05 July 2008

NUTP pertikai guru kursus Sabtu

Berita Harian

Oleh Mohamed Farid Noh


MAHU KEADILAN: Lok ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat NUTP, di Kuala Lumpur, semalam.

Kementerian Pelajaran perlu sedia garis panduan standard elak tekanan selepas latihan

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) semalam mempertikaikan tindakan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang mewajibkan latihan dalam perkhidmatan kepada guru pada setiap Sabtu.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata Kementerian Pelajaran seharusnya menyediakan garis panduan standard dan lebih khusus supaya tiada tekanan diberikan ke atas guru supaya menghadiri latihan berkenaan.

Katanya, panduan itu perlu supaya semua pihak, terutama pengetua mematuhinya dan tidak tersalah tafsir sehingga guru menderita kerana terpaksa kembali ke sekolah selepas lima hari bekerja.

“NUTP tidak pernah menentang latihan dalam perkhidmatan kerana kami mengakui ia adalah antara langkah terbaik mempertingkatkan kedudukan guru.

“Apa yang dikesalkan adalah bukan saja latihan itu diadakan pada setiap Sabtu, malah guru pula diminta untuk membuat buku log sebagai bukti pembabitan mereka dalam kursus itu. Tindakan ini tidak wajar, menambah tekanan dan seolah-olah guru tidak boleh dipercayai,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat NUTP, di sini, semalam.

Lok berkata, guru bukan mahu bersikap mengada-ngada seperti didakwa sesetengah pihak, tetapi ramai tidak menyedari profesyen guru yang penuh tekanan menyebabkan jumlah guru yang menghidap penyakit serius akibat stress semakin meningkat.

“Ini terbukti dengan statistik setiap tahun yang mana pada tahun lalu saja 125 guru menghidap pelbagai penyakit serius antaranya penyakit jantung, tekanan darah tinggi serta kanser dengan nilai tuntutan insurans RM5.2 juta dan ada antaranya disebabkan tekanan.

“Sehingga Jun tahun ini saja, 38 kes guru menghidap penyakit serius akibat tekanan direkodkan membabitkan nilai tuntutan insurans RM2.1 juta. Statistik ini amat membimbangkan. Berbanding pada 2006, 106 kes guru menghidap penyakit dengan tuntutan insurans RM4.7 juta.
“Guru bukannya meminta simpati tetapi mahu semua pihak memahami tanggungjawab guru kini semakin mencabar,” katanya.

Beliau berkata, latihan dalam perkhidmatan harus dipermudahkan bagi menjimatkan kos daripada membiarkan guru menumpukan pada kuantiti iaitu mencapai sasaran 42 jam bagi mendapatkan peluang kenaikan pangkat.

“Ini kerana NUTP menerima banyak aduan ahli yang mengadu kursus atau seminar yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) atau kami sendiri tidak diterima sebagai latihan dalam perkhidmatan.

“Guru juga sepatutnya diberi peluang untuk memfokuskan diri terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar dan bukannya dibebani dengan masalah yang merumitkan tugas mereka,” katanya.

04 July 2008

City council secretary made new Ipoh Datuk Bandar

The Star

IPOH: After a month of speculation, Ipoh city council secretary Roshidi Hashim has been announced as the new mayor.

Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, who announced it Friday, said Roshidi's appointment took effect on July 1.

"With this announcement, it will put to rest all speculations," he told reporters Friday after chairing the state executive councillor meeting at the state secretariat here.

On the appointment of a deputy Datuk Bandar, Nizar said he would leave it to the new Datuk Bandar to decide.

Roshidi, 52, was the council's secretary since July 2006. He also worked as an Anti-Corruption Agency's prosecution officer for 15 years.

Prior to his appointment as council secretary, he was the private secretary to former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali.

When contacted, Roshidi expressed surprise over his appointment as Ipoh's eighth Datuk Bandar.

He however declined to comment further as he was still waiting for his appointment letter.

The Ipoh mayor's post fell vacant following the retirement of Datuk Mohamad Rafiai Moktar early last month.

Speculation had been rife that Ipoh Barat MP M. Kulasegaran was keen to fill the post but the suggestion had been shot down by several quarters.

