12 July 2008

Kenaikan pangkat patut utama kelayakan akademik

Berita Harian

GLOBALISASI memperlihatkan perpindahan nilai, terutama cara berfikir dan perubahan gaya hidup. Tekanan ekonomi semakin dirasai dan pasaran saham semakin tidak menentu ditambah senario politik negara yang kurang stabil.

Kita melihat wujudnya beberapa keputusan secara drastik oleh kerajaan.

Hakikatnya, globalisasi mesti dihadapi dengan kekuatan mental dan kestabilan emosi. Justeru, kita melihat semakin ramai pendidik berusaha meningkatkan tahap akademik sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).

Ini sangat baik untuk berdepan era globalisasi dan mengharungi arus kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup.

Malang sekali Kementerian Pelajaran tidak mengambil kira kelayakan akademik pendidik dalam pelantikan dan kenaikan pangkat.

Sebaliknya tempoh perkhidmatan tetap menjadi ukuran. Dengan itu, kita dapati ada pegawai dan guru sekolah yang mempunyai PhD berada di gred DG41 dan guru berijazah sarjana muda berada di gred DG48.

Berikutan itu, wujud pengetua sekolah dan pengarah maktab perguruan hanya berkelulusan ijazah pertama, manakala guru berkelulusan PhD. Suasana seperti ini tidak baik dalam iklim pendidikan.

Justeru, kita berharap kerajaan akan mengambil kira tahap pendidikan guru dalam proses kenaikan pangkat atau pelantikan ke jawatan kanan.

Dicadangkan semua pengetua sekolah mesti sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana, manakala pengarah Institut Perguruan dan Kolej Matrikulasi mestilah berkelulusan PhD.

Martabat pendidikan mesti selari dengan fungsi Kementerian Pelajaran.

MOHD ASRAN AMISAH,
Tawau, Sabah.

Elaun pegawai awam bertukar wilayah sama

Berita Harian

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) ingin merujuk surat 'Mat Cola-Biss,' Wilayah Persekutuan Labuan bertajuk 'Penjawat Awam di Sabah, Sarawak Pertikai Alasan Tak Dapat Cola' yang disiarkan 30 Jun lalu.

Bayaran Insentif Wilakepada pegawai perkhidmatan awam bertukar wilayah.

Asas pembayaran bayaran itu bagi menampung kos sara hidup dan galakan kepada pegawai dari Semenanjung untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak dan sebaliknya. Asas pembayaran Bantuan Sara Hidup pula untuk membantu pegawai menampung kos sara hidup.

Pegawai yang menerima Bayaran Insentif Wilayah tidak diberi Bantuan Sara Hidup kerana asas dan kaedah pembayarannya sama.

NIK NORAINI NIK YA,
Jabatan Perkhidmatan Awam.

10 July 2008

Hanya Askar Wataniah Unit Siri 300 diserap ke Rejimen Sempadan

Berita Harian

TENTERA Darat ingin merujuk keluhan 'Anak Watan' yang disiarkan ruangan ini, 2 Julai lalu mengenai langkah penyerapan anggota Askar Wataniah ke pasukan tetap dalam Rejimen Sempadan dan menganggapnya tidak telus.

Untuk makluman, penyerapan Askar Wataniah ke Rejimen Sempadan dilaksanakan terhadap pegawai dan anggota yang sedang berkhidmat di Unit Siri 300. Sehubungan itu, isu anggota dan pegawai dipinggirkan tidak timbul termasuk mereka yang pernah berkhidmat di Unit Siri 300. Unit lain tidak terbabit dalam penyerapan ini.

Fakta penempatan Unit Siri 300 yang sedia diatur gerak di sempadan adalah bertepatan hasrat kerajaan untuk menukar status Angkatan Sukarela kepada Angkatan Tetap.

Pendekatan itu adalah sejajar tanggungjawab Rejimen Sempadan yang ditugaskan untuk mengawal sempadan negara daripada dibolosi anasir yang tidak diingini.

