27 May 2007

Penghinaan kepada Melayu

Utusan Online

ADALAH sesuatu yang tidak memeranjatkan apabila DAP sekali lagi membawa isu yang menyentuh tentang kepentingan dan sensitiviti Melayu di Malaysia.

Melalui laman web Malaysiakini bertarikh 23 Mei, Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP, Tony Pua membuat kenyataan bahawa penjawat awam hanya terdiri daripada orang Melayu yang mengalami masalah pengangguran.

Saya amat bersetuju dengan permintaan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa kenyataan Tony Pua yang disiarkan di Malaysiakini semalam bersifat menghina dan sangat angkuh terhadap lebih sejuta kakitangan awam di negara kita yang tercinta ini.

Kenyataan Tony Pua yang disiarkan di Malaysiakini berhubung dakwaan bahawa perkhidmatan awam hanyalah ‘tapak pembuangan bagi penganggur berijazah golongan Melayu’ – sememangnya satu pernyataan yang bersifat sangat sensitif dari segi politik.

Bukan sekadar pernyataannya yang bersifat sensitif, bahkan satu penghinaan kepada semua kakitangan awam di Malaysia, terutamanya kepada golongan bumiputera.

Tidakkah beliau tahu bahawa sekarang ini, peluang kemasukan ke dalam dunia pekerjaan sektor awam sudah semakin sengit dan banyak persaingannya? Sesi temu duga, ujian dan sebagainya semakin payah dan susah.

Malahan yang telah lulus ujian bertulis kerajaan di kalangan bumiputera sangat ramai tetapi masih belum mendapat panggilan temu duga dengan sektor awam tersebut.

Sememangnya, kenyataan Tony Pua itu langsung tidak berasas dan perlu ditolak sama sekali. Ini kerana buat pengetahuan beliau, ramai kakitangan awam sanggup melepaskan tawaran kerja dengan gaji dan manfaat yang lumayan di sektor swasta disebabkan mahu berkhidmat dan berbakti kepada negara.

Apatah lagi sekiranya ditawarkan gaji yang cukup lumayan di sektor swasta tetapi seringkali dianaktirikan oleh diskriminasi kaum di sektor swasta itu sendiri.

Cuba kita lihat sahaja di dalam persekitaran pekerjaan sektor swasta. Seringkali dipaparkan, iklan-iklan pekerjaan hanya meminta calon-calon yang mempunyai keupayaan untuk bertutur dalam bahasa Mandarin.

Apakah niat dan maksudnya ini? Bagaimana dengan peluang calon-calon yang tidak pernah berpeluang untuk mempelajari bahasa tersebut, terutamanya daripada kaum-kaum bumiputera lain di Malaysia?

Pembaca fikirkanlah, walaupun surat ini telah disiarkan pun, mereka masih terus dengan syarat mereka itu. Ini kerana, kerajaan kita sangat berlemah lembut dalam menangani isu tersebut.

Acap kali ditegur berkenaan perkara ini termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi perkara tersebut terus berleluasa dek kerana kebiadapan syarikat-syarikat yang meletakkan syarat tersebut sebagai salah satu syarat wajib mereka, yang jelas tidak menjaga hati dan sentimen kaum-kaum lain di Malaysia.

Tetapi, mengapakah perkara yang sedemikian tidak diambil peduli pula oleh Tony Pua?

Seperti mana yang telah diperkatakan oleh Khairy, sememangnya amat nyata sekali, Tony Pua hanya memperkecilkan kebolehan, jasa serta sumbangan kakitangan kerajaan kepada negara.

Tony Pua secara tidak langsung telah melemahkan semangat kakitangan kerajaan yang sebenarnya telah memilih jalan yang mulia untuk berkhidmat kepada kerajaan dan negara.

Bahkan sangat jelas di sini bahawa, kata-kata Tony Pua itu juga telah menjejaskan imej perkhidmatan awam pada masa kerajaan bertungkus-lumus untuk memperkenalkan pelbagai langkah bagi meningkatkan lagi mutu sistem penyampaian perkhidmatan tersebut.

Lantaran itu, saya sangat menyokong supaya Tony Pua meminta maaf secara terbuka kepada semua kakitangan kerajaan disebabkan kenyataan beliau dalam laman web tersebut.

Sedangkan dua orang ahli Parlimen kerajaan boleh meminta maaf secara terbuka, apatah lagi orang yang bukan berstatus ahli Parlimen dari parti pembangkang ini, yang jelas sangat menyinggung hati semua kakitangan awam di Malaysia.

– AMIR SHAHRIZAT MOHD. AZIZAN,

Seremban.

8 comments:

Anonymous said...

