17 June 2008

Kaji semula kadar Elaun Perumahan Wilayah

Berita Harian

PADA dasarnya saya amat bersetuju dan berterima kasih dengan kenyataan dan keprihatinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok berkaitan perbezaan kadar Elaun Perumahan Wilayah yang disiarkan akhbar ini, Sabtu lalu.

Penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung berasa terabai dari segi pengagihan elaun.

Pemberian semula Elaun Sara Hidup (Cola) yang kemudian kadarnya digandakan 100 peratus pada tahun lalu tidak dapat kami nikmati dengan alasan kami sudah menerima Elaun Insentif Wilayah. Alasan ini masih boleh diterima, tetapi bagaimana pula dengan bayaran Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang juga sudah beberapa kali dinaikkan kadarnya?

Untuk pengetahuan semua, bagi kakitangan yang bertukar wilayah (Sabah atau Sarawak bertukar ke Semenanjung atau sebaliknya), Elaun Perumahan Wilayah (EPW) diberi bagi menggantikan ITP.

Apa yang menghairankan mengapa kadar EPW yang diterima kakitangan kerajaan Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung begitu kecil berbanding kadar yang diterima oleh kakitangan berasal dari Semenanjung yang bertugas di Sabah atau Sarawak?

Sebagai contoh penerima EPW di beberapa daerah di Sabah memperoleh minimum RM630 sebulan sedangkan penerima EPW di sesetengah daerah di Semenanjung hanya memperoleh serendah RM170 sebulan.

Jumlah ini amat jauh berbeza sedangkan kalau dilihat dari segi realiti kos sara hidup termasuk sewa rumah di Semenanjung ini lebih tinggi dari Sabah dan Sarawak. Apakah rasional perbezaan kadar sebesar itu?

Kalau perbezaan kadarnya adalah kecil mungkin tidak menjadi persoalan, tetapi dengan perbezaan kadar sebesar RM460 sebulan, adalah sesuatu yang tidak adil bagi kami kakitangan Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung.

Dengan pertimbangan kerajaan untuk menaikkan lagi kadar ITP, kami juga ingin memohon pertimbangan pihak kerajaan untuk mengkaji semula dan menaikkan kadar EPW di sesetengah daerah di Semenanjung ini yang sudah tidak relevan kadarnya.

Janganlah ketika ada kakitangan kerajaan bergembira dengan kadar elaun yang semakin meningkat, ada pula segelintir yang berasa terpinggir dan dianaktirikan.

PERANTAU,
Jerantut, Pahang.

6 comments:

Anonymous said...

Rasionalnya adalah untuk menggalakkan kakitangan sabah/sarawak bertugas di tempat asal. hal ini memang ketara di sabah dah amat minima di sarawak kerana orang sarawak lebih suka bertugas di tempat asal dan berkhidmat kepada masyarakat setempat.

Bayangkan seorang pegawai dari semenanjung terpaksa bertugas di pendalaman Sabah kerana pegawai dari Sabah tidak suka bekerja di luar bandar. Pegawai sabah yang ada lebih suka duduk di bandar besar seperti Kota Kinabalu atau Tawau. Perjawatan dipendalaman/pulau diisi oleh orang Semenanjung. Percaya atau tidak telah 6 tahun saya berkhidmat disabah kerana sebab itu.

Btw, tuan orang sabah atau sarawak?

Anonymous said...

Saya setuju dengan tuan perantau.Jika dibandingkan luar bandar dan bandar,kos hidup di bandar lebih tinggi.Tuan bayangkan membeli barang di pasar pun seperti ;membawa duit RM50 ibarat membawa duit RM10 sahaja jika dibandingkan di luar bandar. Jika di luar bandar,anda membawa RM10 untuk membeli sayur-sayur di pasar pun cukup untuk makan seminggu.Tidak salah jika pegawai yang bertugas berlainan wilayah mendapat elaun yang sama.

Kami yang sebagai perantau ini pun bukan saja suka-suka bekerja di semenanjung.Ini adalah arahan dan kita pula menurut perintah.Ramai pegawai yang bekerja di semenanjung ingin pulang dan bekerja di wilayah masing-masing,dan saya rasa bukan mereka tidak suka masalahnya bila ditanya di Bahagian Pertukaran JPA mereka mengatakan tiada kekosongan,tiada pengambilan setakat ini dan macam-macam lagi alasan.
Ada juga pegawai semenanjung yang bekerja di sabah dan sarawak minta tukar kembali ke wilayah asal dapat diproses pertukaran dengan cepat dengan alasan tidak dapat menyesuaikan hidup walhal dibandingkan pegawai sabah dan sarawak bekerja di semenanjung bertungkus-lumus menyesuaikan hidup mereka di sini.Kami pun sama juga pernah memohon tukar wilayah,dengan bermacam-macam alasan apa yang kami dapat tunggu giliran lah..dengan syarat ada pengganti lah..bagi yang sudah berkahwin boleh kah mereka tunggu sampai ada pengganti datang itu pun jika ada.Dan bagaimana jika tiada langsung.?