Syor insentif kerja malam RM350

Berita Harian

Oleh Mohamed Farid Noh

Cuepacs minta bayaran kepada 50,000 kakitangan

KUALA LUMPUR: Cuepacs mengesyorkan insentif khas lewat malam antara RM200 sehingga RM350 sebulan diberi kepada kira-kira 50,000 kakitangan berpakaian seragam di seluruh negara, yang bertugas antara jam 12.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Presidennya, Omar Osman, berkata cadangan itu diputuskan pada mesyuarat kongres, Sabtu lalu dan akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada mesyuarat, 29 Julai ini.

"Sudah sampai masanya kakitangan berpakaian seragam diberikan elaun khas itu sebagai insentif untuk tempoh tugas yang dijalankan selain dapat membantu meringankan beban kesan daripada penstrukturan subsidi minyak dan kenaikan harga barang sekarang.

"Cuepacs berpendapat jumlah insentif itu adalah munasabah. Kita berharap kerajaan akan meneliti cadangan ini dan dapat mengumumkan keputusan ketika membentangkan bajet untuk tahun depan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Jika cadangan itu diluluskan kerajaan, antara kakitangan sektor awam yang akan menikmati insentif khas terbabit adalah penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Imigresen dan pembantu perubatan serta jururawat.

Omar berkata, insentif khas itu relevan kerana kakitangan terbabit tetap komited pada tugas mereka walaupun waktu selepas tengah malam seharusnya adalah masa berehat.

"Kakitangan agensi berkaitan terpaksa melakukan tugas yang bukan saja berat, malah berisiko tinggi. Selain itu, kerja mereka tidak diberikan sebarang keistimewaan, termasuk kerja lebih masa, insurans, malah terpaksa berdepan tanggungjawab berbahaya.

"Mereka sepatutnya diberikan elaun khas walaupun tidak sehebat atau setaraf seperti yang diterima kakitangan swasta yang bertugas dalam tempoh itu menerima pelbagai kemudahan," katanya.

Katanya, kakitangan yang menghadapi tekanan dengan keadaan kerja tanpa sebarang insentif sudah pasti hidup tertekan terutama dalam keadaan kenaikan harga barang.

"Walaupun mereka dibayar gaji, usaha perlu dilakukan bagi memastikan nasib kakitangan ini lebih terbela," katanya.

Kadar dua imbuhan naik

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kerajaan menaikkan kadar Imbuhan Tetap Gred Khas dan Imbuhan Tetap Keraian bagi jawatan Gred Khas dalam perkhidmatan awam Persekutuan untuk diseragamkan dengan imbuhan diperoleh pegawai Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Surat pekeliling perkhidmatan bilangan 10 bertarikh 17 Jun 2008 disiarkan di laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyatakan, dengan berkuat kuasanya surat pekeliling itu, kadar Imbuhan Tetap Jawatan Gred Khas seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1991 dan kadar Imbuhan Tetap Keraian bagi jawatan Gred Khas dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 1996 terpinda.

Kadar baru imbuhan tetap jawatan Gred Khas yang ditetapkan adalah bagi jawatan Gred Khas A, imbuhan tetap gred khas dinaikkan kepada RM2,500, manakala imbuhan tetap keraian dinaikkan kepada RM4,000.

Bagi Gred Khas B, kadar imbuhan tetap gred khas dinaikkan kepada RM1,500, manakala imbuhan tetap keraian dinaikkan kepada RM3,050 dan Gred Khas C menerima imbuhan tetap gred khas RM1,000, manakala imbuhan tetap keraian dinaikkan kepada RM2,500.

Tiada pegawai perubatan disahkan dalam gred UD44

Berita Harian

JAWAPAN Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan bertajuk 'Masalah pegawai perubatan diteliti' yang disiarkan di dalam ruangan ini, pada 19 Jun lalu menarik perhatian saya untuk mengulasnya.

Sebagai pegawai perubatan, jawapan seperti itu hanya untuk menyedapkan hati kami yang sejak sekian lama menuntut keadilan, terutama bagi kenaikan pangkat. Jawapan itu tidak meyakinkan apabila secara realiti proses kenaikan pangkat adalah terlalu perlahan, malah tiada pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan disahkan dalam gred UD44 sejak enam tahun lalu.

Iklan kenaikan pangkat dikeluarkan pada 2004 dan surat pemangkuan hanya dikeluarkan pada 2006 dan sehingga sekarang tidak ada pegawai perubatan disahkan dalam gred UD44 kecuali Pakar Perubatan yang terus dinaikkan pangkat ke gred UD48.

Mengapakah perlu ambil lebih empat tahun hanya untuk proses kenaikan pangkat. Harap maklum, kebanyakan pegawai perubatan ini sudah berkhidmat lebih lapan tahun dan ada yang berkhidmat 16 tahun dengan penuh dedikasi dan setia.

Pada hal ada pegawai tadbir yang dinaikkan pangkat ke gred 48 walaupun hanya empat tahun berkhidmat. Alasan jumlah pegawai perubatan terlalu ramai untuk diproses adalah tidak munasabah. Walaupun beberapa langkah diambil untuk mengatasi kekurangan pegawai perubatan di sektor kerajaan, perkara beginilah yang menyebabkan rasa tidak puas hati untuk terus berkhidmat di Kementerian Kesihatan.

Pegawai perubatan perlulah diberi dorongan untuk sambung berkhidmat dengan kerajaan untuk mengatasi kekurangan yang agak ketara.

Kebanyakan pegawai perubatan sudah muak untuk merujuk ke Unit Naik Pangkat, Bahagian Sumber Manusia kerana yang diberikan adalah janji kosong dan menyakitkan hati.

Mereka sering kali tidak telus dan sentiasa cuba untuk meletakkan kesalahan di atas bahu pihak lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau bahagian lain di kementerian.

Amalan 'tidak penyayang' dan tidak profesional seperti ini sepatutnya tidak wujud di Kementerian Kesihatan. Sebagai contoh, pada awal 2007, bahagian itu pernah menguruskan kenaikan pangkat melangkaui gred dari gred UD41 ke UD48 secara tidak adil kerana tiada kriteria pemilihan yang jelas dan ramai yang layak tidak tersenarai manakala ramai yang tidak layak tersenarai.

Seperti yang dijangkakan pegawai di bahagian itu menyalahkan JPA dan Lembaga Naik Pangkat, sedangkan mereka tidak rasa bersalah. Bila diajukan kriteria yang diguna pakai, mereka tidak telus dan tidak dapat menjawab sehingga kini.

Begitu juga masalah yang dihadapi pegawai perubatan gred UD41 yang belum disahkan ke jawatan gred UD44 walaupun memangku sejak Jun 2006.

Kami juga dimaklumkan pegawai perubatan yang berkhidmat sejak 1999 atau sebelumnya akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke UD48, namun ia hanyalah janji manis yang diberikan.

Secara ikhlas kami berharap Menteri Kesihatan dapat melihat masalah yang kami hadapi sekarang dan jangan hanya mendapat maklum balas daripada Bahagian Sumber Manusia, sebaliknya dapat mengadakan pertemuan terus dengan kami supaya semua masalah dapat diselesaikan.

Jangan biarkan kami saja menghayati dan mengamalkan budaya korporat KKM iaitu penyayang, kerja berpasukan dan profesional, sedangkan pihak lain seolah-olah lupa pada budaya berkenaan.

DOKTOR UD41 SAKIT,
Puchong, Selangor.

03 July 2008

Peluang guru sekolah rendah dapat ijazah

Utusan Online

PUTRAJAYA 3 Julai – Kementerian Pelajaran akan melancarkan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Ren dah (PGRS) dan Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) bagi meningkatkan tahap kelulusan akademik guru-guru sekolah rendah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, kedua-dua program tersebut akan bermula tahun ini dengan pengambilan pertama dijangka pada 17 November ini.

``Iklan program ini akan disiarkan pada 15 Julai ini menerusi akhbar tempatan dan permohonan juga dibuka secara dalam talian,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Alimuddin berkata, program PGSR akan dikendalikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara mulai 2008 hingga 2012 dan melibatkan tempoh pengajian selama empat tahun.

Katanya, program ini akan diadakan semasa musim cuti persekolahan dengan unjuran pengambilan seramai 3,000 orang guru setiap tahun.

``Bidang ditawarkan melibatkan pelbagai mata pelaja ran, selepas tamat pengajian peserta program akan dianu gerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepuji an (Pendidikan Rendah),'' katanya.

Alimuddin menjelaskan, PKPGB pula dikhaskan kepada guru besar atau pegawai-pegawai kementerian yang per nah menjadi guru besar dan menyandang gred DGA34 dan DGA32, berumur tidak melebihi 48 tahun.

``Program selama tiga tahun itu dilaksanakan secara Mod Intensif iaitu dalam tempoh setahun kuliah melibat kan empat sesi secara intensif merangkumi 148 hari. – Utusan.

Penstrukturan semula BPR tahun depan

Berita Harian

PUTRAJAYA: Penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (MCAC) dijangka dapat diwujudkan tahun depan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Beliau berkata, kertas cadangan mengenai penubuhan MCAC sudah memasuki fasa akhir dan pihaknya juga sedang mengenal pasti mereka yang layak untuk dipilih sebagai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah suruhanjaya berkenaan.

"Ahli Lembaga Penasihat akan dipilih dari kalangan badan bukan kerajaan (NGO), orang awam, profesional daripada sektor awam dan swasta dan bekas penjawat awam.

"Antara tugas mereka ialah akan mengkaji semua kes yang disiasat tapi tidak didakwa dan akan membuat penerangan kepada masyarakat mengenainya," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman Kastam Diraja Malaysia (KDRM)-BPR di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid.

April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan penubuhan suruhanjaya bebas menggantikan BPR.

Beliau berkata, ia satu daripada empat inisiatif pembaharuan yang akan dijalankan kerajaan bagi menangani keresahan orang ramai berhubung rasuah dalam negara.

Ahmad Said berkata, BPR perlu memastikan semua perkara berkaitan suruhanjaya itu siap sebelum akhir tahun ini.

02 July 2008

Civil servants get pay as usual, says Chief Sec

The Star

PUTRAJAYA: Civil servants will not receive their salary twice monthly from next month, said Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan on Wednesday.

He said this was decided by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, thus the salary for civil servants would be paid once a month as usual.

Mohd Sidek said the announcement by the Government to pay the salary of its officers and staff in two instalments a month to facilitate management of expenses would not be implemented.

"The civil servants themselves, as pointed out by Cuepacs, feel that it is not necessary for them to be paid twice a month, so we won't implement it," he told reporters when asked about it after launching the Study Report on the National Integrity Perception Index 2007, here.

On the latest demand by Cuepacs for the Cost of Living Allowance (COLA) for civil servants to be raised and standardised from RM300 to RM500 per month for the whole country, Mohd Sidek said the Government would look into the matter.

He said the demand needed careful study as it involved substantial expenditure, especially when the country needed an additional allocation of RM30 billion under the 9th Malaysia Plan (9MP) as tabled by Abdullah in the midterm review of the 9MP last Thursday.

"The Government has to consider all aspects, whether we have the capacity and its implications. Nevertheless, we have to hold negotiations," he added. - Bernama

Public service delivery ranks below corruption in perception index

The Star

PUTRAJAYA: The public’s impression of public service delivery its even lower than its perception of corruption.

Malaysian Integrity Institute (IIM) president Datuk Dr Mohd Tap Salleh said public service delivery received the lowest scores among the six sub-groups making up the inaugural national perception index at 6.60.

Of the other groups, corruption scored 6.76 social responsibility and ethical business practice 6.90, courtesy 7.07, strength of the community and family institutions 7.38, and public security and quality of life 7.41.

“The survey findings are important because they will assist the Government in re-assessing existing policies and drafting new ones,” he said, adding that a national survey would be conducted annually, with that for 2008 to commence in the middle of this month.

The survey was the brainchild of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who proposed a National Integrity Plan (NIP) be drawn up. Abdullah launched the NIP on April 23, 2004.

Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan launched the IIM's National Integrity Perception Index Survey Report 2007 here Wednesday.

The survey, a mechanism to assess integrity in the local context, involving 14,967 respondents nationwide, came up with an overall score of 6.97.

The three sample groups were households (10,023 or 67%), public sector (4,031 or 26.9%) and senior officers in the private sector (913 or 6.1%).

According to the report, 53.9% perceived the level of corruption in Malaysia to be high and 58.2% said anti-corruption measures had been effective.

It said the understanding of corruption was still low because Malaysians thought the following scenarios were not corrupt practices:

To be directly involved in the process of awarding a contract to a family member (29%); > To be directly involved in the process of selecting a family member to fill a vacancy in the department (36.5%); > Submitting a claim for accommodation for out-of-town work when it had been paid for by the organiser.

Datuk Dr Mohd Tap said the 6.76 score in the local corruption perception index was better than Transparency International’s 5.10 for Malaysia that was based on a survey of foreign businessmen.

“It is expected public perception will continue to improve, based on the Government’s development policy, greater transparency and the announcement of an independent Anti-Corruption Agency

Kerajaan timbang penambahbaikan skim perkhidmatan PDRM

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menimbang permohonan penambahbaikan skim perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata cadangan penambahbaikan itu termasuk mengenai syarat lantikan, latihan dan kemajuan kerjaya, penstrukturan semula pangkat dan gred serta skim gaji baru berdasarkan skop dan penghuraian tugas.

“Tidak dinafikan bahawa gaji (anggota polis) yang agak rendah adalah salah satu faktor yang boleh menjurus kepada gejala rasuah.

“Kementerian berharap cadangan skim perkhidmatan yang baru ini akan dapat mengurangkan gejala rasuah di kalangan pegawai dan anggota PDRM,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) di sini. — Bernama

Pemilihan ke jawatan tetap ATM tak telus

Berita Harian

SAYA adalah anggota sepenuh masa Askar Wataniah dan mendapati pelaksanaan penyerapan ke jawatan tetap dalam Kor Rejimen Sempadan yang dilancarkan Menteri Pertahanan baru-baru ini dilakukan secara terburu-buru.

Ia tidak mengambil kira bahawa masih ada segelintir pegawai dan anggota tidak disenaraikan untuk diserapkan ke perjawatan tetap itu.

Saya dan pegawai lain yang pernah berkhidmat di pasukan Infantri Siri 300 sebelum ini tidak diberi keutamaan untuk diserapkan.

Ada kalangan kami pernah berkhidmat lebih 10 tahun di pasukan itu tidak diberi peluang untuk diserapkan ke perjawatan anggota tetap disebabkan kami kini berkhidmat di Rejimen Siri 500 dan pasukan Sasaran Penting.

Kami berkhidmat dengan cemerlang dalam menjalankan tugas sebagai anggota tentera untuk mempertahankan negara.

Jasa kami seolah-olah diabaikan dengan tidak disenaraikan dalam penyerapan ke anggota tetap berkenaan.

Kami rasa seperti dipinggirkan kerana ada pegawai dan anggota yang baru memulakan perkhidmatan sudah diserapkan ke perjawatan tetap, sedangkan kami yang berkhidmat lebih dari 10 tahun terlepas peluang itu.

Kami memohon pihak tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan menimbang semula perkara ini.

Tugas dan tanggungjawab yang kami pikul sama dengan anggota tetap, justeru berilah kami peluang untuk sama-sama menikmati kemudahan seperti yang dirasai anggota tetap dan dan seterusnya layak untuk menikmati skim berpencen kelak.

ANAK WATAN,
Kuala Kangsar,
Perak.

Guru lulusan UTM, UPM seolah dipinggir

Berita Harian

KETIKA ini Kementerian Pelajaran memberi pelbagai inisiatif dan peluang kenaikan pangkat kepada guru.

Bermula dengan guru sijil lepasan maktab dinaik taraf kepada diploma, diikuti guru lepasan maktab yang berkhidmat 10 tahun dan lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras tiga dinaikkan gred DA32 tanpa perlu memegang apa-apa jawatan.

Gred DGA32 adalah setara dengan guru besar sekolah gred B dan guru penolong kanan sekolah rendah.

Namun, sedarkah Kementerian Pelajaran dan kesatuan guru bahawa guru lepasan Diploma Sains Serta Pendidikan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Pertanian Malaysia (kini universiti Putra Malaysia) atau UPM tahun 1970-an dan 1980-an dipinggirkan sejak sekian lama.

Mereka dinafikan hak sebagai guru siswazah apabila penstrukturan dibuat kepada guru siswazah dan guru bukan siswazah, sedangkan pelantikan asal mereka dibuat atas jawatan guru siswazah.

Perkara ini berlaku apabila Sistem Saraan Baru diperkenalkan pada 1992 iaitu guru lepasan Diploma Sains Serta Pendidikan dari UPM dan UTM ditawarkan peluang kenaikan pangkat di sekolah rendah Gred DG5 (pada waktu itu) dan mereka distruktur kepada Kumpulan Guru Bukan Siswazah.