Melayu memang dihina setiap hari, oleh orang Melayu sendiri. Pekerja-pekerja yang majoriti Melayu dalam sektor awam yang kerja acuh tak acuh, begitu mahir menepis kerja dan mengambil sikap yang syarikat swasta semua nak menipu sahaja. Mereka lupa gaji yang mereka dan keluarga mereka makan datang dari orang ramai, terutama orang sektor swasta yang terpaksa bertungkus-lumus. Kena tahan kerenah birokrasi, sikap angkuh hanya untuk mempercepatkan bayaran atas kerja yang dah dibuat. Betul, ada syarikat swasta yang mendiskriminasikan orang Melayu. Tapi rata-rata yang terpaksa bekerja keras (termasuk banyak syarikat Melayu) hanya mampu memendam perasaan melihat ke tidak effisien dan sikap sambil lewa pekerja kerajaan. Memang ramai yang layak dapat naik gaji tapi sedih bila memikirkan mereka-mereka yang kita tahu (dari pengalaman) yang memang tidak layak langsung tapi diberi ganjaran. Pelajar Melayu menganggur memang banyak tiada kualiti, bukan saja dari segi kemahiran teknikal tapi sikap dan cara pemikiran yang begitu cetek. Ini bukan dari majikan bukan Melayu sahaja, tapi juga syarikat Melayu. Kita kena berjaya keras untuk bayar gaji perkerja dsb. Macam mana nak ambil penganggur lepasan universiti Melayu yang dah lah tak pandai kerja, suruh kerja lebih sikit merungut. Nasihat saya kepada pelajar Melayu dan sesetengah pekerja kerajaan ialah GROW UP! NO ONE OWES YOU A LIVING!!! Saya cadangkan mereka pekerja kerajaan yang dapat tawaran kerja swasta yang gaji lumayan untuk mengambilnya sebab (1) baru akan tahu mengapa gaji di luar lebih mahal (kerja macam nak mati) dan (2) kekosongan sebab melepaskan jawatan tu dapat di isi oleh penganggur-penganggur yang banyak di luar, jadi dapat menolong menyelesaikan masaalah negara.

davors said...

i couldnt agree more...

it is ugly... aggressive...

but from the reaction received, perhaps there will be no changes on the civil services... at least no positive changes...

there are great civil servants there... but they are RARE...
Maybe my luck is bad... i always met those less standard service servants...

good luck Malaysia!

Anonymous said...

"Sedangkan dua orang ahli Parlimen kerajaan boleh meminta maaf secara terbuka, apatah lagi orang yang bukan berstatus ahli Parlimen dari parti pembangkang ini, yang jelas sangat menyinggung hati semua kakitangan awam di Malaysia"

En. AMIR,

You called that 'maaf'? Read carefully and you will realise the so-called 'maaf' was nothing but a show of arrogance. MPs and Civil Servants forget one basic fact: You report to us, the TAXPAYERS who pay your salary. It is OUR right to demand a sincerely apology when you shoot your mouth off. It is OUR right to expect a decent, efficient and quality service, not sub-standard performance and i-couldn't-care-less attitude.

Anonymous said...

My advise to Mr Khairy is dont take up the challenge for a public debate. You will be considered very foolish to take up the challenge nothwithstanding you Oxford education background, (which I am rather surprisd to know. Take care. PS.There is an old Indian wisdom that states that it is best not to say some thing and be thought of as a fool rather than to open one's mouth and leave no doubt about it.

Anonymous said...

sikit sikit hina melayu..!!
kaum lain yg dihina dah 30 tahun lebih oleh perkhidmatan awam tu apo??berapa DG bukan melayu dlm perkhidmatan awam.???..org bumiputra sabah/sarawak berapa??mau songlap semua..
poddaaaa...laaa..

Anonymous said...

Memang benar pekerja sektor awam adalah tempat lambakan pelajar lulusan universiti yang tak layak bekerja di sektor swasta.
Ramai antara mereka adalah orang Melayu.
Ini memang benar dan juga mereka yang disana disebabkan mereka takut atau memang tak layak kerja di sektor swasta.
Apa yang DAP kata memang benar dan kita mesti akur dan cuba ubah sikap dan pendirian masing agar Melayu masih relevent.

Nana cun said...

Biar saje la,saya pun tak mau bekerja di syarikat swasta pun.memang lebih senang bekerja di sektor awam...pukul 8 pg taruh kad, kemudian pergi minum pg sampai pukul 8.45...pukul 3.50 saje sudah boleh siap sedia, tunggu masa utk balik rumah...sektor swasta susah la....

hanan said...

nana, anonymous jgn main serkap jarang je. sy dah buat dan lakukan mcm2 kerja tp kerja kerajaan paling susah. sbb dahla kena buat keje sendiri kena jaga org bawah lg. tu x kira lg backlog2 cases org lama2 yg kena setel. dulu masa sy keje swasta (satu sykt elektronik) gaji sy rm2000+ padahal tahap kerja yg sy buat taraf kerani sy skrg je. itu x masuk lg overtime2 yg kalau kumpul suma boleh cecah 3-4000 ribu. tp bila masuk gomen kdg2 kena dtg mesy la, kursus la, housekeeping file la masa cuti tanpa sbrg overtime. kalau stayback xyah ckp la. kdg2 kena handle event pun kena stayback xde ot. gaji bawah rm 2000 tp sy x komplen sbb suka keje gomen. sy x nafikan byk deadwood dlm kjaan tp seriously new batch yg masuk sy tgk akan bawa byk perubahan pd kjaan insyaallah. cina pun bukannya jenis keras kerja manapun. cuma diorang ni jenis outspoken je. tmpt sy ni ada sorang pegawai cina pun jenis berkira kerja jugak, mintak tolong sikit merungut. nasihat sy pd pekerja cina ialah hentikan psychology war ini manakala bg org melayu percayalah org2 cina x la sehebat yg anda sangkakan. cuma mereka ni pandai ambil peluang dan sanggup rendahkan ego utk belajar. tambah lg industri2 mmg byk mgmt cina pegang.