Kementerian sasar 60 peratus pensyarah lulusan PhD
Berita Harian
KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata usaha memenuhi 2,631 kekosongan jawatan tenaga akademik yang berkelulusan ijazah kedoktoran (PhD) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), satu cabaran kepada kementeriannya.
Beliau berkata, sasaran kementerian bermula tahun lalu sehingga 2010 mendapatkan 6,103 pensyarah dan tutor berkelulusan PhD.
Beliau berkata, sehingga kini daripada jumlah sasaran itu, 1,142 sudah diberi biasiswa mengikuti pengajian peringkat PhD membabitkan semua bidang pengajian selain perubatan yang dianggap kritikal.
“Kita mahu menjelang Disember 2010, 60 peratus daripada tenaga akademik di IPTA berkelulusan PhD.
“Kita mahu lebih ramai tenaga akademik universiti berkelulusan PhD kerana kementerian mempunyai agenda besar termasuk menjadikan IPTA di negara ini pusat pendidikan tinggi bertaraf dunia yang mampu mengeluarkan graduan berkualiti dalam semua bidang yang ditawarkan,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Pengambilan Tenaga Akademik Secara Berpusat di Stesen KL Sentral di sini, semalam, Mustapa berkata, sebelum Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), peruntukan menaja tenaga akademik di IPTA untuk pengajian peringkat sarjana dan PhD agak kecil.
Bagaimanapun, katanya menerusi RMK-9 kerajaan menyediakan RM1.26 bilion untuk Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) bagi melatih pensyarah melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.
Mengenai pengambilan tenaga akademik secara berpusat, katanya program pertama diadakan di United Kingdom awal April lalu untuk pemilihan dan pengambilan calon pensyarah dan tutor.
Berikutan sambutan menggalakkan di United Kingdom, kementerian meneruskan program kedua di KL Sentral dan Julai ini dijangka di Australia dan beberapa negara lagi tahun depan. Mereka yang layak akan dipilih dan ditaja biasiswa melalui skim SLAI.
Mustapa berkata, sebelum ini pengambilan pensyarah dilaksanakan universiti masing-masing, tetapi tidak dapat memenuhi kekosongan jawatan itu berjumlah 2,631 yang berkelulusan PhD.
“Jadi, kita perkenalkan kaedah pengambilan berpusat membabitkan semua universiti dalam satu program pemilihan calon yang layak untuk memenuhi jumlah kekosongan jawatan itu di 20 IPTA sekarang,” katanya.
Katanya, menerusi program pengambilan berpusat di KL Sentral, seramai 100 calon berkelulusan PhD sudah ditawar jawatan pensyarah, manakala masing-masing 200 calon akan ditaja biasiswa Skim SLAI bagi pengajian peringkat PhD dan Sarjana dalam pelbagai bidang.
Program pengambilan berpusat di KL Sentral selama tiga yang berakhir esok (hari ini).
Calon yang layak ditemu duga terus di situ oleh panel temu duga mewakili 20 IPTA dan antara kelayakan memohon menjadi pensyarah dan mengikuti pengajian PhD dan Sarjana, minimum CGPA 3.0 atau lebih pada peringkat ijazah pertama dan umur tidak lebih 40 tahun untuk pengajian peringkat PhD.

No comments:
Post a Comment