12 November 2008

Allowance doubled for FT religious teachers

The Star

KUALA LUMPUR: The allowance for teachers at religious primary schools (Sekolah Rendah Agama SRA) and Fardu Ain classes (KAFA) in the Federal Territory will be doubled next year.

The increase, to between RM1,000 and RM1,200 a month, would be effective from Jan 1, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

He said the current allowance of about RM500 a month had not been increased since 22 years ago and that the increase was made due to the current inflation rate.

The increase was also aimed at appreciating and recognising their (religious teachers) contributions, he told reporters after presenting certificates to children attending kindergartens under the Federal Territory Islamic Religious Department (JAWI) and the Islamic Religious Council (MAIWP) on Wednesday.

Ahmad Zahid, who is also MAIWP chairman, said it was only appropriate that the allowance of the religious teachers be increased considering the higher collection by MAIWP of almost RM200 million a year.

He said other states should also follow MAIWP's example by increasing the allowance of their religious teachers.

In a related development, Ahmad Zahid said 625 kindergarten teachers would be needed in the Federal Territory over the next five years, adding that there were currently 278 teachers. - Bernama

'Terap budaya penyelenggaraan dalam setiap organisasi'

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu budaya penyelenggaraan peralatan secara kerap diterapkan dalam setiap organisasi, terutama yang mempunyai peralatan canggih dan mahal kerana amalan itu akan menjimatkan kos dan mengelak kerosakan yang akan memerlukan pembaikan.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, setiap organisasi dan kakitangan di semua peringkat juga mesti sentiasa mengamalkan integriti supaya kecemerlangan dapat terus dipertingkatkan.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, melalui penyelenggaraan dan penjagaan rapi terhadap setiap peralatan, ia akan dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa risau atau ragu-ragu mengenai kemampuannya.

"Sebab itu kita sediakan peruntukan yang besar untuk penyelenggaraan... jika tidak, akan berlaku kerosakan dan ia tidak dapat digunakan. Kemudian akan timbul cadangan supaya beli yang baru dan ini tentunya memerlukan perbelanjaan besar serta merugikan.


"Penyelenggaraan secara kerap perlu diamalkan, penyelenggaraan menjimatkan kos. Walaupun kita sediakan peruntukan penyelenggaraan besar, ia akan selamatkan kita daripada kos yang lebih besar akibat penyelenggaraan yang lemah," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di padang kawad kementerian itu, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abu Seman Yusop; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Abu Bakar Abdullah dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Mengenai integriti, Abdullah berkata ia perlu menjadi amalan setiap kakitangan organisasi untuk memastikan organisasi berkenaan mempunyai kewibawaan, kecekapan dan beramanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Katanya, organisasi dibina oleh ahli yang berintegriti kerana walaupun hanya disebabkan oleh seorang yang tidak berintegriti, nama baik organisasi atau pasukan boleh terjejas.

"Ini bukan saja untuk tentera tetapi semua perkhidmatan, bukan saja untuk yang berpangkat, malah anggota biasa. Ada yang berpangkat tetapi menipu dan melakukan rasuah yang mencemar nama baik organisasi," katanya.

Sehubungan itu, katanya, integriti mesti menjadi milik semua dengan menjadikannya sebagai amalan dan budaya supaya dengannya individu dan organisasi akan berada di puncak tinggi.

Katanya, angkatan tentera negara ini yang berkhidmat di bawah panji Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima banyak pujian daripada negara luar, dan rakyat seperti di Bosnia-Herzegovina dan Somalia amat menghormati tentera Malaysia.

Beliau berharap kecemerlangan dan kejayaan seperti itu yang menjadi kemegahan negara, akan terus wujud dari generasi ke generasi.

10 November 2008

113 Kakitangan Sambilan JPN Kelantan Diberhentikan, Kata Cuepacs

KOTA BAHARU, 10 Nov (Bernama) -- Seramai 113 kakitangan sambilan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan yang telah berkhidmat antara 10 dan 18 tahun kini terpaksa mencari pekerjaan lain kerana perkhidmatan mereka tidak disambung, kata Pengerusi Cuepacs Kelantan Samsudin Mohd Noor.

Beliau berkata kakitangan itu kini terpaksa mencari pekerjaan seperti memandu teksi bagi menyara keluarga.

Samsudin berharap kerajaan mengambil kembali kakitangan terbabit untuk berkhidmat di agensi lain yang sesuai dengan kelayakan dan pengamalan mereka.

Katanya seramai 300 tukang kebun dan jaga di Kelantan turut menerima surat pemberhentian kerja sehingga 31 Disember ini dengan alasan kekosongan itu akan diisi oleh kakitangan swasta.

"Apakah kerajaan mahukan mereka menganggur sedangkan mereka sebelum inipun berpendapatan bawah paras kemiskinan tegar iaitu kurang dari RM500 sebulan," katanya.

-- BERNAMA

43,000 pekerja mahu sertai skim pencen

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Cuepacs yakin kira-kira 43,000 kakitangan awam di seluruh negara yang memilih skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini berpeluang untuk memilih menyertai skim pencen.

Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs menerima pelbagai keluhan daripada mereka yang memilih skim KWSP kerana tidak menikmati kemudahan seperti kad persaraan, perubatan percuma di hospital kerajaan dan menerima faedah persaraan (gratuiti) seperti kakitangan awam yang memilih skim pencen.

Beliau berkata, mereka sekadar mendapat ganjaran dalam bentuk dividen daripada KWSP.

“Rundingan sedang dijalankan dengan JPA untuk membolehkan kira-kira 43,000 kakitangan awam dalam skim KWSP diberi peluang menyertai skim pencen.

“Kita mendapat reaksi positif menerusi rundingan peringkat pertama dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam, Julai lalu, yang menyatakan kesediaannya menimbang perkara itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas nasib kakitangan kakitangan awam yang menyertai skim KWSP yang diperkenalkan pada 1991 dan menyesal apabila menyedari mereka kehilangan beberapa faedah yang dinikmati rakan mereka yang memilih skim pencen.

Katanya, isu 43,000 kakitangan awam itu bagi membolehkan mereka memilih semula skim pencen juga akan dibincang pada mesyuarat Kongres Cuepacs selama tiga hari bermula 13 November ini di Kota Kinabalu, Sabah.

Mengenai cadangan KWSP membuat pengurangan caruman pekerja tiga peratus secara automatik, beliau berkata, Cuepacs turut membantah sistem itu yang me-rugikan kakitangan awam kumpulan sokongan dalam skim KWSP kerana jumlah caruman bulanan mereka semakin kurang.