01 June 2007

Senioriti bukan syarat guru naik pangkat

Berita Harian

SEJAK beberapa hari lalu, banyak isu ditimbulkan guru berijazah Gred 41 menerusi akhbar, kononnya gaji guru Gred 32 (pemegang diploma) lebih tinggi daripada Gred 41 hingga menimbulkan rasa tidak puas hati guru berijazah.

Untuk makluman semua guru terbabit, gaji kakitangan kerajaan mengikut gred masing-masing adalah sama. Cuma elaun berbeza mengikut keistimewaan jawatan masing-masing. Untuk makluman guru juga, Gred 32 adalah kenaikan pangkat bagi skim Diploma (gred 29), sementara gred kenaikan pangkat skim SPM (gred 17) adalah Gred 22 dan gred kenaikan pangkat bagi Skim Ijazah (Gred 41) adalah Gred 44.

Skim gaji kakitangan awam ditetapkan mengikut gred masing-masing berdasarkan kelulusan atau kenaikan pangkat.

Gaji permulaan dan maksimum bagi Gred 22 ialah RM1,915 hingga RM2,837, Gred 32 (RM 2,412 hingga RM3,592) dan Gred 44 (RM 2,978 hingga RM4,932)

Apa yang saya pasti, Gred 32 adalah gred kenaikan pangkat bagi Skim Diploma (Gred 29). Bukan semua pegawai boleh dinaikkan pangkat ke Gred 32. Di jabatan saya hanya antara 10 dan 20 peratus jawatan dihadkan daripada keseluruhan kakitangan Gred 29 untuk ke Gred 32.

Semua kenaikan pangkat ke gred itu adalah menerusi beberapa ciri ditetapkan kerajaan seperti syarat wajib iaitu sudah disahkan dalam jawatan, lulus peperiksaan Jabatan dan PTK serta mendapat prestasi cemerlang dan berjaya dalam temu duga.

Kenaikan pangkat bukan secara automatik dan ia tertakluk kepada kekosongan. Senioriti tidak diambil kira untuk dinaikkan pangkat.

PEGAWAI PUTRAJAYA,
Presint 8, 62250 Putrajaya.

5 comments:

Abukabir said...

Tak kena batang hidung hang, oklah ye?

Sehgar said...

Semua masalah ini berlaku angkara pengurusan JPA yang bercelaru.
Tiada satu sestem yang komprehensif.JPA buat keputusan tanpa berunding dulu dengan kesatuan-kesatuan.
Isu 1
Kami guru-guru yang belajar secara PJJ sekitar tahun 1996-2001 menyahut seruan Menteri Pendidikan pada masa tersebut ia itu Datuk Seri Najib Tun Razak.Kami bayar sendiri sekitar RM25000 untuk meningkatkan profesinalisme kita. Tetapi guru-guru yang tak belajar mendapat habuan yang lebih tinggi daripada kita.Jika saya tak belajar.....saya pun akan dapat habuan seperti mereka.
Sekarang guru-guru ini ditawarkan belajar tanpa sengsara melalui program OUM. Semua guru besar pula dinaikkan ke DG41 dengan pengajian 2 tahun sahaja.
Kami anggap kami dianiaya oleh kementerian pelajaran dan JPA walaupun kami merupakan kumpulan pioneer yang merealisasikan bahawa sahnya menjelang 2010 50% guru di sekolah rendah adalah guru siswazah.

Bayangkan betapa stressnya kami .....mengajar di sekolah yang sama......kesemua junior kami yang tak belajar bergaji lebih tinggi daripada kami....

wahai JPA...... inikah keadilan.....

Anonymous said...

pegawai putarjaya, hang buat apa kat atas sana, dok berputar-putar atas bangku putar kot....

Anonymous said...

Guru sabar, biar anak murid pandai, jgn tamak sngt dgn gaji, kalau tak puas hati berhenti jadi peniaga seperti yang disarankan agama. saya dulu guru, lepas tak puas hati berhenti, jadi businessman. Lantak lah sapa nak naik pangkat.

Anonymous said...

sblm masuk skim DG kena tau semua2 hal..mcm saya...jadi ape2 hal saya kene redhalah...sbb kerjaya tu saya yg pilih...nak jels dgn skim lain pun tak guna...kita yg pilih jln tu....bagi guru yg dah nak masuk Time based DGA32 jgnlah gatal2 g mohon kat SPP untuk lantikan DG41...dah tentu2 bila diselaraskan gaji DGA32 lagi tinggi dari DG41...apelah...degree tu masih laku lagi la 100thn pun (kalau dunia tak kiamat)...buat abukabir...mmglah tak kena batang hidung sendiri oklah...tapi...sediakan payung sebelum hujan...jgn dah hujan baru nak berpayung...buat sehgar...pihak JPA dah byk buat perbincangan dgn kesatuan...trylah tny kesatuan..berani @ tidak je nak kata ada...

semua kena ingat...setiap ape yg jadi ni sumenye atas idea golongan DG jugak....kita kena fikir balik...tak boleh plak kita nak salahkan skim lain..dah tentu career path skim lain, org2 dlm skim tu gak yg buat...jadi...mcm kita ni...

sbnrnya kita ni tgk 1 rah jek...kita tak fhm career path kita sbnrnya...bila kita dah tahu...(setelah saya berjumpa pegawai BPSM di putrajaya)...mmg berutung kita didlm skim DG ni..dlm perkhidmatan awam..skim kita lah yg PALING BANYAK career path...kita dok tgk yg 10thn baru naik pgkt...tapi rupenya dalam 6 thn pun kita dah boleh...nak dgn taknak jek