Selepas sekian lama, keadaan ini nampak semakin tidak adil kepada guru lepasan Diploma Sains Serta Pendidikan berbanding guru lepasan maktab dan guru siswazah.

Bayangkan guru Diploma Sains serta Pendidikan yang lebih 20 tahun berkhidmat hanya layak dikategorikan bersama guru lepasan maktab perguruan yang hanya 10 tahun berkhidmat iaitu gred DGA32.

Oleh itu, diingatkan graduan lepasan diploma ini pelajar aliran sains yang agak cemerlang dalam pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada masa dulu dan ditawarkan tempat di universiti tempatan.

Saya meminta kementerian berkenaan meneliti semula keadaan ini dan mengembalikan hak mereka seperti sepatutnya.

Jangan kerana golongan ini tidak ramai dan tidak pernah bersuara lantas mereka dipinggirkan begitu saja. Bukan pangkat yang diminta tapi hak mereka perlu dikaji semula.

GURU SABAR MENUNGGU,
Kuantan,
Pahang.

Penerima Bayaran Insentif Wilayah wajar diberi COLA

Utusan Online

PADA tahun 1987 melalui Pekeliling Bil 6/1987 kerajaan telah menyediakan elaun wilayah bagi pegawai yang bertukar wilayah antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 2005 pula melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 28/2005 kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Sara Hidup kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Bantuan Sara Hidup diberi untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Pekeliling itu menetapkan kadar elaun adalah antara 12.5 peratus hingga 25 peratus berdasarkan gaji asas pegawai kepada semua pegawai Persekutuan yang dilantik dan tempatkan di wilayah yang berlainan dari wilayah asalnya. Kadar tersebut telah dipinda melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2007.

Pekeliling Perkidmatan Bil 28/2005 pula telah mengecualikan atau menetapkan bahawa pegawai yang menerima Bayaran Insentif Wilayah (BIW) tidak layak untuk menerima bantuan sara hidup (COLA).

Memandangkan matlamat dan tujuan asal pemberian BIW dan COLA adalah sesuatu yang amat berbeza, sukacita dicadangkan kepada pihak kerajaan supaya elaun COLA turut diberikan kepada pegawai yang menerima BIW atau dipanjangkan ke bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak berdasarkan maklumat seperti berikut:-

a. BIW diberikan atas dasar memberikan insentif kepada pegawai yang terpaksa berkorban kerana bertugas di antara wilayah iaitu pegawai berasal dari Semenanjung yang ditempatkan berkhidmat di Negeri Sabah dan Sarawak dan sebaliknya.

b. COLA pula diberikan atas dasar menjaga kesejahteraan dan kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Bandar-bandar besar.

c. Kos sara hidup di bandar-bandar utama Negeri Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung.

d. BIW yang dibayar berdasarkan peratus dari gaji pokok menjadikan pegawai yang menerima gaji rendah akan menerima BIW lebih rendah dari COLA terutamanya di Kawasan A.

Bijan@68

Kota Kinabalu

01 July 2008

Dompok: Implementation unit should employ more local officers

NSTP

Tan Sri Bernard Dompok says the ICU is unfamiliar with the business playing field of the Kadazandusuns and Dayaks
Tan Sri Bernard Dompok says the ICU is unfamiliar with the business playing field of the Kadazandusuns and Dayaks

MIRI: More officers from Sabah and Sarawak must be appointed to the Implementation Coordination Unit (ICU) in the Prime Minister's Department to better address development issues faced by Kadazandusuns and Dayaks, Tan Sri Bernard Dompok said on Saturday.

The minister in the Prime Minister's Department said the unit had not been doing much to help the two major tribes, especially in business development, because of the officers' lack of understanding about issues in the two states.

"They're not familiar yet with the business playing field of the Kadazandusuns and Dayaks."

The minister was speaking at a joint Gawai Dayak and Tadau Kaamatan Festival hosted by the Dayak Chamber of Commerce and Industry and Kadazandusun Chamber of Commerce and Industry.

Dompok said the mission by the two chambers to promote successful enterprises among Kadazandusuns and Dayaks was crucial to realise national goals -- to ensure no race lags behind as the country progressed.
With reference to issues raised by the chambers' members of not being given a "level playing field" to compete in business at national level, he said they should raise this and be heard at federal level.

"They talked about their playing field being full of potholes and no one should be blamed for raising it up. To me, as a minister, it is music to my ears as I could bring it up with our prime minister," he said.

Meanwhile, Dayak Chamber of Commerce and Industry president Tan Sri Leo Moggie said assistance for Dayaks and Kadazandusuns in business ventures had become more acute with the surge in fuel prices and materials.

He said the government should consider reviewing contracts awarded to Dayak and Kadazandusun entrepreneurs who were facing financial difficulties because of market pressure and who risked abandoning their projects.

Kadazandusun Chamber of Commerce and Industry president Frederick Lojingki said members should also take stock of the situation following expectations that the economic growth would slow down in the next few months. -- Bernama

Jawapan isu jawatan pakar perubatan tak memuaskan

Berita Harian

SAYA ingin merujuk kepada jawapan Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan, Mohd Sabri Abdullah berkaitan perjawatan bagi pakar kesihatan yang disiarkan dalam ruangan ini, baru-baru ini.

Jawapan yang diberikan itu tidak dapat meleraikan kemelut dan penantian kami selama ini. Saya masih berprasangka ada pihak tertentu tidak nampak atau sengaja buat tidak nampak fungsi Pakar Perubatan Kesihatan Awam (PPKA).

Saya mahu berkongsi pengalaman sebagai Penolong Pengarah Kawalan Penyakit Tibi di Jabatan Kesihatan Negeri agar semua pihak memahaminya termasuk Menteri Kesihatan, ketua setiausaha dan ketua pengarah kesihatan.

Bilangan kes pesakit tibi adalah antara tertinggi di kalangan penyakit berjangkit yang lain di negara ini (lebih 16,000 kes tibi baru di Malaysia pada 2006). Antara petunjuk dalam Matlamat Pembangunan Alaf Baru (MDG) ialah untuk mengurangkan kadar kematian disebabkan tibi.

Sasaran utama di dalam Rancangan Kawalan Tibi Kebangsaan (selaras dengan WHO) adalah bagi mengesan awal dan merawat awal penyakit itu.

Ia dilakukan melalui usaha memperkasakan anggota kesihatan, pendidikan kesihatan kepada masyarakat, meningkatkan kadar saringan di jabatan pesakit luar, mengadakan siri latihan kepada anggota, lawatan pemantauan ke hospital dan juga klinik kesihatan dan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Umumnya, masyarakat maklum mengenai wad tibi beberapa tahun lalu dimansuhkan dan kepada siapakah tanggungjawab memantau rawatan pesakit tibi ini diberi? Jawapannya adalah kepada kami yang setiap hari berusaha dengan anggota di bahagian kesihatan lain memastikan pesakit tibi menerima rawatan setiap hari untuk dua bulan dan dua kali seminggu selama sekurang-kurangnya empat bulan.

Kami bertanggungjawab memastikan pesakit tibi yang cicir rawatan dikesan dan dipujuk semula untuk menyambung rawatan.

Setiap kes tibi yang meninggal dunia perlu dijalankan audit kematian bagi mengenal pasti faktor berkaitan dan seterusnya langkah tambah baik dapat dilakukan.

Pendeknya bermula dari setiap kes tibi didiagnosis sehingga kepada tamatnya rawatan dipantau oleh kami. Memandangkan kuman tibi berjangkit melalui udara, setiap kes akan dipastikan hubungannya (orang yang tinggal bersama) dikesan dan diperiksa.

Saya jangka tanpa tindakan atau aktiviti terbabit, sudah pasti hospital tidak mampu merawat semua pesakit tibi dan kadar kematian berkaitan tibi akan meningkat disebabkan kelewatan diagnosis dan rawatan.

Tanpa peranan dan komitmen PPKA, mampukah negara setanding dengan negara lain dalam memerangi tibi?

Saya sebenarnya bangga dan bersyukur dengan kepakaran saya dalam kesihatan awam ini yang membolehkan saya berhubung rapat dengan masyarakat dan meningkatkan mutu kesihatan rakyat.

Namun, saya amat terkilan dan sedih dengan kegagalan Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam di atas diskriminasi yang cuba menyamakan kepakaran kami dengan kepakaran lain.

