28 May 2009

CUEPACS abaikan lulusan universiti

Utusan Online

Saya secara peribadi berbangga menjadi seorang warga kakitangan Kerajaan Malaysia walaupun tidak berjawatan tinggi. Namun khidmat bakti, komitmen dan taat setia kepada kerajaan tidak pernah berbelah bahagi.

Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan Datuk Seri Najib bin Tun Razak yang dikenali pembela kakitangan kerajaan sejak menerajui Kementerian Pertahanan, Kementerian Pelajaran mahupun sebagai Perdana Menteri.

Namun persoalan saya apakah hala tuju perjuangan kepimpinan CUEPACS yang dilihat hanya memperjuangkan penambahbaikan bagi kakitangan sokongan sahaja. Adakah nasib kami lepasan universiti tidak layak untuk diperjuangkan?

Untuk makluman, golongan kami ibarat telah dijadikan anak tiri. Tuntutan pelarasan gaji yang diluluskan oleh kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, hasil perjuangan CUEPACS, telah menjadikan gaji antara kami lebih rendah berbanding gaji rakan yang tidak ke universiti.

Ini berlaku hasil gerakan mata gaji 25 peratus bagi kumpulan sokongan dan hanya 15 peratus untuk kami. Kemudian beberapa keistimewaan kenaikan pangkat dipermudahkan ke gred 32 dan sehingga ke gred 38 yang mana jumlah gaji hampir menyamai gaji Pengetua Gred DG 48!

Saya berpendapat kedudukan ini amatlah unik di mana golongan yang belajar tinggi mendapat gaji lebih rendah berbanding mereka yang tidak ke menara gading. Jika tidak, masakan heboh saban hari golongan guru DG 41 yang melanjutkan pelajaran meminta pihak berwajib menimbang kedudukan mereka yang rendah gaji, bukan oleh rakan yang sama keluar maktab, malah gaji junior dari maktab pun melebihi mata gajinya.

Memang lebih pelik jika berkhidmat di sekolah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41, mahu pun DG 44, akan menerima arahan dan tugasan daripada pegawai di Pejabat Pelajaran yang mempunyai gred DG 29 atau DG 32 walau pun penstrukturan baru ada menunjukkan penambahan pegawai DG 41.

Berita terbaru menambahkan lagi keistimewaan kumpulan sokongan di mana 15 tahun berkhidmat automatik mendapat kenaikan pangkat. Itu belum lagi tuntutan yang akan dibuat untuk memohon penambahan Elaun Cola dan Elaun perumahan bagi kumpulan sokongan ini.

Tahniah diucapkan kepada kepimpinan CUEPACS yang menjadi pembela golongan sokongan. Namun pastikan mereka itu menjadi nadi penggerak utama dasar dan menjadi penyokong setia kerajaan di waktu senang dan susah serta tidak menjadi duri dalam daging kerajaan pada waktu pilihan raya nanti.

RIDZUAN MAHMUD
Kuala Lumpur

Kementerian Luar Terima Kritikan Dengan Hati Terbuka

DAMSYIK, 25 Mei (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Anifah Aman berkata beliau menerima kritikan terhadap kementerian dan para pegawainya dengan fikiran terbuka kerana kemungkinan ia boleh menjadi satu pengajaran.

Beliau berkata kementerian itu menerima kritikan, komen dan idea yang konstruktif kerana keseluruhan objektifnya adalah bagi meningkatkan imej dan perkhidmatannya.

"Masih ada ruang untuk menjadi bertambah baik. Saya tidak berkata bahawa mereka tidak bagus. Apa yang saya katakan ialah kita mahu membawanya ke tingkat yang lebih baik (ke arah mencapai kecemerlangan).

"Jadi saya akan melihat kepada setiap satu kritikan, dan mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripadanya," katanya kepada Bernama di luar daripada sesi Majlis Menteri-menteri Luar (CFM) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke-36 yang dihoskan oleh Syria.

Anifah telah diminta mengulas berhubung surat yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian Malaysia berbahasa Inggeris baru-baru ini berhubung apa yang disifatkan sebagai "keadaan yang amat buruk" di kementerian.

Penulis itu mendakwa, antara lain, bahawa banyak pegawai kementerian luar dan duta-duta besar tidak mencapai mutu tertentu.

Anifah berkata: "Kami perlu menerima kritikan itu secara positif. Sekarang, ia mengenai negara kita, ia bukan mengenai kita sebagai individu."

-- BERNAMA

Insentif khas untuk pensyarah IPT

Berita Harian

Tenaga pengajar digalak guna kreativiti hasil karya inovatif dan buat penyelidikan

PELABUHAN KLANG: Kerajaan bercadang menyediakan insentif khas kepada pensyarah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang menggunakan kreativiti dan lebih berinovasi seperti menghasilkan buku, membuat penyelidikan dan pembangunan serta penulisan dalam jurnal.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah gaji yang diterima pensyarah di IPTA ketika ini adalah munasabah dan tidak boleh dibandingkan dengan kenaikan gaji guru berikutan skop kerja yang berbeza.

"Kita akan mulakan kajian apakah insentif sesuai kepada pensyarah yang boleh memenuhi kehendak universiti," katanya mengulas rungutan pensyarah yang mahu kerajaan menimbang kenaikan gaji mereka.

Beliau berkata demikian pada sidang media di atas kapal latihan Hanbada milik Universiti Maritim Korea (KMU) di Terminal Star Cruise di Pulau Indah, di sini, semalam.

Mohamed Khaled sebelum itu menyaksikan perjanjian persefahaman (MoU) antara KMU dengan Maritime Training Education Sdn Bhd bagi menubuhkan Pusat Kerjasama Antarabangsa KMU di negara ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata, KMU berminat membuka kampus cawangan di negara ini yang akan menjadi kampus pertama universiti tersohor itu di luar negara.

Katanya, KMU memilih Malaysia kerana mempunyai infrastruktur maritim yang lengkap di samping kemampuan menguasai bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas dalam bidang itu.

"Sebagai permulaan KMU mungkin mengadakan kerjasama atau menumpang di pusat pengajian tinggi yang menawarkan bidang sama seperti Akademi Laut Malaysia (Alam)," katanya.

Sementara itu, ketika mengadakan lawatan ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kuala Lumpur, Mohamed Khaled berkata, universiti itu akan menubuhkan Fakulti Perubatan tidak lama lagi dengan menjadikan hospital tentera di bawah Kementerian Pertahanan sebagai hospital pengajar.

25 May 2009

Longgar syarat kenaikan pangkat sokongan: Cuepacs

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Cuepacs hari ini meminta kerajaan melonggarkan beberapa syarat bagi kakitangan sokongan dalam perkhidmatan awam layak untuk naik pangkat.

Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata kira-kira 176,000 kakitangan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun dengan jawatan sama layak untuk dinaikkan pangkat ke gred lebih tinggi berkuatakuasa 1 Julai tetapi mereka perlu memenuhi beberapa syarat sebelum dipertimbangkan untuk kenaikkan pangkat.

Beliau berkata, antara syarat berkenaan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi surat pekeliling perkhidmatan, adalah mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus dalam laporan prestasi bagi tempoh tiga tahun lepas.

Mereka juga dikehendaki lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), mendapat pelepasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mengisytiharkan harta, memberikan bukti mereka tidak pernah dikenakan tindakan disiplin, dan dicadangkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

Ahmad Shah berkata, beberapa syarat itu tidak diperlukan dan sepatutnya dilakukan secara lebih bertolak-ansur.

Beliau berkata, beberapa kakitangan yang memenuhi syarat hendaklah dinaikkan pangkat berasaskan kepada jawatan Khas Untuk Penyandang.

Mengenai hierarki, Ahmad Shah berkata mereka yang dinaikkan pangkat mengikut dasar baru itu hendaklah diletakkan di bawah pegawai yang sedang berkhidmat walaupun mereka berada dalam gred yang sama.

Mengenai kakitangan awam yang bekerja sambilan, beliau berkata kira-kira 20 peratus atau 240,000 kakitangan awam melakukan kerja seumpamanya bagi menambah sumber pendapatan.

Sebahagian mereka bekerja sebagai pemandu teksi, juru jual, pengawal dan peniaga kecil, kata beliau.

Ahmad Shah menasihatkan kakitangan terbabit memastikan tidak mengabaikan tugas hakiki mereka sewaktu berusaha melaksanakan kerja sambilan mereka.

"Pendirian Cuepacs adalah yang paling utama mereka adalah kakitangan awam dan perlu memberikan yang terbaik dalam tugas mereka di sektor perkhidmatan awam," katanya. - Bernama

Civil servants also unclear about 1Malaysia

Malaysia Insider

KUALA LUMPUR, May 25- The government is stepping up its efforts to sell 1Malaysia to a sceptical nation.

Senior officers from the ministry of information, communication, culture and arts were told today they were the “sellers’’ of the concept.

Minister Datuk Seri Rais Yatim said it was up to them to drive home the message especially in Pakatan Rakyat (PR) states.

Like in advertising, he said the ministry needed to create a “desire” for 1Malaysia among the people.

This desire can be created if the quality of the product was good, he said.

However, he urged his officers to first understand the concept of 1Malaysia before attempting to explain it.

The briefing at Angkasapuri this afternoon is an acknowledgement that government servants themselves are in the dark over what 1Malaysia means.

1Malaysia was unveiled by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak after he took office last month.

The slogan is meant to portray a more inclusive Barisan Nasional (BN) and to win back the support of non-Malays in the wake of the March 8 political Tsunami last year.

“We should be the first as members of the ministry to understand.” said Rais, adding what they would present to the people would depend on what they understood.

He stressed the underlining message of 1Malaysia is a nation united would stand while divided it would fall.

Aware that the concept was also under fire from the opposition, Rais told his officers to leave the task of defending 1Malaysia to the politicians.

He urged them not to get caught up in the criticisms but to move forward.

“Ask what I can do for my department and for the rest of the country.” he told them.

Meanwhile a full scale campaign to promote 1Malaysia is already underway.

He said there would be a song to promote 1Malaysia and the government was looking for a brand sign to promote the concept.

Rais also urged the ministry to produce short documentaries along with easy-to-understand pamphlets which will be distributed to the public.