11 May 2007

Umur persaraan memang patut dilanjutkan

Oleh Kakitangan Kerajaan
Malaysia Today

Kenapa umur persaraan patut dilanjutkan? Mari kita lihat dari sudut ceritera yang berlaku di satu organisasi kerajaan yang bernama Lembaga Getah Malaysia. Organisasi ini diterajui oleh Datuk Dr. Kamarul Bahrain yang juga boleh digelar Bapa Kronisme juga Bapa Hasad Dengki.

Maka diceriterakan seperti di bawah:

1) Pembelian Toyota Fortuner oleh Datuk untuk kegunaan rasmi yang melebihi kelayakan. Pajero sudah ada, Perdana pun ada. Nampaknya Datuk ini tamak haloba. Apabila pencen bolehlah masuk tender beli. Betul Datuk?

2) Penghantaran anak angkat kesayangan ke TARRC, London untu penempatan sementara dan seterusnya menyambung pelajaran di UK. Anak angkat Datuk ini terlibat dalam penyelewengan pembelian besi untuk acuan dan kemudian dijual atas angin untuk dapat sedikit duit hot chocolate. Sayugia diingati besi adalah dikategorikan sebagai 'consumable' di Unit Kejuruteraan dan Rekabentuk Produk.
Baguslah Datuk, lain kali kalau ada pegawai makan rasuah kenakan tindakan tatatertib naik pangkat jadi Pengarah Wilayah.

3) Penghantaran adik ipar (ini betul-betul adik ipar Datuk, boleh periksa kalau tidak percaya) yang telah melebihi had umur untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD di UK. Untuk apa Joe Labu yang jaga server ambil PhD? Ada logik akalkah Datuk? Penyelidikan apa yang hendak dibuat lepas ini Datuk? Program menyemai celik IT di kalangan penoreh getah yang seterusnya Datuk punya kroni juga yang akan bekalkan komputer? Bagus benar misi Datuk ini.

4) Kenaikan pangkat anak angkat ke Gred 52 yang tidak memenuhi kriteria dan syarat. Tiada sumbangan, yang pasti – pegawai ini adalah anak didik Datuk ketika menjadi Ketua Unit dahulu. Kira Jane Labu ini cemerlang bab PTK saja.

5) Mengadakan sesi World Tour untuk mengutip sebanyak mungkin tuntutan perjalanan sebelum pencen wajib. Menunggu tandatangan Datuk pun boleh sampai setahun. Siap berjanggut menunggu. Tidak engapalah Datuk, lepas ini boleh buat terjunan sebagai saintis getah pertama di Kutub Utara atau Selatan pulalah Datuk.

6) Penghalangan pegawai menghadiri seminar di luar negara. Tidak perlu kemukakan cadangan, tidak perlu buat apa-apa, Datuk saja yang tahu yang mana relevan dan penting. Datuk saja yang mahu hadir sebab yang lain semua pegawai hingusan.

7) Penahanan kenaikan pangkat pegawai-pegawai yang memenuhi kriteria sebagaimana di dalam garis panduan JPA. Ini sudah kira hasad dengki peringkat tertinggi Datuk. Masa Datuk menangis di tepi longkang 260, Jalan Ampang sebab tidak dapat naik pangkat 20 tahun dulu, sudah lupa Datuk?

8) Kenaikan pangkat kawan-kawan yang tidak tahu apa-apa sumbangan ke tahap VK 7. Ini JUSA yang tiada jawatan tetap. Sama dengan ranking Prof kalau di universiti. Kalau macam Dr. Yeang Hoong Yeet (sila Google search) bolehlah dikira sebagai sumbangan besar yang melayakkan VK 7. Tapi Datuk, mereka ini kawan-kawan, masakan mahu lupakan, kurang-kurang dapat mereka naik Perdana, minyak percuma.

9) Pengesahan jawatan anak jiran yang langsung tidak tahu bekerja. Macamana Datuk, Joe Labu ini ada ijazah dari Open University, tidak tahu tulis laporan, tidak tahu buat ’presentation’. Pegawai lain begitu susah Datuk mahu sahkan. Suruh buat pembentangan di seminar dan lain-lain syarat. Tapi bagi Joe, (sebab emaknya melobi pada isteri Datuk) Datuk sudah takut.

Jadi, adakah patut umur persaraan dilanjutkan? Memang patut, supaya lebih ramai lagi Bapa Kronisme dan Hasad Dengki sehebat Datuk Dr. Kamarul Bahrain dilahirkan untuk terus memporak-peranda dan menghuru-harakan sistem organisasi kerajaan.

Umur persaraan yang dilanjutkan sehingga 60 tahun ini akan memberi peluang kepada lebih ramai lagi JUSA (Baca: Jutawan Sektor Awam) yang memang tidak mahu pencen-pencen dan boleh hidup semewahnya. Paling penting sekali, mereka hanya tahu main layang-layang, bersukaria sesuai dengan suasana di negara dunia ketiga yang mana – great salary comes with less responsibility. Apa-apa jadi, pegawai bawahan kena dulu. Jadi marilah kita menyokong pelanjutan usia bersara sesuai dengan pengurangan akal kita.

No comments: