04 June 2008

Penguasa kastam payah naik pangkat

Berita Harian

SAYA tertarik dengan keluhan `Doktor Dedikasi Tuntut Keadilan' di dalam ruangan ini kelmarin. Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar rungutan dan keluhan kakitangan awam yang tidak dilayan sewajarnya oleh pengurusan tertinggi jabatan masing-masing.

Doktor berkenaan masih bernasib baik berbanding sebilangan besar kami Penguasa Kastam dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang berkhidmat lebih 15 tahun tetapi masih pada takuk W41.

Lebih menyedihkan dan menyakitkan hati, apabila senarai kenaikan pangkat diumumkan pada 3 April lalu, nama kami masih tercicir kerana diisi oleh pegawai yang lebih junior yakni pengambilan sehingga 2002.

Alasan pengurusan jabatan ialah pegawai berkenaan mendapat markah penilaian prestasi yang tinggi.

Kebanyakan pegawai penilai hanya memberi markah bersandarkan kerja luar yang tiada kaitan dengan tugas hakiki Jabatan Kastam (mengutip cukai).

Jika seorang doktor yang mempunyai menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal dan nasib kakitangan perubatan dan kesihatan tidak mampu berfungsi, apatah lagi dengan nasib kami Penguasa Kastam yang tidak mempunyai menteri khas ini.

Bagaimanapun mengambil tanggung jawab yang diamanahkan, kami masih melaksanakannya dengan penuh dedikasi, cuma kami berharap Ketua Pengarah KDRM dan Kementerian Kewangan dapat melihat pegawai dan kakitangan yang masih menunggu kenaikan pangkat yang sepatutnya mereka nikmati.

PENGUASA KASTAM VETERAN,
Kuala Terengganu, Terengganu.

5 comments:

Anonymous said...

Saya terpanggil untuk mengulas isu berkaitan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam terutamanya di Jabatan Kastam Diraja Malaysia(KDRM). Isu yang sama pernah disiarkan dalam blog saudara (http://perkhidmatanawam.blogspot.com) di mana Skim Penguasa Kastam Gred W41 (di bawah SSB W3) adalah satu skim yang sememangnya laksana “siput” dalam urusan kenaikan pangkatnya, seperti yang disuarakan oleh Penguasa Kastam, Pelabuhan Kelang.

Hal ini disebabkan oleh beberapa keadaan yang juga disokong oleh unsur-unsur kronisme dalam KDRM yang bertunjang sejak sekian lama kerana berdasarkan konsep “Command and Control” dalam organisasi. Di antara senario buruk yang telah dan sedang berlaku dalam pengurusan kenaikan pangkat dalam KDRM, khususnya bagi skim Penguasa Kastam adalah seperti berikut:-

(i) Tahun 2002 – Urusan Kenaikan Pangkat Secara Istimewa (Bagi Pegawai yang Berkhidmat 20 tahun atau lebih), di bawah urusan ini yang berdasarkan kepada “time-based”, kumpulan pertama yang dinaikkan pangkat adalah Penguasa Kastam W3 yang berkhidmat paling minima 13 tahun ke atas dinaikkan pangkat kepada PKPK W2. Bagaimanapun urusan kenaikan pangkat tersebut agak kecoh kerana PPK W3 yang sepatutnya diberi kelulusan kenaikan pangkat kepada PKPK telah tertinggal. Akhirnya setelah rundingan dengan PPKananKastam dan penemuan secara individu dengan KPK TS Halil (KPK ketika itu) , maka rombakan semula dibuat dan sekumpulan PPK yang tertinggal dinaikkan pangkat ke W2 . bagaimanapun “nasi telah menjadi bubur”, dari segi kekananan sekumpulan Pak W3 yang dinaikkan pangkat terdahulu lebih kanan dan ada di antara mereka yang telah berada di W52 pada masa sekarang, manakala sebahagian kumpulan pPK tersebut bersara wajib di W48. Analisa yang dibuat mendapati bahawa terdapat seramai 7 orang Pak w3 yang dinaikkan pangkat ke PKPK w48 diusia awal 40an dan merekalah yang bercita-cita menerajui jabatan. Ini adalah kerana salah seorang daripada mereka adalah Pak w3 yang menjalankan kajian dan urusan kenaikan pangkat kerana bertugas di Cawangan Pengurusan Sumber Manusia , Ibu Pejabat.

