29 December 2007

PSD grants: Students here also need help

NSTP

I WRITE in support of A.F.Z.A.'s letter "Increase our grants" (NST, Dec 21).

I, too, am a medical student on a Public Service Department scholarship in a local private university and I am struggling to make ends meet.

Hopes of a long-awaited grant increase were fuelled by news reports during the recent salary revision, which mentioned an increase in allowance for government scholars.

But we have been waiting in vain.

I currently have accommodation within walking distance from my campus and do not incur further transportation costs.
However, my monthly rental of RM300 swallows up approximately three-quarters of the monthly allowance given.

The rest cannot be stretched to maintain expenses, even on a shoestring budget.

Over the years, we have heard of how the PSD increased the grant for scholars studying overseas.

But why is it that those of us under twinning programmes in the country are left out?

It is not just those studying overseas who have to bear high costs of living. Living expenses in Malaysia are escalating as well.

It is our fervent hope that the authorities will look into our plight.

39 keluarga miskin sertai skim pekerjaan MPAG

Utusan Online

Oleh: LUKMAN ISMAIL

ALOR GAJAH 28 Dis. – Seramai 39 keluarga miskin di daerah ini akan diambil bekerja oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) di bawah skim pekerjaan sukarelawan.

Yang Dipertua MPAG, Baharom Majid berkata, mereka adalah kumpulan pertama yang akan terlibat di bawah program itu yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah kemiskinan di negeri ini.

‘‘Skim pekerjaan sukarelawan ini adalah atas cadangan Ketua Menteri bagi memastikan Melaka tidak lagi mempunyai rakyat dalam golongan miskin.

‘‘Kumpulan ini akan memulakan tugas mereka mulai 1 Januari ini,” katanya di sini hari ini.

Baharom berkata, mereka yang terlibat akan diberi pekerjaan oleh pihak MPAG dan dibayar upah berdasarkan jenis pekerjaan.

Antara skop kerja yang disediakan termasuk pembersihan pondok perhentian bas, jalan kampung, medan selera atau gerai, tandas awam, dewan, taman awam, penyelenggaraan tapak semaian dan pembajaan pokok.

‘‘Dengan pelaksanaan skim ini golongan miskin akan dapat meningkatkan pendapatan bulanan mereka dan seterusnya terkeluar daripada kelompok orang-orang miskin,” katanya.

Langkah menyediakan pekerjaan kepada golongan miskin terbabit bagi mencapai matlamat kemiskinan sifar di negeri Melaka mulai tahun 2008.

Dalam pembentangan bajet negeri 2008 baru-baru ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.13 juta dan RM12 juta dari Kerajaan Pusat untuk membasmi kemiskinan di negeri ini.

Mulai 1 November lepas, golongan miskin tegar di negeri ini dapat diatasi apabila bantuan tersebut mula disalurkan dan pendapatan isi rumah mereka dapat ditingkatkan kepada RM350 sebulan.

Di samping itu, mulai 1 Januari ini, kerajaan negeri menyasarkan kemiskinan sifar di mana kesemua penerima bantuan akan menerima pendapatan isi rumah melebihi RM650 sebulan.

24 December 2007

Cina, India tak minat

Berita Harian

JPA sukar rapat jurang kaum dalam sektor perkhidmatan awam

KUALA LUMPUR: Kurang minat berkhidmat dengan kerajaan dan tidak banyak permohonan daripada kaum Cina dan India adalah antara faktor utama wujud jurang besar antara dua golongan itu dengan pegawai Melayu dalam sektor perkhidmatan awam.

Statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menunjukkan hanya 1.78 peratus kaum Cina dan 2.5 peratus kaum India daripada 486,802 individu yang memohon untuk menyertai sektor awam tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam, berkata situasi itu sukar diubah walau pun pihaknya dan SPA, yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan kakitangan awam, sentiasa berusaha memastikan tidak wujud perbezaan ketara antara kaum dalam senarai penjawat awam di semua peringkat.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih atau diskriminasi dalam pengambilan kakitangan baru termasuk peringkat Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

"Aspek utama yang diberi perhatian dalam pengambilan penjawat awam adalah merit atau kelayakan akademik, bukan kaum. Tidak ada kebenaran jika ada pihak menganggap faktor kaum menjadi pertimbangan dalam proses pengambilan kakitangan kerajaan.