Anonymous said...

Lain pula bagi kami yang berasal dari semenanjung yang berkhidmat di Sabah. Kami langsung tidak dapat menikmati Elaun Perumahan Wilayah atas alasan sudah disediakan kemudahan tempat tinggal (kuarters). Kuarters baru yang disediakan diberikan kepada kami seorang sebuah unit dan dipaksa tinggal di dalam kawasan kuarters.

Alasan diberikan kerana tidak mahu membazir kemudahan sedia ada, sedangkan kami boleh berkongsi rumah yang rata-rata antara kami adalah guru dari semenanjung.

Kami sebagai guru-guru baru, tidak mempunyai daya untuk bersuara dan kami meminta bantuan sesiapa yang pernah mengalami situasi seperti ini untuk memberikan pandangan dan jalan untuk diselesaikan. Cukuplah sekadar mempunyai duit untuk membeli tiket pulang ke kampung halaman sekali-sekala.

Anonymous said...

Saya ditukarkan dari Sabah ke Kuala Lumpur pada Ogos 2008 dan dibayar EPW sejumlah RM600. Sebelum ini saya menikmati ITP sejumlah RM400.Ini bermakna saya mendapat tambahan bersih sejumlah RM200 sebulan.

Namun hakikat sebenarnya ialah saya kerugian RM700 sebulan kerana terpaksa menyewa sebuah flet di KL berjumlah RM900 sebulan. (kalau nak murah boleh lah dapat di Rawang atas kadar RM450 sebulan tetapi bersedia lah untuk membayar kos minyak, tol dan stress traffic jam....bila dicampurkan semua ni lebih daripada RM900 sewa rumah di KL).

Apa yang berlaku di sini adalah pengorbanan oleh pegawai yang bertukar wilayah khusunya dari Sabah/Sarawak/Labuan ke semenanjung tidak dihargai. Sudah lah kami terpaksa berjauhan dari keluarga, dipaksa lagi menanggung kerugian.

APA YANG PATUT DILAKUKAN OLEH PIHAK BERKUASA ADALAH mengekalkan apa yang telah diterima oleh pegawai sebelum diarah bertukar. Dalam kes saya adalah RM400 untuk ITP. Bila ditukarkan, pegawai sepatutnya mendapat tambahan bantuan sewa rumah mengikut kadar sewaan pasaran yang berpatutan. Namun, itu lah nasib yang diterima oleh pegawai yang bertukar wilayah...........dah lah terpaksa berjauhan dari keluarga, terpaksa lagi menanggung beban kewangan. Belum dikira lagi tambang kapal terbang airasia(terima kasih Tony Fernandez.......sekurang-kurangnya memberi harapan kepada kami untuk melepaskan rindu kat kampung halaman).

Saya juga amat berharap CUEPACS dapat memperjuangkan nasib kami ni. Apa yang saya nampak, CUEPACS ini agak lembab dalam meperjuangkan nasib k/t kerajaan. Cubalah lihat, dalam laman web CUEPACS..........ada tak ruangan untuk pegawai kerajaan meluahkan masalah yang dihadapi. Macam takut saja orang nak minta bantuan

Anonymous said...

yang paling beruntung guru dari sarawak bertuas di sabah x yang ke laut china selatan... dapat elaun yg sama juga... huhuh untung sebelah negeri.. elaun rumah pn besar... klu asal perlis tugas di johor x sama asal miri bertugas di sandakan.. huhu memang untung laa org sarawakkk undi untuk tain mahmud hehhe

Anonymous said...

saya amat bersetuju dan amat berharap agar kadar epw dikaji semula. Amat tidak adil bagi kami yg terpaksa bertugas di semenanjung di pejabat kerajaan negeri sabah yang berlokasi di kl yang terpaksa menyewa rumah pada kadar sewa yang amat2 tinggi. kami diamanahkan untuk melaksanakan tugas bagi pihak kerajaan negeri sabah, so please ambil perhatian kebajikan kami.kadar epw serendah rm450 tidak mencukupi untuk menyewa flat apalagi rumah teres. betul kata seorang yg ada bagi komen, kalau mau murah nun di sungai long or di klang, habis masa di perjalanan.ini bukan soal pilihan tapi diamanahkan untuk melaksanakan tugas untuk kerajaan negeri sabah di semenanjung.nak trasfer balik sabah?jangan haraplah, tunggulah sekiranya kita sakit or ada orang special case dari sabah mahu kerja di semenanjung brulah dapat transfer.perihatinlah pada nasib kami, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.