02 July 2008

Penerima Bayaran Insentif Wilayah wajar diberi COLA

Utusan Online

PADA tahun 1987 melalui Pekeliling Bil 6/1987 kerajaan telah menyediakan elaun wilayah bagi pegawai yang bertukar wilayah antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 2005 pula melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 28/2005 kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Sara Hidup kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Bantuan Sara Hidup diberi untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Pekeliling itu menetapkan kadar elaun adalah antara 12.5 peratus hingga 25 peratus berdasarkan gaji asas pegawai kepada semua pegawai Persekutuan yang dilantik dan tempatkan di wilayah yang berlainan dari wilayah asalnya. Kadar tersebut telah dipinda melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2007.

Pekeliling Perkidmatan Bil 28/2005 pula telah mengecualikan atau menetapkan bahawa pegawai yang menerima Bayaran Insentif Wilayah (BIW) tidak layak untuk menerima bantuan sara hidup (COLA).

Memandangkan matlamat dan tujuan asal pemberian BIW dan COLA adalah sesuatu yang amat berbeza, sukacita dicadangkan kepada pihak kerajaan supaya elaun COLA turut diberikan kepada pegawai yang menerima BIW atau dipanjangkan ke bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak berdasarkan maklumat seperti berikut:-

a. BIW diberikan atas dasar memberikan insentif kepada pegawai yang terpaksa berkorban kerana bertugas di antara wilayah iaitu pegawai berasal dari Semenanjung yang ditempatkan berkhidmat di Negeri Sabah dan Sarawak dan sebaliknya.

b. COLA pula diberikan atas dasar menjaga kesejahteraan dan kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Bandar-bandar besar.

c. Kos sara hidup di bandar-bandar utama Negeri Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung.

d. BIW yang dibayar berdasarkan peratus dari gaji pokok menjadikan pegawai yang menerima gaji rendah akan menerima BIW lebih rendah dari COLA terutamanya di Kawasan A.

Bijan@68

Kota Kinabalu

7 comments:

85 Territories said...

Modified sikit...

COLA
Pada tahun 2005 pula melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 28/2005 kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Sara Hidup kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Bantuan Sara Hidup diberi untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Pekeliling Perkidmatan Bil 28/2005 pula telah mengecualikan atau menetapkan bahawa pegawai yang menerima Bayaran Insentif Wilayah (BIW) tidak layak untuk menerima bantuan sara hidup (COLA).

BAYARAN ELAUN WILAYAH
ASALNYA diberikan kepada Penduduk Sabah (temasuk Labuan) dan Sarawak selaras dengan Perjanjian Pembentukan Malaysia. Elaun Wilayah diberikan kepada penduduk asal Sabah / Sarawak walaupun tinggal di Sabah / Sarawak atau berpindah wilayah.

PADA tahun 1987 melalui Pekeliling Bil 6/1987 kerajaan telah memanjangkan elaun wilayah bagi pegawai yang bertukar wilayah antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai insetif pertukaran wilayah. Pekeliling itu menetapkan kadar elaun adalah antara 12.5 peratus hingga 25 peratus berdasarkan gaji asas pegawai kepada semua pegawai Persekutuan yang dilantik dan tempatkan di wilayah yang berlainan dari wilayah asalnya. Kadar tersebut telah dipinda melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2007.

Semua penjawat awam (persekutuan) yang bertukar wilayah akan diberikan Bayaran Elaun Wilayah sebagai insentif.

Memandangkan matlamat dan tujuan asal pemberian Elaun Wilayah dan COLA adalah sesuatu yang amat berbeza, sukacita dicadangkan kepada pihak kerajaan supaya elaun COLA turut diberikan kepada pegawai yang menerima Elaun Wilayah dan dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak berdasarkan maklumat seperti berikut:-

1. COLA pula diberikan atas dasar menjaga kesejahteraan dan kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Bandar-bandar besar.


2. Elaun wilayah yang diberikan kepada penduduk asal Sabah / Sarawak adalah hak rakyat berdasarkan Perjanjian Penubuhan Malaysia, manakala Elaun Wilayah yang diberikan kepada kakitangan yang bertukar Wilayah adalah bayaran insetif bertukar wilayah.

3. Kos sara hidup di bandar-bandar utama Negeri Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung.

Merujuk kepada http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/vAllDoc/618C82FA9CBCD601482571AA00111EB6

Kos Sara Hidup Minima (Pendapatan Garis Kemiskinan - PGK) bagi makanan dan bukan secara keseluruah di Sabah adalah RM 888 berbanding RM 661 di Semenanjug Malaysia.

4. Elaun Wilayah yang dibayar berdasarkan peratus dari gaji pokok menjadikan pegawai yang menerima gaji rendah akan menerima Elaun Wilayah lebih rendah dari COLA.

CONTOH:
Seorang Kakitangan kerajaan (Pembantu Am Pejabat) gred N1 bergaji pokok P1T1 RM 480.81 hanya akan mendapat Elaun Wilayah sebanyak RM108.18 berbanding dengan rakan sejawat di Semenanjung Malaysia yang mendapat COLA sebanyak RM 300.

Anonymous said...

kepada pihak NUTP atau cuepacs...
khususnya pihak kerajaan..,

saya mohon agar apa yg telah diusulkan oleh sahabat2 di atas dipertimbang dan dipanjangkan..

Anonymous said...

kalau u orang pandai kira, BIW lebih menguntungkan dalam jangka masa panjang sebab gaji pokok akan makin naik...guna otak sikit orang yang hanya fikir untung dalam tempoh masa pendek

Anonymous said...

INI BUKAN BERKENAAN UNTUNG ATAU TAK UNTUK JANGKA MASA PANJANG... INI BERKENAAN GAJI SEMASA.... SEPATUTNYA MEREKA YANG BERTUKAR WILAYAH MEMANG WAJAR MENDAPAT COLA TERUTAMANYA MEREKA YANG BERADA DI KUMPULAN SOKONGAN 1 DAN 2 YANG MANA GAJI MEREKA TENTU SEKALI JAUH BERBEZA DENGAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL... INI TENTU SEKALI MEMBANTU GOLONGAN BERGAJI KECIL INI UNTUK "SURVIVE" TERUTAMANYA DI BANDAR BESAR

Anonymous said...

perhatian kpd org2 yg berkenaan ye....SAPA CAKAP KOS HIDUP DI SABAH TINGGI BERBANDING NGAN SEMENANJUNG....???KOS HIDUP KAT SEMENANJUNG NI LAGI TINGGI TAU TAK...!!

Anonymous said...

KOS HIDUP DI SABAH LEBIH TINGGI DARI SEMENANJUNG. PLS DO UR RESEARCH MR

Anonymous said...

cba bandingkn hrga sekilo ikan kembung d semenanjung dan sabah..d sabah nama ikan 2 ikan lumahan...d sabah sayur x jual timbang kilo tau.. saya mkn seafood d sabah tuk 8 org bru 150, kalau semenanjung brapa mau byr agaknya..mo round 1 sabah x pyh mo byr tol tp d semenanjung mcm mna plk? hrga kereta d sabah kompom la lg mahal.. x perlu bt research, kta semua blh tau.tambng teksi &bas d sabah sdh ditetapkn ikut km x kira jalan sesak @ x, tp d semenanjung tmbng teksi kalau jln jem pun kena byr. d semenanjung gaji 3 ribu pun org ckp x cukup tp d sabah dgn gaji 2 da blh sewa rmh, astro beyond pvr, pakai krta vios..kalau pndai jimat blh pakai honda civic lg.. MR.... saya rsa research awak 2 siap lg..so do ur research completely k...