Marilah kita sama-sama bertindak secara profesional dalam menjalankan proses kenaikan pangkat segolongan skim, janganlah mencantas hak orang lain sehingga kami yang berkhidmat lebih 11 tahun dan memiliki kepakaran dalam kesihatan awam masih pada tahap UD 41 (hampir 100 orang Pakar Perubatan Kesihatan Awam masih di Gred UD41).

Jawapan yang diberikan Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan yang menyatakan mereka sedang aktif bertindak bagi mengatasinya adalah jawapan dan retorik yang lama berkumandang, terutama pegawai yang bertugas di Bahagian Naik Pangkat Golongan Profesional.

Sudah tiba masanya, Menteri Kesihatan menyelidik secara terus masalah ini (berbincang dengan Pakar Perubatan Kesihatan Awam) kerana tiada pegawai atasan yang memahami dan dapat membantu memperjuangkan hak kami.

PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM,
Kota Bharu, Kelantan.

29 June 2008

13 months’ salary sought

The Star

KUALA LUMPUR: Cuepacs, comprising more than 1.5 million civil servants, wants 13 months' pay for its members with payments made every two weeks to cope with the oil price rise.

Rejecting the government's move to pay salaries twice a month, they suggested salaries every two weeks, or 26 payments, in a year.

“We need more money because the oil price hike has triggered a sharp rise in prices of many essential items and our members are suffering,” its president Omar Osman said.

Cuepacs is also against the proposal to reduce the monthly Employees Provident Fund contribution from 11% to 7% for some 40,000 civil service employees.

“In the long run, the employees are not going to have any savings if the quantum of their contribution is reduced,” he said after chairing the Cuepacs council meeting.

Cuepacs also wanted the Cost of Living Allowance (Cola) to be standardised at RM500 per month nationwide, he said, adding that the current Cola payment of RM100 to RM300 which depended on the state and place of work was not a fair system.

“All the civil service employees nationwide have to pay the same price for fuel including those living in poorer areas. For this reason, the Government should have an equitable policy and not pay higher Cola for those living in the cities,” he said.

However, Omar said Cuepacs supported the Government's move to send back foreign workers to create opportunities for government workers to take up more part-time jobs currently held by foreigners.

“There are more than 1.5 million workers here and if Malaysians can take over these jobs it will be a big relief for the Government and help arrest the outflow of our revenue,” he said.

On the fuel price rise, Omar said it was unfortunate that workers were not consulted when the Government decided to raise the price.

“The Government did not even get any feedback from us on how it could avoid affecting the workers in the civil service,” he said.

Omar said Cuepacs had also informed the Government that the Manjung Municipal Council had made its workers return to work on Saturdays without paying overtime.

“This is not fair and we want the Government to stop any exploitation of workers,” he added.

Cuepacs wants RM500 for all civil servants

Berita Harian

Omar Osman says  the cost of living has gone up too much
Omar Osman says the cost of living has gone up too much

KUALA LUMPUR: Cuepacs wants a RM500 cost of living allowance (Cola) for all civil servants.

Its president Omar Osman, said yesterday that the allowance was needed to cope with increased costs across the board after the price of fuel went up by 40 per cent last month.

"The cost of living has gone up too much. We want the government to introduce a Cola of RM500 a month irrespective of where the civil servants live. This is the best way to handle the increase in living costs," he said after a meeting with members at Wisma Cuepacs yesterday.

Civil servants currently receive Cola of between RM100 and RM300, depending on where they work.

Omar said although Cuepacs did not agree with the suggestion to pay monthly salaries in two instalments, the congress welcomed the payment of salaries once every two weeks as this would mean they would be paid for 52 weeks of work per year and not 48 weeks as is the current practice.
He said this would mean that they would benefit from four extra weeks of work which translated into the proverbial 14th month salary (civil servants already receive a 13th month salary).

Omar said Cuepacs also disapproved of any suggestion to reduce the EPF contribution of some 40,000 civil servants who were not on the pension scheme.

This follows suggestions by some quarters to reduce the EPF contribution from 11 per cent to seven per cent per month.

"If the EPF contribution is to be reduced, then a gratuity should be introduced, as well as free medical coverage for life."

Omar regretted the fact that Cuepacs had not been consulted before the price of fuel was raised.

On the suggestion to allow civil servants to work part-time to make ends meet, Omar said wages were low due to the abundance of cheap foreign labour.

"These foreigners should be sent back before civil servants can work part-time."