Ganjaran, hukuman tingkat prestasi: KSN
Berita Harian
Gaji baru mulai 1 Julai patut dorong perbaiki mutu kerja
PUTRAJAYA: Kakitangan awam yang bakal menerima kenaikan gaji mulai 1 Julai ini diingatkan memahami makna tersirat di sebalik keputusan kerajaan itu dan gesaan kepemimpinan supaya mereka melakukan perubahan besar dalam prestasi kerja.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pepatah Melayu 'orang berbudi kita berbahasa' perlu dijadikan renungan semua kakitangan awam ketika gembira menerima kenaikan gaji itu.
"Saya percaya tiada kakitangan awam tidak gembira mendengar pengumuman kenaikan gaji. Apa yang pegawai kerajaan akan dapat adalah satu lonjakan besar dalam pendapatan yang saya percaya akan mampu mengubah kehidupan ke tahap lebih selesa.
"Oleh itu, setiap peringkat pegawai perlu memperbaiki lagi kecekapan dan keberkesanan kerja harian masing-masing, baik dari segi kuantiti atau pun kualitinya.
"Saya berharap perubahan yang sama besar lonjakannya akan dapat kita laksanakan dalam memperbaiki diri dan secara bersama menyumbang ke arah meningkatkan secara bermakna sistem penyampaian kerajaan," katanya berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006 Jabatan Perdana Menteri (JPM), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Sidek berkata, kenaikan gaji itu adalah ganjaran daripada kerajaan kepada sektor awam seperti Anugerah Khidmat Cemerlang.
Namun, beliau mengingatkan, dalam aspek pengurusan sumber manusia, ganjaran dan hukuman dilaksanakan secara seiring.
"Selain memberi ganjaran kepada yang layak menerimanya, hukuman juga perlu dilaksanakan terhadap mereka yang melanggar peraturan," katanya.
Sidek berkata, hanya apabila kedua-dua mekanisme ini dilaksanakan dengan berkesan barulah perkhidmatan awam dapat mencapai tahap kecemerlangan yang diharap-kan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ketua jabatan melaksanakan dengan tegas dan adil tanggungjawab memberi ganjaran dan melaksanakan hukuman ke atas mereka yang berhak.
"Bagi semua pegawai kerajaan, saya berharap mereka peka akan perkara ini dan mengambil iktibar untuk melaksanakan sepenuhnya tugas yang diamanahkan kerajaan dan seperti diperuntukkan peraturan dan prosedur kerajaan," katanya.
Menyentuh prestasi kerja anggota awam di JPM, Sidek berkata, kakitangan pelbagai peringkat perlu memberi perhatian serius dalam usaha membawa perubahan kepada sikap dan cara bekerja sektor awam.
Beliau berkata, JPM kini berjaya melaksanakan dasar menguruskan bayaran bil dan tuntutan bagi tempoh 14 hari dengan 99 peratus daripada bil diterima sejak November 2006 hingga bulan lalu sudah dibayar mengikut tempoh ditetapkan.
"Malah bagi April 2007 semua bil JPM dapat dibayar dalam tempoh 14 hari," katanya sambil menambah pencapaian itu kini menjadi penanda aras bagi kementerian lain dan berharap lebih banyak aspek pengurusan JPM mencapai tahap terbaik supaya menjadi organisasi terbilang.
Pada majlis itu, Sidek menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada 474 kakitangan JPM dan agensinya.

No comments:
Post a Comment