08 August 2007

Surat& E-Mail: Bekas askar rayu diserap jawatan tetap

Berita Harian

SAYA mewakili bekas anggota tentera merayu agar jabatan kerajaan menyerapkan kami sebagai kakitangan tetap. Hanya dengan cara itu kami dapat menikmati pelbagai kemudahan serta keistimewaan seperti kakitangan awam lain.

Kami meminta kerajaan menimbang rayuan ini sebagai membalas jasa kami sebagai anggota tentera sebelum ini.

Selagi kami bekerja secara kontrak, selagi itulah masa depan kami tidak terbela sepenuhnya. Itupun selepas berhempas pulas kami mencari kerja baru diterima berkhidmat di majlis daerah kira-kira tiga tahun lalu.

Adalah diharapkan rayuan kami mendapat perhatian pihak atasan dalam angkatan tentera dan sejajar dengan semangat sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara, kebajikan bekas anggota tentera tidak diabaikan.

BEKAS TENTERA,

Baling, Kedah.

No comments: