20 July 2007

Persoalan isu gaji guru belum dijawab

Berita Harian

SAYA terbaca kenyataan Timbalan Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam Berita Harian pada 16 Julai lalu mengenai isu kerugian yang dialami guru melanjutkan pelajaran (DG41).

Dalam kenyataan itu pelbagai perkara disentuh beliau, namun berdasarkan kenyataannya ada beberapa perkara tidak tepat dan boleh menimbulkan persoalan. Antaranya:

Beliau menyatakan guru siswazah berpeluang menjawat jawatan Jusa C.

Persoalannya berapa banyak jawatan Jusa C dalam perkhidmatan pendidikan? Bagaimana guru siswazah yang ada di sekolah rendah? Bolehkah mereka menjadi pengetua cemerlang?

  • Guru siswazah boleh melanjut pelajaran sehingga ke peringkat PhD.

    Walaupun guru itu berkelulusan PhD, dia tidak mendapat apa-apa kenaikan gaji sekiranya dia terus berada di sekolah. Demikian juga guru yang berkelulusan sarjana. Gaji dibayar hanya berdasarkan ijazah pertama.

  • Guru berkelulusan PhD boleh diambil bertugas di institut pendidikan.

    Memang betul tetapi persoalannya ialah apakah gred yang ditawarkan? Saya ada membaca iklan jawatan kosong bagi jawatan pensyarah institut perguruan dan gred yang ditawarkan hanyalah gred DG41. Tajuk borang permohonan itu adalah ‘Permohonan Jawatan Pensyarah PPPS Gred DG41 Institut Perguruan Malaysia 2007’.

    Mengenai kenaikan gaji tahunan pula, beliau menyatakan kenaikan gaji tahunan PPPS lebih tinggi berbanding semua gred dalam PPPLD. Saya berpendapat beliau tidak membuat kajian terlebih dulu sebelum membuat kenyataan itu.

    Kenaikan gaji tahunan PPPLD DGA32 lebih tinggi berbanding PPPS. Contohnya, berdasarkan pelarasan gaji baru DGA32 P1T1 RM2,416.06, P1T2 RM2,514.37, kenaikan RM98.31, manakala DG41 P1T1 RM1,695.85, P1T2 RM1,786.30, kenaikan RM90.45. Persoalannya sekarang, siapa yang tidak dapat kejar siapa?

    GURU PRIHATIN,
    Pahang.
  • 10 comments:

    Anonymous said...

    Cadangan tambahan :
    1. Berikan anugerah kenaikan sekurang-kurangnya 6 tangga gaji bagi guru DGA29 yang telah melanjutkan pelajaran secara PJJ dan dilantik ke DG41, khususnya bermula 01.01.04 (sama tarikh dengan kenaikan secara time based (karut) guru-guru DGA29 ke DGA32.
    2. Memberi sekurang-kurangnya 5 tangga gaji sebagai anugerah usaha mereka melanjutkan pelajaran untuk pringkat Ijazah Lanjutan (Master / PhD).
    3. Membuka peluang menjawat jawatan Penolong Kanan dan Guru Besar bagi guru-guru DG41 (PJJ)yang berada di sekolah rendah.
    4. Kenaikan ke DG44 dan seterusnya tanpa had tempoh khususnya bagi mereka yang telah berkhidmat 15 tahun dalam pendidikan ( berbanding sekarang terpaksa tunggu 10 tahun).
    5. Menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani isu-isu perkhidmatan dan perjawatan untuk guru-guru PJJ DG41.

    Terima kasih.

    Anonymous said...