Penyerapan pegawai dan anggota Angkatan Sukarela ke Angkatan Tetap masih diteruskan.

Justeru, peluang pegawai dan anggota Askar Wataniah di Unit Siri 300 dan pasukan sasaran penting untuk diserapkan masih terbuka dan boleh dilaksanakan sekiranya mematuhi syarat ditetapkan.

Pegawai berminat hendaklah menghantar permohonan mengikut saluran pemerintahan masing-masing.

MEJAR ZAHRULLAIL HIDAYAT,
Cawangan Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan.

Guru DGA29 dibiar selepas lulus temu duga

Berita Harian

KAMI guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Selangor rasa terkilan berikutan kelewatan pihak pengurusan dalam perlantikan kami daripada DGA29 ke DG41.

Untuk pengetahuan, 49 guru SABK dipanggil temu duga pada 15 Januari lalu dan lulus ujian berkenaan. Malangnya, sehingga hari ini kami tidak mendapat jawapan, manakala rakan kami dari kementerian sama menghadiri temu duga itu menerima pelantikan, sebulan selepas tarikh temu duga.

Setiap kali kami menghubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang bertanggungjawab atas pelantikan kami, alasan yang diberi ialah pegawai terbabit berkursus atau di luar pejabat.

Apabila dapat berhubung dengan pegawai berkenaan alasan diberikan suatu yang sudah basi untuk didengar. Kami diminta bersabar dan tidak memberi kata putus pertanyaan kami.

Harapan kami apabila Jabatan Pendidikan Islam Malaysia (Japim) mengambil alih sekolah agama negeri, nasib kami akan terbela tetapi malangnya hanya `indah khabar dari rupa'.

Nasib kami tidak ada pembelaan dan tergantung hingga kini.

Persoalannya, pihak mana kami dapat luahkan masalah ini agar kami menerima layanan sama dengan guru lain.

GURU MENGHARAP,
Kajang, Selangor.

Kakitangan kontrak tunggu jawatan tetap

Berita Harian

SAYA tertarik dengan kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang yakin tuntutan untuk menyerap kakitangan kontrak sebagai kakitangan tetap akan dipenuhi kerajaan.

Saya amat berharap cadangan dapat disegerakan kerana ia dijanjikan kerajaan menerusi Bajet 2008 yang belum jelas menampakkan hasil. Pada masa sama, mereka yang berkhidmat secara kontrak ini ada yang mencecah 10 tahun

Kerajaan juga membelanjakan wang yang banyak untuk melatih pegawai kontrak dan adalah sesuatu yang merugikan sekiranya mereka ditamatkan begitu saja.

Dalam pada itu, kita masih belum tahu jumlah sebenar pegawai kontrak yang berkhidmat.

Pegawai kontrak juga menyumbangkan tenaga dan usaha mereka setanding pegawai tetap. Pegawai kontrak akan sentiasa berada dalam keadaan prestasi yang terbaik, berdisiplin dan komited supaya kontrak mereka terus disambung.

Kerajaan perlu menyegerakan inisiatif untuk melantik pegawai baru. Misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menurunkan kuasa kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk melantik Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 kontrak untuk berkhidmat di kementerian.

Tindakan ini jika disegerakan akan memberikan peluang kepada graduan yang pada masa ini berkhidmat sebagai kontrak di kementerian dengan taraf jawatan setanding kelayakan akademik.

Ulasan dan keputusan penyambungan kontrak yang perlu diperoleh kementerian daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan perlu dibuat tidak lebih daripada tempoh seminggu berbanding pada masa ini mengambil masa lebih dua minggu.

ORANG KITA 2008,
Kajang, Selangor.

Guru kecewa tak terima elaun SBT

Berita Harian

ISU pembayaran elaun Skim Bantuan Tuisyen (SBT) yang sebelum ini dikenali Skim Baucar Tuisyen kepada guru yang terbabit dengan skim berkenaan, masih belum selesai.

Sebagai guru yang terbabit dengan skim berkenaan, saya berharap Jabatan Pelajaran Sarawak, menyelesaikan segera masalah yang timbul, sedangkan saya dan rakan guru lain sudah melaksanakan tugas seperti diharapkan Kementerian Pelajaran.

Untuk makluman, sehingga kini saya tidak menerima elaun yang dijanjikan. Persoalan timbul, di mana ketelusan pihak jabatan yang menguruskannya. Mengapa peruntukan diperap begitu lama sehingga menjejaskan pihak yang sepatutnya mendapatkan haknya.

Setiap kali diaju pertanyaan, bermacam-macam alasan diberikan.

Setiap tahun pasti berlaku kelewatan pembayaran elaun itu, tahun ini paling lewat berbanding tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan mempercepat urusan pembayaran berkenaan bagi meringankan beban guru terbabit.

GURU SBT,
Kuching, Sarawak.

09 July 2008

PAS: Ketua Cuepacs lagak 'hero BN'

M'kini

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan presiden Cuepacs, Omar Osman, cuba berlagak "hero kepada kerajaan Barisan Nasional" apabila mempertikaikan langkah Kelantan mewajibkan syarat bersolat setiap waktu dalam peraturan kakitangan awam.

Ketua penerangan dewan itu Herman Samsudeen juga mendesak Omar melepaskan jawatannya itu kerana kenyataannya semalam "amat memalukan ramai penjawat awam."

"(Cadangan) peraturan ini juga hanya terhad kepada kakitangan yang beragama Islam dan mereka yang bukan beragama Islam (di Kelantan) masih tertakluk pada peraturan sedia ada," katanya.

"Diharapkan Omar sedar bahawa beliau masih lagi seorang muslim dan wajib untuk menyokong cadangan ini dengan akal fikiran bukan membantah membuta tuli hanya kerana ingin jadi hero kepada kerajaan BN.

islam malaysia muslim men in prayer makmum 070207"Beliau seharusnya meminta maaf dan meletakkan jawatan sebagai presiden Cuepacs kerana apa yang beliau ucapkan itu sesuatu perkara yang amat memalukan ramai penjawat awam, khususnya dari kalangan mereka yang beragama Islam."

Omar menyifatkan langkah negeri pimpinan PAS itu untuk menjadikan solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat serta pengambilan baru kakitangan awam sebagai menafikan hak kaum lain.

Beliau dilaporkan berkata cadangan itu berat sebelah kerana menerusinya hanya individu beragama Islam boleh dapat kenaikan pangkat atau mendapat pekerjaan.

"Ini kerana hanya mereka (pekerja beragama Islam) bersembahyang lima waktu dan Jumaat. Macam mana dengan pekerja atau individu menganut agama lain? Adakah mereka ini tidak berpeluang bekerja atau naik pangkat langsung.

"Walaupun cadangan mereka bagus bagi memelihara ketelusan kakitangan awam di negeri itu, tetapi kena fikirkan kesesuaian terhadap bangsa lain," beliau dipetik sebagai berkata.

Isnin lepas, menteri besar Kelantan bercadang membawa usul ke Dewan Undangan Negeri untuk memperkenalkan langkah tersebut bagi pemimpin semua peringkat.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata syarat menunaikan solat itu seperti syarat kelayakan mesti lulus Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya akan mencadangkan di dalam dewan (undangan negeri Kelantan) sebagai syarat wajib untuk memilih jawatan ketua kampung, tok penghulu, pemimpin dan kakitangan awam. Mereka mesti menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat," katanya.

Sementara exco kerajaan negeri Mohd Amar Abdullah berkata Kelantan sedang menyiapkan enakmen bagi membolehkan mereka yang tidak menunaikan solat lima kali sehari dikenakan tindakan.

Pengerusi jawatankuasa pembangunan Islam, pendidikan dan dakwah dilaporkan berkata, kajian akhir bagi menyiapkan enakmen tersebut sedang dilakukan dan ia dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang.

Syarat solat lima waktu dipersoal

Berita Harian

Cuepacs anggap peraturan naik pangkat ketepi hak kaum lain

KUALA LUMPUR: Cadangan Kerajaan Pas Kelantan menjadikan solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat serta pengambilan baru kakitangan awam dianggap sebagai menafikan hak kaum lain.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata cadangan itu dilihat berat sebelah kerana menerusinya hanya individu beragama Islam boleh dapat kenaikan pangkat atau mendapat pekerjaan.

"Ini kerana hanya mereka (pekerja beragama Islam) bersembahyang lima waktu dan Jumaat. Macam mana dengan pekerja atau individu menganut agama lain? Adakah mereka ini tidak berpeluang bekerja atau naik pangkat langsung.

"Walaupun cadangan mereka bagus bagi memelihara ketelusan kakitangan awam di negeri itu, tetapi kena fikirkan kesesuaian terhadap bangsa lain," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik, kelmarin untuk menjadikan solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat dan pengambilan baru kakitangan awam serta pemilihan calon wakil rakyat serta jawatan politik lain.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam, berkata kerajaan Kelantan hanya boleh mengenakan syarat baru itu kepada kakitangan awam yang bekerja dengan agensi kerajaan negeri saja.

"Kakitangan awam yang diambil Kerajaan Persekutuan dan dihantar bertugas ke negeri itu seperti guru tidak termaktub dengannya. Proses pengambilan dan kenaikan pangkat kakitangan awam sama seperti sebelum ini dengan cadangan kementerian," katanya.

"Adakah akan ada satu pasukan khas untuk memantau pergerakan setiap kakitangan awam untuk melihatnya sama ada mereka bersembahyang atau tidak? Itu yang kami keliru dan hendak tahu sangat apa mekanisme akan mereka gunakan.

Omar turut mempersoalkan kaedah bakal dilaksanakan kerajaan Kelantan bagi memastikan seseorang kakitangan awam itu bersolat atau tidak yang dianggapnya agak mengelirukan serta menyukarkan kerajaan sendiri.

"Kami juga mahu kerajaan Kelantan menyelaraskan kelulusan akademik seseorang dengan moral bagi mengelakkan kebolehan individu mempunyai kelayakan tinggi di negeri itu disia-siakan. Jangan kerana individu itu mengerjakan solat sudah cukup dilantik ke jawatan tinggi," katanya.

Elaun BIW, EPW pekerja dari Sabah, Sarawak tidak mencukupi

Berita Harian

SEBAGAI anak watan dan Bumiputera Sarawak, saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana keprihatinannya terhadap permasalahan di Sabah dan Sarawak.

Beberapa langkah dan inisiatif menunjukkan Kerajaan Pusat memang cuba untuk tidak terlepas pandang segala permasalahan yang dihadapi rakyat walaupun mungkin mengambil masa, bergantung kepada langkah dan penyelesaian diambil.

Ini terbukti hasil daripada beberapa siri lawatan beliau ke kedua-dua negeri ini dalam tempoh dua bulan lalu.

Perdana Menteri menyatakan rakyat Sabah dan Sarawak kurang berminat menjawat jawatan dalam Kerajaan Pusat atau berkhidmat di Semenanjung.

Dengan kos sara hidup yang tinggi, amat sukar untuk mendorong mereka berpindah ke Semenanjung semata-mata untuk menjawat jawatan dalam Kerajaan Persekutuan.

Malah, tindakan itu dianggap kurang bijak kerana kos sara hidup yang amat tinggi, terutama untuk mereka yang menjawat jawatan sokongan. Kini, kerajaan membayar Elaun Perumahan Wilayah (EPW) dan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) kepada mereka yang berkhidmat di Semenanjung.

Malangnya, dengan peningkatan kadar kos, terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, elaun sebegini tidak mencukupi.

Kami menyara keluarga di kampung yang perlu diberi perhatian.

Dengan beban sebegini, jauh sekali untuk kami cuba untuk menstabilkan diri terutama dari segi kewangan.

Saya mencadangkan kerajaan dapat membantu mungkin untuk melakukan semakan kembali ke atas kadar BIW dan EPW yang dibayar kepada kami pada hari ini.

IBANEZ,
Sibu, Sarawak.

Cuepacs syor penerima BIW turut dapat Cola

Berita Harian

Semua kakitangan awam dibeban kenaikan kos sara hidup

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk turut memberikan Elaun Sara Hidup (Cola) kepada kakitangan sektor awam yang menerima Bayaran Insentif Wilayah (BIW).

Presidennya, Omar Osman, berkata pembayaran Cola kepada kakitangan awam terbabit wajar kerana mereka turut menghadapi beban kenaikan kos sara hidup.

Katanya, BIW tidak boleh disamakan dengan Cola kerana ia adalah ganjaran kepada kesanggupan kakitangan awam terbabit berkorban untuk bertugas di Semenanjung, Sabah atau Sarawak.

"Cadangan itu pernah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi ditolak dengan alasan kakitangan terbabit sudah menerima BIW. Namun, kita memahami beban yang terpaksa ditanggung kakitangan kerajaan berikutan kenaikan kos sara hidup sejak kebelakangan ini.

"Oleh itu, kita akan mencadangkan supaya kakitangan awam yang menerima BIW turut dibayar Cola," katanya kepada Berita Harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas permintaan ahli R@kan BH semalam supaya Cuepacs mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan.

Pembayaran Cola antara RM50 hingga RM150 mula dilaksanakan pada Januari 2006 membabitkan kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 bergantung kepada lokasi tempat kerja masing-masing.

Bagaimanapun, kakitangan awam yang mendiami kuarters atau menerima elaun wilayah, tidak layak menerima Cola.

Namun, pada Bajet 2007, kerajaan mengumumkan mereka yang tinggal di kuarters turut dibayar Cola iaitu pada kadar 50 peratus daripada nilai sebenarnya dan pada Bajet 2008, kerajaan menambah sekali ganda kadar Cola iaitu kepada RM100 hingga RM300 mengikut kawasan bertugas kakitangan awam terbabit.

BIW dibayar kepada pegawai dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung atau sebaliknya berdasarkan peratusan gaji masing-masing dan dikategorikan sebagai bantuan sara hidup.

Mengulas lanjut, Omar berkata, Cuepacs menerima banyak panggilan dan SMS daripada kakitangan awam yang meminta mereka turut dibayar Cola bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Mengenai cadangan penyelarasan Cola kepada RM500 sebulan seperti yang dikemukakan Cuepacs baru-baru ini, Omar berkata, beliau percaya kerajaan akan mengumumkannya dalam pembentangan Bajet 2009 pada 29 Ogos nanti.

08 July 2008

Kelantan hanya ambil pekerja bersolat

Utusan Online

KOTA BHARU 7 Julai - Kerajaan Pas Kelantan bakal memperkenalkan syarat baru proses pengambilan pekerja dengan mewajibkan setiap calon perlu lengkap menunaikan solat fardu lima waktu dan Jumaat.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, cadangan memilih kalangan yang tidak meninggalkan solat itu bakal melibatkan semua peringkat bermula daripada peringkat paling bawah hinggalah yang paling atas.Menurut beliau, setiap permohonan akan ditapis dan disaring dengan ketat mengikut prosedur tertentu kelak bagi memastikan hanya calon yang benar-benar takut kepada azab Allah diterima bekerja dengan kerajaan negeri.

''Saya akan cadang dan kemukakan perkara ini kepada pentadbiran negeri nanti bahawa mereka yang tidak sembahyang fardu lima waktu dan Jumaat tidak boleh memegang jawatan dalam kerajaan negeri.

