11 June 2007

Waris guru mahu tahu status pencen

Berita Harian

SEORANG guru yang terbabit dalam kemalangan maut baru-baru ini, Zulkifly Bahrain adalah Guru Pendidikan Khas dan mengajar Kelas Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Muda Musa, Teluk Intan.

Sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Methodist Girls Teluk Intan di Kelas Bermasalah Pendengaran. Di SMK Raja Muda Musa terdapat dua program pendidikan khas iaitu Bermasalah Pembelajaran dan Bermasalah Pendengaran.

Beliau mempunyai kemahiran berbahasa isyarat, mungkin orang awam mudah memanggil beliau guru bahasa isyarat. Beliau antara guru yang mengalami kerugian apabila DGA 32 diperkenalkan.

Guru senior perlu menghadiri Kursus Induksi untuk pengesahan jawatan. Beliau dilantik pada 1 Oktober 2005 dalam DG41 dan baru saja selesai menghadiri kursus induksi, yang bermakna beliau belum sah jawatan dalam DG41.

Adakah waris beliau dapat memperoleh pencen DG41 arwah suami atau DGA29. Inilah nasib guru senior apabila menyambung pelajaran perlu menghadiri temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan menghadiri kursus induksi untuk pengesahan jawatan.

Guru senior bermaksud guru yang berumur dan mungkin menghidapi bermacam penyakit, untuk menunggu pengesahan jawatan amat mendebarkan.

ABA,
Teluk Intan, Perak.

No comments: