12 June 2007

Guru sambung belajar hilang kekananan

Berita Harian

KEMENTERIAN Pelajaran mensasarkan 100 peratus guru siswazah di sekolah menengah dan 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah menjelang 2010. Oleh itu, ramai guru lepasan maktab memohon cuti belajar separuh gaji bagi merealisasikan impian kementerian dan mengimpikan imbuhan lebih baik selepas memperoleh ijazah.

Tetapi untuk menyambung pelajaran, ia memerlukan komitmen dan iltizam tinggi, malah boleh dikatakan ahli keluarga turut berkorban.

Malah, sukar menghadapi enam hingga lapan kali peperiksaan semester bergantung kepada kursus diambil. Dokumen perjanjian juga menyatakan selepas lulus dijanjikan kenaikan pangkat iaitu DG41.

Selepas tamat belajar, apabila ‘time based’ diumum barulah guru menyedari kenaikan pangkat mereka tidak disertai dengan skil gaji lebih baik, berbanding mereka tidak menyambung pelajaran dan berkhidmat lebih 10 tahun tetapi berjaya Penilaian Tahap kecekapan (PTK) tahap tiga.

Apabila kenaikan gaji diumumkan baru-baru ini guru yang menyambung pelajaran sekali lagi mengalami kerugian kerana mereka hanya memperoleh RM1,967.19 (15 peratus kenaikan) berbanding DGA32 (RM2,416.06) atau 25 peratus kenaikan.

Dalam tempoh 10 tahun mereka yang memperoleh DG41 akan bergerak ke DG44 T1 P1 (RM2,982.98) sementara DGA32 bergerak ke DGA34 P1 T1 (RM3,103.42).

Apabila Kementerian Pelajaran mengumumkan satu lagi tangga gaji baru iaitu DGA38, sudah tentu gaji baru ini melepasi tangga gaji DGA34, kemungkinan mengatasi DG48.

Apa perlu guru bukan siswazah bersusah payah menyambung pelajaran hanya untuk menjerat diri sendiri mendapat kenaikan pangkat tetapi kurang gaji dan hilang kekananan walaupun berbelas-belas tahun berkhidmat.

Sewajarnya JPA menimbangkan tempoh perkhidmatan bagi yang ingin menyambung pelajaran kerana dengan gaji bukan siswazah sekarang tidak menggalakkan langsung guru menyambung pelajaran.

GURU SISTUA,
Klang.

1 comment:

Cikgu Ya said...

Saya juga malah banyak lagi guru-guru cuti belajar yang tergolong dalam kalangan yang malang ini..SEMOGA PIHAK BERKENAAN DAPAT MERENUNG DAN MENYELESAIKAN MASALAH KAMI INI..

GURU MALANG