohon penambahbaikan kepada skim KWSP.

    Antaranya, memohon pengeluaran untuk mengerjakan haji dan insentif lain, selain berusaha memohon pertukaran ke skim pencen semula tetapi gagal. Peluang ini diibaratkan seperti rezeki datang bergolek. Pencarum KWSP bertuah kerana sudah menabung agak lama dan berpeluang meraikan hasil tabungan itu tidak lama lagi.

    Berita lebih 50,000 kakitangan awam yang terpedaya dengan skim cepat kaya seperti dinyatakan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) adalah memeranjatkan.

    Keadaan itu disebabkan sikap kita sendiri yang mudah terpedaya dan sering tidak merujuk kepada mereka yang lebih memahami soal pengurusan kewangan. Ketika kegawatan ini, saya ingin berkongsi pandangan supaya penjawat awam yang memilih skim KWSP membuat keputusan lebih menguntungkan selain dapat menggandakan hasil tabungan apabila wang dicairkan.

    Sebagai cadangan, pencarum KWSP jangan terpedaya dengan pelbagai pelan atau skim yang merugikan, mereka perlu mendapatkan pandangan golongan yang arif dan profesional dalam pengurusan kewangan keluarga.

    Namun, perlu diingat ada sebahagian daripada mereka adalah ejen syarikat kewangan tetapi tidak menjadi jurubicara profesional dalam hal membabitkan kewangan pelanggan. Malah, dalam banyak keadaan mereka lebih mementingkan keuntungan sebelah pihak dan menyembunyikan maklumat daripada pelanggan.

    Saya mencadangkan wang itu digunakan untuk tabungan di Tabung Haji bagi memudahkan hasrat pencarum menunaikan ibadat haji. Sebahagian caruman KWSP yang dikeluarkan boleh dilaburkan dalam unit amanah yang terjamin.

    Menggandakan wang adalah melaburkan semula ke dalam sesuatu perniagaan atau pelaburan yang terjamin supaya keupayaan menyimpan kita bertambah.

    LUKMAN MOIDIN,
    Kuala Nerang.

    PM tegur jabatan k'jaan susahkan syarikat....

    Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegur sikap sesetengah kerajaan jabatan kerajaan yang lambat menyambung kerja-kerja kontrak dengan syarikat swasta.

    abdullah ahmad badawi 020209 02Menurutnya, perkara itu menyebabkan timbulnya banyak kesusahan kepada syarikat-syarikat terlibat yang turut menerima tempias akibat kegawatan ekonomi dunia.

    Abdullah, kelewatan itu menyebabkan syarikat terbabit - ada antaranya menunggu sehingga tiga bulan - datang sendiri bagi memohon meneruskan perkhidmatan mereka dengan kerajaan.

    "Banyak kali datang jumpa, keluar ya, ya, ya... kemudian ya, ya, ya.... Orang Melayu kata, ya tak ada titik... kata orang tua-tua. Maknanya, orang kata, ya tu tak jadi," katanya ketika menyampaikan ucapan bulanan Perdana Menteri kepada pegawai-pegawai kerajaan di Dataran Perdana di Putrajaya pagi ini.

    Timbalannya Datuk Seri Najib Razak turut hadir.

    Abdullah berkata, aduan-aduan yang dibuat berkaitan kelewatan itu ada yang sampai kepada pihak atasan, termasuk beliau dan timbalannya sendiri.

    "Apabila pihak yang berkenaan buat aduan kepada orang atasan, kadang-kadang sampailah kepada saya atau Datuk Seri Najib.

    "Bila perkara-perkara itu dibawa ke atas, timbullah rasa tak senang hati, marah pulak, kecik hati pula. Mereka kata dah kenal orang atas, ada kabel besarlah," kata Abdullah.

    Sehubungan itu, dalam ucapan ringkas kira-kira sepuluh minit itu, perdana menteri menyeru amalan itu diperbaiki.

    Manakala pihak syarikat terbabit hendaklah meneruskan kerja-kerja mereka seperti biasa kerana "pembaharuan (kontrak) akan tiba", tambahnya.

    Beliau bagaimanapun berkata, agak lega kerana menurutnya sekarang sudah ada peningkatan.