(ii) Tahun 2003 – Urusan Kenaikan Pangkat Secara Istimewa (Bagi Pegawai yang Berkhidmat 20 tahun atau lebih). Urusan kali ini berjalan lancar kerana dilaksanakan secara temuduga.Mungkin untuk menutup kelemahan urusan sebelumnya. Di bawah urusan ini seramai 100 lebih Pak dinaikkan pangkat ke PKPK 48

(iii) Tahun 2004 - Urusan Kenaikan Pangkat Penguasa Kastam w41 kepada PPK W44. Seramai lebih 200 Pak w41 dinaikkan pangkat ke PPK w44, mereka yang dipilih adalah saki-baki Pak w41 yang tidak berjaya dalam urusan (i) dan (ii) sehingga kepada Pak yang lebih junior dilantik sehingga tahun 1992. penilaian dibuat berdasarkan prestasi tanpa mengambilkira PTK. Hasilnya ramai Pak yang dilantik pada tahun awal 1990an terutamanya 1992 dinaikkan pangkat ke w44. sehingga kini ada di antara mereka yang telah 48. Suara-suara tidak puashati turut dibangkitkan oleh Pak yang lama berkhidmat, dan akhirnya beberapa siri senarai kenaikan pangkat dimumkan . Bagimanapun masih terdapat ramai lagi Pak latikan 1980 ke atas tidak dinaikkan pangkat, walaupun telah lulus PTK sedangkan pegawai baru diberi pangkat w44 dengan BTNP dengan tiada kelulusan PTK, di bawah SSM.

(iv) Tahun 2006 – Urusan kenaikan pangkat PPK w44 ke PKPK w48 (memangku) yang lebih bersifat RAHSIA kerana tiada senarai arahan pertukaran. Seramai 4 orang PPK w44 dari urusan (iii) dinaikkan pangkat ke w48. 1 pegawai berkelulusan Ph.D

(v) Tahun 2007 - Urusan kenaikan pangkat Pak w41 ke PPK w44. di bawah urusan ini seramai lebih 200 orang Pak w41 dinaikkan pangkat ke w44. Bagaimanapun urusan ini dilihat lebih memburuk dan memalangkan nasib Pak w41 yang telah lama dilantik pada atau sebelum 1980 atau mereka yang telah berkhidmat lebih dari 15 tahun kerana:

(a) Terdapat seramai 5 orang yang dilantik pada tahun 2002
(b) Beberapa orang hanya berkelulusan SPM /KPSL
(c) Pegawai sedang bercuti belajar
(d) Pegawai cemerlang kerana membodek

Anonymous said...

Itu kena tanya Dato' Sri yg tengah bela ikan keli dengan kambing di Muar.

nor KDRM Penang said...

"Bila Pegawai Kastam boleh naik pangkat?".


Salam untuk semua.Saya juga ingin merakamkan rasa kecil hati dengan urusan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam khasnya di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM). Saya tertarik dengan comment Tuan Sungkap Said iaitu "Penguasa Kastam payah naik pangkat".

Saya pula mewakili pegawai-pegawai kastam gred W17 yang memiliki kelulusan sarjana muda dan sarjana yang tidak diberi peluang oleh pihak jabatan untuk menjawat jawatan yang selaras dengan kelulusan masing-masing.

Kami sebagai warga jabatan yang perihatin dengan saranan pihak atasan untuk melanjutkan pelajaran sepanjang hayat "life long learning" telah menyahut cabaran ini dengan belajar sambil bekerja, yang sekarang ini dikenali sebagai program jarak jauh (PJJ).Terima kasih dan syabas untuk KDRM kerana memberi peluang ini.

Oleh itu, saya menyeru jabatan agar memberikan sedikit ruang untuk kami berkhidmat di Skim Penguasa Kastam Gred W41. Supaya ilmu yang ditimba dapat dipraktikkan. Memandangkan ada antara kami yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dibawah Skim Pembantu Penguasa Kastam Gred W17.

Sekian, terima kasih.

*Rakyat/Pegawai didahulukan, pencapaian diutamakan.*

Nor, KDRM Penang.

sktoo said...

Saya baru terpilih untuk temu-duga w17, tetapi setelah membaca post ini, kini saya teragak-agak sama ada patut atau tidak menghadiri temu-duga tersebut....

Anonymous said...

kalau w41 pun merungut naik pangkat..inikan pula nasib w17 yang makan x cukup ni..