23 July 2007

Bonus: Nak tapi tak harap

klpos

Monday, 23 July 2007

KUCHING: Cuepacs tidak akan mendesak kerajaan untuk memberi bonus kepada kakitangan kerajaan tahun ini kerana faham beban yang ditanggung kerajaan berikutan keputusannya memberi kenaikan gaji kakitangan awam mulai Julai ini.

Bagaimanapun, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berharap kerajaan akan menimbang dan memberikan bonus kepada kakitangan awam seperti yang ia lakukan setiap tahun.

“Kita mengambil sikap tunggu serta lihat pada pembentangan Bajet 2008 pada 7 September ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

No comments: