Pendapatan pendidik DG41 lebih rendah
Berita Harian
SAYA mewakili warga pendidik DG41 yang lama berkhidmat dalam gred DG29 dan kemudian DG41. Saya menyokong pendapat ‘Cikgu Kecewa’ dari Johor Bahru yang disiarkan 30 Mei lalu.
Apa yang diluahkan guru berkenaan benar dan saya juga guru DG41 yang mengalami nasib sama.
Saya berharap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berusaha mengatasi masalah ini kerana dikhuatiri ramai lagi pendidik DG41 yang mengalami nasib sama akan terus kecewa.
Ia juga boleh menjejaskan prestasi perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi akan datang.
Kami berkhidmat dari bawah iaitu sebelum Sistem Saraan Malaysia (SSM) diperkenalkan. Dari DGA29 saya menyambung pengajian untuk meningkatkan pendidikan, taraf hidup dan menyahut seruan kerajaan yang mahukan guru berpendidikan tinggi.
Saya bertungkus-lumus belajar, berkorban wang ringgit, masa dan kasih sayang bertahun-tahun. Saya belajar menerusi Pendidikan Jarak jauh (PJJ), namun tugas mengajar dan lain-lain jawatan di sekolah tidak pernah saya abaikan.
Saya dilantik ke DG41 pada 2004 dengan gaji permulaan RM1,710. Saya tidak sempat menikmati ‘time-base’ DG32 yang diperkenalkan besar-besaran bermula tahun itu. Rakan seangkatan yang berkhidmat 10 tahun, tidak menyambung pelajaran dan lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) menikmati ‘time-base’ DG32 dengan gaji pokok RM1,932.
Ketika itu saya mula berasa kecewa kerana tangga gaji saya lebih rendah, tetapi saya kuatkan hati dengan menganggap itu rezeki mereka. Tahun demi tahun, seorang demi seorang rakan saya mendapat ‘time-base’ sedangkan saya tidak layak walaupun lulus PTK DG41 pada 2005 kerana perlu menunggu 10 tahun dalam DG41.
Pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri baru-baru ini lebih mengecewakan saya. Kenaikan DG41 yang hanya 15 peratus berbanding kumpulan Sokongan II mendapat 25 peratus membawa maksud gaji rakan seangkatan akan lebih jauh meninggalkan kami guru DG41.
Apalah salah saya menyambung pelajaran dan dinaikkan pangkat tetapi gaji jauh lebih rendah. Saya tertekan di tempat kerja kerana saya mengajar di sekolah rendah yang sama sejak 10 tahun.
Bayangkan situasi saya apabila rakan yang sama-sama dalam DG29 dulu, malah ada yang lebih junior menikmati gaji lebih tinggi berbanding saya kumpulan pengurusan dan profesional.
Saya mohon JPA kaji perkara ini sebelum keadaan guru senasib saya lebih parah, kesannya adalah anak didik kita juga. Kami bukan tidak profesional dan tidak bersyukur, tetapi tolong jaga maruah kami sebab sekolah adalah rumah kedua bagi pendidik seperti saya. Tugas pendidik di sekolah, tetap sama walaupun berlainan kumpulan.
CIKGU TERTEKAN,
Papar, Sabah.

5 comments:
Apo kono eh jang? Amat pelik Sistem Kerajaan kita kini. Pihak NUTP pun kenapa tidak semak betul- betul? Tak mahu ambil kesah agaknya kerana pegawai-pegawai NUTP tiada yang terkena batang hidung mereka atau anak buah mereka! Tak patut, memang tak patut....
Ini satu penganiyaan yang sangat dasyat. Orang yang banyak bekerja keras dan tekun tidak dapat ganjaran yg sepatutnya. Sebaliknya para pegawai yg duduk dlm pejabat dapat elaun byk sendang kerja mereka hanya berjalan kesana-sini. Bukan seorang dua yg teraniya seperti ini tetapi ribuan...orang. Sistem HAPRAK!!namanya. Bila berada diatas kepentingan diri yg diutamakan.
Laaa...kenapa la cikgu nie...sian saya baca luahan hati cikgu...takper, cecikgu DG32 dia punya gaji mati sikit jer..pastu jadual dia pun pendek je, sampai T11 jer, kita yang DG 41 ni sampai T24 kalau tak salah saya...cecah 4 ribu tuh! itu kalau tak naik lansung ke DG 44, kalau naik...mau berjuta-juta lion cikgu dapat, lagipun geng DG32 dah takleh gi mana, kita bleh gi jauh lagi...TAKPER TABAH KAN HATI..
jangan lupa layari blog nie..
www.pilihananda80.blogspot.com
GURU DG41
memang gaji mati dg41 lebih tinggi dr Dg32, tpi cgu2 dg41 yg dah 40 ke atas..mcmna? takut gaji tak mati, kami yg mati dulu.. penat usaha kami nk nikmati hidup lebih senanag cara HALAL

Post a Comment