''Ia libatkan semua peringkat, bermula daripada penghulu, penggawa dan seterusnya kepada wakil rakyat, kakitangan dan pegawai kerajaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada waktu rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz yakin cadangan ini tidak akan menimbulkan sebarang kesukaran kerana pelaksanaannya adalah menyamai syarat lulus Bahasa Melayu untuk mendapat pekerjaan atau subjek Sains bagi menjawat jawatan teknikal.

Tegas beliau, syarat wajib solat adalah amat besar dan penting berbanding syarat sedia ada kerana perbuatan meninggalkan solat adalah dosa dan diperhitungkan di akhirat.

''Tinggal sembahyang juga akan menimbulkan masalah lain seperti rasuah kerana manusia kalau dia kepada Allah Yang Maha Besar pun tidak takut, apatah lagi sesama manusia lain.

''Manusia sebagai hamba perlu berabdi sepenuhnya kepada penciptanya, Allah dan sembahyang adalah makanan rohani berbeza dengan nasi atau buah yang merupakan makanan fizikal,'' katanya.

Tambah Nik Abdul Aziz, kerajaan negeri telah mengadakan pelbagai kempen kesedaran kepada orang ramai supaya mengerjakan sembahyang termasuk Kempen Bulan Sembahyang pada bulan Rejab.

''Pada tahun lalu, kita telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi kempen solat dan ia akan diteruskan juga pada tahun ini,'' katanya.

07 July 2008

Anjakan gaji awam ikut prosedur

Berita Harian

JABATAN Perkhidmatan Awam merujuk aduan 'Guru Keliru, Manjung, Perak' berhubung tarikh anjakan gaji pegawai yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) disiarkan 26 Jun lalu.

Untuk makluman, tarikh pergerakan gaji tahunan pegawai ditetapkan pada empat tarikh saja, iaitu 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober dan tertakluk kepada tarikh lantikan atau kenaikan pangkat.

Oleh itu, pergerakan gaji pegawai (sama ada pergerakan gaji secara biasa atau anjakan gaji) bagi sesuatu tahun ditentukan mengikut tarikh itu.

NIK NORAINI NIK YA,
Ketua UnitKomunikasi Korporat JPA.

Kementerian kaji elaun khas kakitangan syif malam

Berita Harian

SEGAMAT: Kementerian Sumber Manusia sudah menerima cadangan Cuepacs supaya kakitangan kerajaan berpakaian seragam yang bekerja syif malam antara jam 12.30 pagi hingga 6 pagi diberi bayaran insentif khas.

Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pihaknya akan membuat satu kajian terperinci mengenai cadangan itu bagi memastikan kebajikan kakitangan kerajaan terbabit dibela.

Katanya, sebelum ini Cuepacs pernah membuat cadangan semua kakitangan kerajaan termasuk yang berpakaian seragam diberi elaun khas sebagai insentif bekerja pada syif malam.

Bagaimanapun, katanya, keadaan ekonomi negara yang tidak mengizinkan menyebabkan cadangan itu belum lagi dipertimbangkan untuk kelulusan.

"Pada hujung tahun lalu kerajaan sudah menaikkan gaji kakitangan kerajaan kepada satu tahap tangga gaji yang memuaskan. Oleh itu, kerajaan perlu membuat satu kajian menyeluruh berdasarkan banyak aspek sebelum cadangan itu diluluskan, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja di premis perniagaan di Jalan Syed Abdul Kadir di sini, semalam.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, sebelum ini mencadangkan kepada kerajaan supaya kakitangan berpakaian seragam di seluruh negara yang bekerja lewat malam antara jam 12.30 pagi hingga 6.30 pagi diberi insentif khas RM200 hingga RM350 sebulan.

Kakitangan itu membabitkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Imigresen, Pembantu Perubatan serta Jururawat.

06 July 2008

Lack of surgeons is at heart of issue

NSTP

Datuk Liow Tiong Lai (inset) says that eight operating theatres for cardiac surgery
Datuk Liow Tiong Lai (inset) says that eight operating theatres for cardiac surgery

KUALA LUMPUR: Although thousands of children remain on the waiting list for corrective heart surgery, eight operating theatres (OTs) for cardiac surgery at Serdang Hospital remain unused for want of cardiothoracic surgeons and staff.

The OTs at the RM300 million Serdang Hospital, designed to be the reference centre for cardiology, cardiothoracic, urology and nephrology surgery in the country, have remained empty since they were opened in 2005.

Health Minister Datuk Liow Tiong Lai said recently: "We don't have the experts. We don't have the manpower."

He said it was for this reason that the government had offered to send urgent paediatric heart cases to the Nara-yana Hrudayalaya Institute of Cardiac Sciences in Bangalore, India, for corrective surgery.

It had identified 200 children with complicated heart problems to be sent there soon for corrective surgery.
The first batch of about 10 children, who are stable enough to travel by air and for whom the prognosis is good, is likely to be sent in the next couple of weeks.

Liow said there was a need to send these children there for surgery as there are more than 300 infants on the Institut Jantung Negara's (IJN) waiting list.

This excludes the 3,000 children who need surgery for congenital heart diseases every year.

"We are handling about 1,200 paediatric cases a year, 75 per cent of which are carried out at IJN," said Liow.

"(We're not moving fast) enough, because it's a full house at IJN. Some of the children cannot wait long because they are urgent cases. So, there is pressure on us to perform surgery quickly."

Among the measures being taken by the ministry to ease the backlog is to offer Hospital Serdang's unused facilities to the private sector.

So far, only IJN has taken up the offer.

"IJN does not have enough OTs. It has a long waiting list for surgeries. It is negotiating with Hospital Serdang for use of its cardiac care facilities."

Another measure is to send these children to India, where costs are a fraction of what they are here.

Liow said the Narayana Hospital, for instance, was only charging RM10,000 for the surgery, compared with the RM17,000 charged by IJN.

Additional costs for airfare, visas, accommodation and other logistical matters for the child and an accompanying parent would only come to RM4,900, bringing the total to RM14,900 a case.

The government has allocated RM2 million for this programme. The hospital was chosen because of its quality care and the close working relationship it has with the ministry.

As for the shortage of specialists, Liow said the ministry's long-term plan was to increase the number of cardiothoracic surgeons and paediatric cardiac surgeons by training more specialists here.

He said he hoped other private hospitals would emulate the Penang Adventist Hospital, which had offered to perform 50 paediatric cardiac surgeries free to reduce the waiting period.

Lebih Ramai Bukan Melayu Perlu Anggotai JPA3

Bernama

ALOR STAR, 5 Julai (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri berharap lebih ramai kaum bukan Melayu memilih untuk berkhidmat sebagai anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) bagi bersama-sama menjaga keselamatan negara.

Timbalan Menterinya Datuk Chor Chee Heung berkata hanya terdapat kira-kira 10 peratus sahaja kaum bukan Melayu yang menyertai pasukan keselamatan itu.

Katanya penyertaan kaum Cina dan India amat penting bagi memupuk kerjasama antara masyarakat berbilang kaum di samping mencerminkan perpaduan yang erat di kalangan rakyat negara ini dalam mempertahankan negara.

"Kita tidak mahu apabila berlaku bencana alam seperti kebakaran atau banjir di sesebuah kampung yang ada ramai Cina, kaum Melayu sahaja yang datang bantu, kaum sendiri tidak ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan hari bertemu pelanggan JPA3 peringkat negeri Kedah dan penubuhan unit pertahanan awam Kuala Kedah di sini, Sabtu.

Katanya pada tahun ini, JPA3 sedang meningkatkan kempen untuk menambah penyertaan sekurang-kurangnya seramai 20,000 anggota.

"Setakat ini terdapat 60,458 anggota yang sedia ada di seluruh negara," katanya, sambil menambah bahawa JPA3 juga menggiatkan usaha menarik minat penyertaan anggota bermula di peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

--BERNAMA