    Saya pun setuju dengan persoalan isu gaji guru belum dijawab.
    Saya juga salah seorang guru 29/41 yang terlepas 32 yang sepatut dapat tahun 2008.Jika dikira saya berkhidmat dalam PPPLD 9 tahun dan dalam 41 , 2 tahun. Gaji sekarang baru Gred 41 PIT6 RM2148 , kawan 32 yang sambung PJJ pulak dah RM2500/+++ . Kalau kira tak terkejar lah..sebab mereka pun akan dapat 41 juga dalam masa 1-2 tahun.
    Nak tunggu 44 pun lambat lagi.. bunyi je PPPS41 tapi gaji rendah..jauh lebih rendah dari 32
    Cik Siti Wan Kembang

    Anonymous said...

    Saya juga bersetuju dengan masalah ini. Saya juga adalah guru sekolah rendah DG41. Disebabkan jurang gaji yang ketara dan tidak berpihak kepada DG41,maka ramai guru dikalangan rakan sejawat saya TIDAK MAHU MELANJUTJAN PELAJARAN mereka untuk peringkat ijazah sarjana muda dengan alasan mereka lebih senang dengan gaji sekarang dan jika melanjutkan pelajaran mereka terpaksa dibebani hutang tanggungan untuk yuran dan perbelanjaan di universiti. Hasilnya dengan lantikan guru DG41 mereka tidak memperolehi peningkatan dalam gaji mereka.Berbanding time based DGA32. Bebanan kerja masih lagi banyak dengan alasan gaji DG41 lebih tinggi sedangkan perbezaan dengan DGA29 adalah sekadar RM200 sahaja. Saya berpendapat isu ini perlu diketengahkan ,jika tidak target untuk memiliki 50% guru berijazah di sekolah rendah tidak akan tercapai.

    Anonymous said...

    Pandangan Saya Secara Peribadi.

    10 tahun dlm gred DG29. Kemudian dpt DG32. Wajarlah kerana sudah 10 tahun bertugas disekolah.
    Tidak sesuailah kepada guru yg sambung belajar cth baru berkhidmat 6 tahun then sambung belajar full time 4 tahun....alih alih nak dpt gred 32 atas alasan 10 tahun di gred 29 . Ingat 4 tahun terakhir tu anda tidak bekerja...anda tidak menguruskan kelas, sukan tahunan etc. Anda belajar bukan bekerja jadi tidak wajar diberi Gred 32.

    Perbandingan Skim Dg41 dgn Dg32 dalam beza antara kenaikan tahunan tidak sesuai kerana gred 32 adalah gred kenaikan pangkat manakala gred 41 itu adalah gred lantikan.

    Berbalik kepada graduate muda. Mereka ini wajar diberi peluang kerana mereka adalah frest-cream group. Cemerlang SPM terus masuk kos persediaan terus buat TESL di Indiana misalnya ataupun terus ke IPTA awam dlm pelbagai disiplin.
    Mereka inilah wajar diutamakan dalam kenaikan Gred bukannya graduate laluan khas seperti program pensiswazahan guru, PJJ,KDP dan sebagainya.

    Tetapi kepada guru yg 10 tahun disekolah kemudian buat ijazah, mereka ini wajar dilantik dahulu ke Gred 32 kemudian barulah diserap ke gred 41

    Pengalaman; kadangkala tidak sesuai dirujuk kerana yg gred 29 biasanya akan di posting ke sekolah menengah.

    Cadangan memberi 5 tangga gaji kepada master/PhD tidak sesuai kepada kumpulan gred lantikan DG41 kerana membawa impak mendalam pada sekolah kerana guru asyik nak ke Universiti pada petang jumaat dan sabtu dan sekolah akan suram dengan mempunyai guru yang sebok belajar dari bekerja.
    Pandangan saya berikan tangga gaji 2 kenaikan untuk master dan 3 kenaikan untuk PhD tetapi kepada gred kenaikan pangkat sahaja. Kerana motivasi golongan ini untuk kembali menimba ilmu.
    #catatan: gred kenaikan pangkat angka genap spt 32, 44,48, 52,54
    gred lantikan ganjil : 29, 41, 45

    sekian terima kasih

    boi/kamsis c/1990

    Pusat Kegiatan Guru Benut said...