"SPA sentiasa mengutamakan kelayakan pemohon untuk memastikan sistem penyampaiannya awam bermutu dan sekali gus dapat membantu rakyat yang berurusan dengan kerajaan," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Isu berkaitan jurang antara kaum di negara ini ditimbulkan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang mengadakan demonstrasi jalanan pada 25 November atas alasan ingin memperjuangkan hak kaum India di negara ini.

Mereka turut membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan termasuk mendakwa kononnya rakyat keturunan India di negara ini dipinggirkan dan berlaku 'pembersihan etnik' di negara ini.

Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, pula dilaporkan berkata hanya 46,054 kaum India bekerja dengan dalam perkhidmatan awam daripada 1.2 juta orang.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan, pelbagai langkah diambil bagi menambah penyertaan bukan Bumiputera dalam perkhidmatan awam, termasuk mengiklankan kekosongan jawatan dalam akhbar Tamil dan Cina, selain memudahkan proses permohonan menerusi laman web.

Mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan, SPA berkuasa melantik pegawai untuk menyertai Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis dan Melaka.

SPA mengambil 16,388 kakitangan baru pada 2004 dan 17,031 pada tahun pada 2005 serta 18,544 kakitangan baru, tahun lalu.

Ismail berkata, SPA sentiasa mengambil tindakan untuk memastikan hebahan berkaitan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam mendapat perhatian semua kaum, bukan kaum tertentu saja.

"Iklan jawatan kosong dalam perkhidmatan awam bukan saja dibuat dalam akhbar yang khusus untuk kaum tertentu saja, tetapi seimbang untuk semua, cuma permohonan yang diterima adalah kecil daripada bangsa Cina dan India.

"Memang permohonan jawatan awam paling tinggi diterima di kalangan Melayu dan ia bukannya disengajakan. Itulah senario sebenar yang berlaku," katanya.

Beliau berharap pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam baru-baru ini dapat menarik minat lebih ramai bukan Melayu untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam yang menyediakan pelbagai insentif sampingan.

Cuepacs, KSN bincang sagu hati

Berita Harian

Kesatuan mohon honorarium RM2,000 tetapi akur keputusan kerajaan ikut kemampuan

PUTRAJAYA: Permohonan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk mendapatkan honorarium atau sagu hati bagi menggantikan bonus untuk kakitangan awam akan dibincangkan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, bulan depan.

Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs sedang menunggu kepulangan Mohd Sidek yang kini berada di Makkah kerana menunaikan fardu haji.

Omar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini memberikan lampu hijau kepada Cuepacs untuk membincangkan perkara itu dengan Mohd Sidek.

Pada 10 September lalu, Cuepacs menghantar memorandum memohon agar kerajaan mempertimbangkan semula pemberian bonus atau sebagai gantinya honorarium RM2,000 kepada setiap kakitangan awam tanpa mengira gred.

Di samping itu, pemberian ini akan dapat meringankan beban kakitangan awam berikutan kenaikan harga barangan. Jumlah keseluruhan kakitangan awam ialah 1.2 juta dengan 850,000 orang daripadanya kakitangan sokongan yang berpendapatan rendah.

Omar berkata, walaupun Cuepacs memohon RM2,000 bagi setiap kakitangan awam namun kesatuan itu akur pada apa saja keputusan kerajaan mengikut kemampuannya.

Beliau berkata, turut dibincangkan dalam pertemuan itu kelak ialah permohonan bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan awam kepada 60 tahun berbanding 56 tahun sekarang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Cuepacs akan mengadakan mesyuarat khas pada 28 Disember ini bagi membincangkan cara membantu kakitangan awam yang terbabit dengan banjir di negeri teruk terjejas, termasuk Pahang. � Selain itu, Omar berkata, Cuepacs juga berharap agar peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) ditangguhkan sehingga selesai masalah banjir.

"Setiap jabatan harus menangguh sementara PTK bagi membolehkan warga awam yang terbabit dengan banjir menumpukan perhatian terhadap keluarga mereka," katanya. � Bernama