16 July 2007

Guru DGA41 dakwa dianiaya

Berita Harian


KUALA LUMPUR: Lebih 50,000 guru bukan siswazah yang dinaikkan gred DGA41 selepas menamatkan pengajian peringkat ijazah, mendakwa dianiaya kerana menerima gaji lebih rendah berbanding guru bukan graduan.

Malah, mereka juga dikatakan kehilangan status kekananan kerana terpaksa meletak jawatan dalam skim lama sebelum dilantik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Anuar Ibrahim, berkata guru terbabit sebenarnya mengalami kerugian berbanding rakan mereka yang tidak menyambung pelajaran.

Katanya, guru berkhidmat hampir 10 tahun dan menyambung pelajaran tidak layak mendapat kenaikan pangkat ke gred DGA32 secara time based (tempoh masa) yang biasanya diperoleh selepas 10 tahun perkhidmatan.

“Masalahnya selepas dilantik dalam skim siswazah (DGA41), gaji mereka jauh lebih rendah berbanding guru yang tidak sambung belajar, tetapi mendapat kenaikan gred DGA32 secara time based, sedangkan tempoh perkhidmatan kedua-duanya sama.

“Perbezaan itu lebih ketara kerana guru DGA32 mendapat kenaikan gaji sebanyak 25 peratus berbanding 15 peratus bagi DGA41 bermula bulan ini,” katanya kepada Berita Harian.

Anuar berkata, keadaan itu memberi kesan negatif terhadap usaha Kementerian Pelajaran untuk menggalakkan semua guru sekolah menengah dan sekurang-kurangnya 50 peratus guru sekolah rendah memiliki ijazah menjelang 2010.

“Guru yang dilantik ke skim siswazah selepas begitu lama berkhidmat dalam skim terdahulu, juga akan kehilangan status kekananan apabila dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Apabila JPA tak cerdik dan kerajaan gopoh.Sambung belajar ialah perkara paling bodoh pernah saya lakukan.Saya bukan irihati dengan kawan yang naik DG32 tetapi kenapa nasib kami yang sambung belajar ini tak diperhatikan oleh JPA dan kerajaan.Munasabah ke periksa Dua jam dan dapat aras 3, 3 dan naik pangkat dan gaji besar. Orang yang sambung belajar 4-5 tahun naik DG41 dan gajinya tertinggal jauh.Saya dilantik DG6 pada 1991 dan sahabat dilantik 1995. 2004 saya dilantik DG41. Olehkerana saya dah lulus kursus induksi 1994 lagi maka saya terus sah jawatan 1.1.2005. 28.12.05 saya ambil PTK dan dapat aras 3,3. Sahabat saya yang dilantik 1995 tadi pun ambil PTK DG29 dan dapat aras 3,3. Dia naik pangkatDG32 dan gaji lebih besar dan saya pun lulus periksa sama macam dia tapi dapat apa? Begitulah cacmerbanya PTK. Itu tak masuk lagi kerja jaga periksa dan menanda kertas SPM dan PMR. Patutke saya yang pangkat kecil jadi ketua dan yang DG 44 jadi pengawas saja. Patut ke DG44 cuti hujung tahun dan saya tak cuti kerana ketua jaga periksa dan kemudian menanda. Saya boleh tolak semua kerja itu tapi tak sampai hati dengan anak didik. Hanya kerana marah kementerian, JPA dan kerajaan takkan nak aniaya budak-budak.Bahasa mudahnya orang yang tahu dan boleh buat kerja hanya bagi kerja saja. Bagilah pangkat dan gaji besar pada orang yang lulus PTK saja. Kalau tak bagi naik pangkat pun kerana belum cukup 10 tahun DG41 bagilah gaji sama dengan kawan di DG32 pun ok. Adillah sikit JPA.

guru said...

korang kerja tak banyak mana bising pasal gaji. Jika korang pikir semua tak adil nilai diri tu kerja setimpal ke dengan gaji. Contoh guru dg29 lebih banyak buat keje berbanding dg41? padahal gaji banyak lg yg 41.