02 July 2008

Kerajaan timbang penambahbaikan skim perkhidmatan PDRM

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menimbang permohonan penambahbaikan skim perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata cadangan penambahbaikan itu termasuk mengenai syarat lantikan, latihan dan kemajuan kerjaya, penstrukturan semula pangkat dan gred serta skim gaji baru berdasarkan skop dan penghuraian tugas.

“Tidak dinafikan bahawa gaji (anggota polis) yang agak rendah adalah salah satu faktor yang boleh menjurus kepada gejala rasuah.

“Kementerian berharap cadangan skim perkhidmatan yang baru ini akan dapat mengurangkan gejala rasuah di kalangan pegawai dan anggota PDRM,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) di sini. — Bernama

No comments: