Cara terbaik memanfaat kenaikan gaji
Berita Harian
Oleh Rusinah Siron
BERMULA minggu depan, kira-kira 1.2 juta kakitangan kerajaan akan menikmati pertambahan pendapatan daripada gaji bulanan mereka berikutan keputusan kerajaan menaikkan gaji dan elaun penjawat awam mulai bulan ini.
Sebahagian pekerja menerima kenaikan gaji dan beberapa imbuhan serta insentif rentetan daripada kenaikan gaji itu sudah berkira-kira untuk membeli itu dan ini, menukar kereta dan menokok tambah barang rumah dan perhiasan diri yang selama ini sudah lama tidak ditukar. Ada juga yang berkira-kira untuk menukar jam dan kasut berjenama dan telefon bimbit.
Peniaga pula memasang strategi jualan dan promosi besar-besaran untuk memikat hati pembeli. Ketika inilah senyuman mereka semanis gula dengan pelbagai strategi jualan ‘ambil dulu, baru bayar’, ‘jualan penghabis stok’ dan ‘jualan gudang’ dengan diskaun dan baucar jualan yang hampir melunturkan hati pembeli yang baru menerima kenaikan gaji ini.
Sedarkah kita bahawa kenaikan gaji diterima ini adalah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan prestasi kerja dan produktiviti dalam membina kehidupan lebih efisien. Soal pengurusan kewangan perlu menjadi fokus utama kepada pekerja dalam membina kehidupan lebih berkualiti kesan daripada kenaikan gaji.
Jika keluarga kakitangan awam berfikir secara rasional dan profesional mengenai pengurusan kewangan keluarga dengan efisien, keluarga itu akan dapat menikmati pengurusan hidup lebih berkualiti dan menikmati kenaikan gaji dengan lapang dada.
Tetapi disiplin untuk menyimpan dan membuat tabungan memerlukan ketahanan diri yang kuat dan secara konsisten. Cuba bayangkan jika tahun ini keluarga itu menerima kenaikan gaji dan menyimpan secara konsisten sebanyak RM600 sebulan, maka jumlah simpanan keluarga itu dalam masa 10 tahun daripada sekarang iaitu pada 2017 yang akan mencecah RM60,000 tidak termasuk dividen dan sebagainya.
Apabila menjelang usia persaraan bagi keluarga ini, sudah tentu tidak ada masalah kewangan yang meruncing kerana ada simpanan yang kukuh, ditambah lagi dengan wang pencen dan insentif diberikan pada kakitangan awam.
Dengan demikian, mulakan mengurus kewangan diri dan keluarga dengan efisien dan efektif serta ambil kesempatan daripada kenaikan gaji yang bakal diterima sebagai satu peluang dan landasan untuk menyimpan di tengah-tengah kehidupan yang semakin mendesak dengan kos hidup semasa yang semakin meningkat.
Satu lagi cara mengurus kewangan secara efisien adalah menggunakan sebahagian kenaikan gaji itu untuk mengurangkan kos hidup semasa, terutama dari segi makan dan pakai. Contohnya dari RM600 kenaikan gaji kumulatif, gunakan RM200 untuk membeli peralatan bagi menanam sayuran sekeliling kawasan rumah, walaupun tinggal di kawasan rumah pangsa masih boleh bercucuk tanam dalam pasu dan sebagainya.
Isteri pula boleh membeli mesin jahit untuk menjahit baju suami dan anak bagi menjimatkan perbelanjaan membeli baju, terutama menjelang Hari Raya. Pihak suami dan isteri perlu membeli secara efisien bagi tujuan mengurangkan kos kehidupan semasa bukan membeli dan menambahkan beban kehidupan.
Kenaikan harga barang keperluan semasa mesti dijadikan perhatian serius bagi keluarga yang gemar makan di luar dan membeli-belah barang yang tidak perlu. Tambahkan kualiti hidup keluarga dengan memasak dan berlibur di rumah bersama keluarga daripada menghabiskan masa dan wang di luar.
Bayangkan wang RM100 yang digunakan untuk makan di restoran makanan segera boleh digunakan membeli barang dapur untuk memasak makanan lebih lazat, bersih dan berkualiti. Cara itu lebih menjimatkan kerana lebihan bahan-bahan mentah itu boleh disimpan dan digunakan untuk santapan keluarga pada hari berikutnya.
Ketika semua kakitangan awam khususnya yang cukup gembira menerima kenaikan gaji ini diharapkan dapatlah mengurus kewangan diri dan keluarga dengan lebih efisien agar kenaikan gaji memberi manfaat ke arah membina kehidupan lebih berkualiti dan mampu meningkatkan produktiviti kerja dan menjurus kehidupan keluarga lebih selesa.
Setiap pekerja perlu memfokuskan minda untuk membuat simpanan dan tabungan. Elakkan menambah perbelanjaan sedia ada dengan membeli kereta dan perabot baru dan pelbagai barangan baru yang akan menokok tambah hutang. Jika keadaan ini berlaku, tidak akan ada makna nilai tambah daripada kenaikan gaji itu
Penulis ialah Pensyarah Kanan
Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan, Uniten

No comments:
Post a Comment