Cuepacs kena faham sistem penilaian
Berita Harian
SAYA merujuk kepada kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman dalam Berita Harian semalam yang menolak penjelasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pelaksanaan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan mempersoalkan rekod kelulusannya.
Kenyataan beliau “setakat lulus saja tidak ada makna kalau peluang kenaikan pangkat dan gaji masih terhad” tidak benar sama sekali.
PTK diwujudkan atas persetujuan bersama antara kesatuan sekerja termasuk Cuepacs dengan JPA. Ia diwujudkan untuk berlaku adil kepada pekerja dari segi kenaikan pangkat.
Kalau dulu mereka boleh naik pangkat kerana membodek atau ‘kipas bos’ tetapi dengan PTK, ada lagi tapisan untuk naik pangkat. Dalam urusan naik pangkat ada beberapa kriteria yang diambil kira.
Pertama lulus PTK, kedua laporan prestasi tahunan, ketiga diperakukan oleh ketua jabatan, keempat kekananan dan kelima ada kekosongan jawatan naik pangkat. Tidakkah Cuepacs tahu walaupun tidak mengambil PTK atau tidak lulus PTK, pegawai perkhidmatan awam masih boleh naik gaji setiap tahun.
Mereka yang benar-benar mampu bersedia untuk mengambil PTK. Dengan kadar kelulusan 70 peratus, tidakkah cukup bilangannya untuk mengisi kekosongan naik pangkat?
Berapa banyaklah jawatan naik pangkat yang perlu diisi. Bilangan lulus beribu-ribu. Jadi mengapakah beria-ia benar Cuepacs minta PTK dihapuskan pada hal cadangan ini dipersetujui bersama.
Ada kesatuan guru pula menyatakan guru yang lulus PTK sebanyak satu peratus. Ini sangat memalukan guru. Saya lega apabila JPA menyatakan yang lulus PTK lebih daripada 70 peratus. Soalan PTK yang dikemukakan adalah berkaitan tugas yang dijalankan setiap hari.
Ini dijelaskan Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam, bahawa jabatan diberi kelonggaran melaksanaakan sistem penilaian untuk mengukur kecekapan kakitangan masing-masing.
Jika yang disoal mengenai tugas seharian, saya tidak nampak mengapa mereka tidak boleh lulus PTK.
Untuk naik pangkat perlu mencapai tahap lulus, bukannya lulus tahap cemerlang. Kalau tidak mahu mengambil PTK atau tidak boleh lulus, tidak perlu dinaikkan pangkat kerana bukan saja tidak kompeten untuk menjalankan tugas, tetapi menggagalkan rancangan kerajaan khususnya guru yang bertanggungjawab melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang menagih kepemimpinan proaktif, berwibawa dan berwawasan bagi melahirkan modal insan kelas pertama.
GURU PRIHATIN,
Petaling Jaya.

No comments:
Post a Comment