06 June 2007

Kesatuan kesal ahli tidak hafal Cemerlang, Gemilang, Terbilang

Utusan Online

KUALA LUMPUR 5 Jun – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kesal dan kecewa dengan sikap segelintir kakitangan awam yang gagal menghafal lagu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Presidennya, Omar Osman berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana lagu itu sering dimainkan di majlis-majlis rasmi kerajaan.

‘‘Lirik lagu ini menggambarkan tekad kerajaan dan rakyat negara ini untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan dipandang mulia oleh masyarakat dunia.

‘‘Oleh itu saya tidak faham mengapa ada kakitangan awam kita yang gagal menghafal lirik lagu ini. Ini merupakan lagu wajib yang sering dinyanyikan dalam majlis rasmi kerajaan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad mengenai segelintir kakitangan awam yang masih tidak dapat menghafal lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang sering kali dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi kerajaan.

Perdana Menteri berkata, walaupun makin ramai yang menghafalnya, masih ada segelintir yang tidak menyanyikan lagu itu.

‘‘Saya perhatikan bila nyanyi lagu ini, makin ramai yang dah hafal, tapi masih ada lagi yang tak nyanyi, senyap saja.

‘‘Nyanyian ini bukan haram, bukan ditegah. Seni katanya pun bukan seni kata yang kotor tetapi sebagai satu peringatan kepada kita dalam nada menggembirakan dan memudahkan seseorang itu menghayati setiap perkataan dalam lagu itu,” kata Abdullah.

Omar berkata, CUEPACS amat berharap supaya kakitangan awam mengambil berat terhadap teguran yang dibuat oleh Perdana Menteri itu.

‘‘Diharap semua kakitangan awam selepas ini dapat menghafal lagu ini dengan baik.

‘‘Bagi CUEPACS setiap lagu yang wajib dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi atau perhimpunan jabatan seperti Negaraku dan lagu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang wajib diingati liriknya dan perlu dinyanyikan dengan penuh bersemangat,’’ tambahnya.

2 comments:

Anonymous said...

I am looking for the lyrics now and I cannot find any. What does it speak of you ? Dear Pak Lah. You really think your perkhidmatan awam is really working. Or are you really sleeping ? Hey ! Your perkhidmatan awam is in such a shit that you do not even know about it. Stop flying around the world and being more interested in introducing your new wife. Your perkhidmatan awam is dying. Do you know that ?

Anonymous said...

No, he does not know that. Nobody tells him that. He does not bother to know that. He will never know that until his term of office is over and still he will not know that. Just go back to sleep. Pak Lah's version of Cemerlang, Gemilang, Terbilang. Just dream on.