Gred DGA32 lebih beruntung
Berita Harian
SAYA sangat kecewa dengan kenyataan pihak kerajaan dalam menyelesaikan isu gaji Julai 2007 DG41 dengan DGA32 dengan alasan DG41 adalah lantikan dan DGA32 adalah kenaikan pangkat.
Tindakan kerajaan ini seperti mahu melepaskan tangan atas kesilapan kaedah pengiraan kenaikan gaji dan tidak menghargai pengorbanan kami DG41 yang sanggup berkorban dan menempuh pelbagai keperitan demi segulung ijazah.
Namun kami tetap menyatakan bahawa DG41 lebih banyak mendapat manfaat dalam jangka panjang berbanding DGA32. Dengan ini, kerajaan sanggup pejam mata dan mengetepikan segala luahan kami walaupun memang tahu keperitan yang kami lalui demi segulung ijazah.
Kenyataan pihak kerajaan ini juga lagi menambah untung kepada DGA32 yang akan dan sedang membuat ijazah, apatah lagi yang sudah memiliki ijazah. Mereka akan mendapat kenaikan gaji lagi apabila dilantik ke DG41. Di sini sekali lagi, kami ketinggalan.
Hakikatnya, semua DGA29 akan mendapat DGA32 apabila cukup tempoh berkhidmat 10 tahun dan lulus PTK. Tapi bagaimana dengan kami? Kami tidak menikmati keuntungan seperti DGA32 dengan mendapat tunggakan gaji hingga berbelas ribu ringgit dan kenaikan besar dalam gaji pokok.
Kami kehilangan ‘time based’ dalam perkhidmatan DGA29 dulu dan terpaksa menunggu masa lama untuk layak memohon DG44 yang sangat jarang diperoleh oleh DG41. Malah, rata-rata kami adalah sudah berumur dan tidak akan mencapai masa untuk layak memohon DG44.
Bagi saya, kerajaan membuat kesilapan besar dalam kaedah pengiraan kenaikan gaji seperti sekarang RM500 ke bawah - 35 peratus, RM501 hingga RM1000 - 30 peratus, RM1001 hingga RM1500 - 25 peratus, RM1,501 hingga RM2,000 - 20 peratus, RM2,001 hingga RM3,000 - 15 peratus dan Jusa - tujuh peratus.
TUAN ORICHIMARU,
Kuantan.
4 comments:
adakah tuan menyesal tentang apa yang telah diperolehi?
manusia selalu tak puas apa yang ada, sepatutnya anda selidik dahulu sebelum melakukan perancangan, dah tahu dga32 lebih beruntung usaha dapatkan dga32 dahulu, jangan salahkan orang lain. fikir sebelum bertindak. banyak perkara yang rugi dan untung. berusaha tapi dalam masa yang sama jangan cuba pertikai kelebihan rezeki orang lain.
saya bersetuju, sebb itu setiap orang akan membuat perancangan dengan teliti terlebih dahulu sebelum bertindak. Sekiranya kita merancang untuk kegagalan maka terima sajalah hakikatnya.
beginilah caranya kalau org yang menggunakn emosi membuat komen...kurang berilmu dan renda akalnya.
Post a Comment