    Macam mana pulak gred 41 yang baru mengajar 3 tahun dok komplain gaji sikit dari orang gred 32 dan 34 yang dah kerja lebih daripada 12 tahun...Layak ker mereka komplain. Satu lagi Guru A naik ke 41 pada tahun 7 perkhidmatan. Makna dapat gaji naik sikit, elaun lebih sikit. Guru B naik ke 32 lepas tahu ke 10. Makna gaji naik sikit elaun masih sama. Pastu cikgu B ni naik ke 34 mungkin 4-5 tahun akan datang..maknanya umur kerje dia adalah 15-16tahun....Balik semula pada guru A tadi....tahun 7 dah naik 41 pastu tunggu lagi 8 tahun naik 44. maknanya umur kerje baru 15 tahun Gaji elaun naik lagi....sebelum tu tak silap lah dah dapat pergerakan free satu mata....pastu dapat tambahan 2 tahun penggalam (3tahun=1 tahun)maka bukan 15 tahun jadi 13 tahun dah boleh dapat 44. Maka gaji hang akan naik lebih tinggi dari sokongan ni..tah lah....kalau tak slaah kira lah...sebab math aku dulu 7....takut salah kira tolong betulkan. ALHAMDULILLAH

    Unknown said...

    tak payahlah nak menyalak di mana-mana memang dia orang tak nak ambil peduli tentang guru lebih-lebih lagi dg2941..say lantik dg29 1993 , lantik dg41 2003 tak ada ape ape pun kawan saya lantik 2002 tak ada ape ape pun dan ada yg dah 14 tahun dlm dg41 tak dpt juga dg 44 dan yg paling sedih gpk hem saya dah langgar dinding dg44 masuk 5 tahun... susah nak cakap cakap banyak nanti dituduh pembangkang doa sajalah cikgu sama ada kita berjaya atau dia org yg lingkup... sebenarnya kesatuan kita tak cukup kuat dan tak bersatu ahli ramai dan kesatuan juga banyak apalah salah buat satu kesatuan sahaja...bila berpecah senang dikotak katik kan...rakan di jabatan lain selain pendidikan tak payah tungggu lama dah naik ke dg44 dan dg48..nasiblah cikgu pelajar bodoh kita juga yg kena...duit short kita kena siasat..murid tak bayar yuran telinga kita kena jerit

    Anonymous said...

    Selagi masalah dg2941 tidak selesai, selagi itulah semangat mengajar sudah hilang. Mangsanya ialah murid sekolah. Ini bukan soal ikhlas atau tidak tetapi gaji guru yang sambung belajar telah dianiaya dgn teruk sekali. Ingat menteri pelajaran masa itu menyuruh meningkatkan diri dengan menyambung belajar di U. Bila menteri pelajaran bertukar, lepas tangan..... begitu la seterusnya. Lebih2 lagi isu kenaikan gaji 15% dan 25%. Pengumuman yang tidak dirancang dgn betul.

    Anonymous said...

    Hey......kerja jak lah....syukur dapat kerja.kalau kamu di indon gaji guru baru 25 ringgit sehari...syukurlah...kamu di malaysia.itu pun banyak kelebihan daripada kami di indon.kamu tahu kah yang menggubal tu manusia..bermaksud tidak semua yang sempurna..melainkan allah...lain lah yang buat skel gaji tu sempurna....

    gurubesar lama said...

    kalau tak cukup gaji guru aku ingat kita letak jawatan, nanti mengajar pun jadi buat kerja haram sahaja...menipu, malas, anak murid bodoh kita kena tanggung dosa kemudian...guru sudah tidak semulia dulu...pasal guru lemah dan lembab...

    torpedo said...

    sekarang gaji guru dah naik...apa nak cakap...aku pkr pun dapat rasa juga ...sabarlah sikit...kerja kuatla bantu anak bangsa..janganla buat direct selling je..balik malam ..esok ngantuk..