04 July 2008

Kadar dua imbuhan naik

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kerajaan menaikkan kadar Imbuhan Tetap Gred Khas dan Imbuhan Tetap Keraian bagi jawatan Gred Khas dalam perkhidmatan awam Persekutuan untuk diseragamkan dengan imbuhan diperoleh pegawai Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Surat pekeliling perkhidmatan bilangan 10 bertarikh 17 Jun 2008 disiarkan di laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyatakan, dengan berkuat kuasanya surat pekeliling itu, kadar Imbuhan Tetap Jawatan Gred Khas seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1991 dan kadar Imbuhan Tetap Keraian bagi jawatan Gred Khas dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 1996 terpinda.

Kadar baru imbuhan tetap jawatan Gred Khas yang ditetapkan adalah bagi jawatan Gred Khas A, imbuhan tetap gred khas dinaikkan kepada RM2,500, manakala imbuhan tetap keraian dinaikkan kepada RM4,000.

Bagi Gred Khas B, kadar imbuhan tetap gred khas dinaikkan kepada RM1,500, manakala imbuhan tetap keraian dinaikkan kepada RM3,050 dan Gred Khas C menerima imbuhan tetap gred khas RM1,000, manakala imbuhan tetap keraian dinaikkan kepada RM2,500.

2 comments:

PakaBuntui said...

hairan..kenapa golongan ini yang dinaikkan elaun? sedangkan golongan ini sudah cukup lumayan dibayar gaji dengan kemudahan lain percuma seperti kereta, minyak, driver dan sebagainya. kebanyakan golongan ini terdiri dari mereka yang telah bersara dan disambung perkhidmatannya....patutnya gred 41 kebawah yang patut dinaikkan elaun... PAYAH...

Melayu Boleh said...

SALAM.. KORANG KENALAH PAHAM DIAORANG NIE DAH GRADE JUSA LEBIH BANYAK TANGGUNGJAWAB PASTU DENGAN PENGALAMAN DIAORANG LAGI YANG MEMANG TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG. YANG AK GERAM SANGAT NIE NANTI ESOK LUSA UNTUK ORANG YANG RAJIN DAPATLAH SAMPAI GRED NIE. KORANG DAH ADER KAT BAWAH SUKER NAK DENGKI. KORANG INGAT YANG DOK ATAS NIE GOYANG KAKI, SILAP HARI BULAN MASA DIAORANG BERSAMA FAMILY POWN SUSAH. PELIK AK NGAN PEMIKIRAN KORANG NIE SUKER NAK DNGKI DENGAN KEMEWAHAN ORANG LAIN BUKAN NAK BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN KEDUDUKAN TU. WEI BERUSAHALAH. YANG GRED JUSA NIE DIAORANG DAH BERUSAHA PASAL TU DIAORANG LAYAK DAPAT. KO INGAT SENANG-SENANG DAPAT GRED NIE. SESUAILAH DENGAN BAKTI DAN PENGALAMAN DIAORANG MENTADBIR. YANG DOK GREDBAWAH NAK GAJI LEBIH KENALAH USAHA N CUBA IDOP IKUT KEMAMPUAN DIRI. MINTAK MAAP LAH KALAU ADER YANG TERASA