Guru kerja 66.24 jam
Berita Harian
Masa bertugas atasi 45 jam ikut ketetapan ILO
PUTRAJAYA: Tempoh purata bertugas 66.24 jam seminggu guru di negara ini lebih tinggi daripada purata 45 jam tempoh bertugas seorang pekerja mengikut ketetapan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata selain mendidik, guru perlu melaksanakan tanggungjawab di luar waktu sekolah merangkumi kegiatan kurikulum, kokurikulum, hubungan komuniti, hal ehwal murid serta pembangunan kakitangan, fizikal dan pejabat.
"Jawatankuasa Mengkaji Tugas dan Tanggungjawab Guru (TTG) yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha (KSU), Tan Sri Ambrin Buang menyiapkan laporannya tahun lalu selepas kajian setahun.
"Kajian itu mendedahkan jumlah masa bertugas guru membabitkan semua aspek pengajaran dan pembelajaran, perancangan, penyediaan bahan dan nota, penilaian penyemakan latihan, ujian, peperiksaan, kelas tambahan, kelas ganti dan mesyuarat akademik.
"Beban tugas ini menyebabkan penggunaan masa guru amat tinggi hingga melebihi jumlah purata jam pekerja yang ditetapkan ILO," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di sini semalam.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, kementerian akan mengkaji semula sukatan pelajaran di semua Institut Pendidikan Guru (IPG) supaya hasrat melahirkan lebih banyak guru kreatif dan komited tercapai.

No comments:
Post a Comment