'Berilah peluang menjadi pensyarah di universiti awam'
Utusan Online
SAYA rasa terpanggil untuk mempertahankan diri dan mereka yang senasib dengan saya. Saya adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana di salah sebuah universiti awam tempatan dan juga telah diterima sebagai calon PhD di salah sebuah universiti awam di negara ini.
Oleh kerana saya amat berminat dalam bidang Penyelidikan dan Pengajaran, saya telah memohon untuk menjawat jawatan pensyarah di beberapa buah universiti awam yang baru ditubuhkan, tetapi ia mendukacitakan kerana permohonan saya tidak dapat dipertimbangkan atas alasan 'Peraturan: Pemohon mesti mendapat CGPA 3.0 ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda'.
Memandangkan CGPA Ijazah Sarjana Muda saya di bawah 3.0, permohonan saya terus ditolak dan tidak boleh dipertimbangkan.
Peraturan ini seolah-olah menutup terus peluang saya dan orang yang senasib dengan saya.
Saya percaya ramai lagi yang senasib dengan saya sudahpun berjaya mempunyai kelayakan PhD dan lebih berjaya berbanding segelintir kakitangan akademik di universiti awam di Malaysia. Malah ada kakitangan universiti sendiri tidak mempunyai kelayakan akademik seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran.
Saya yang sememangnya berminat dalam bidang Penyelidikan dan Pengajaran ini sanggup mengharungi pelbagai rintangan untuk memperoleh Ijazah Sarjana dan seterusnya menyambung ke peringkat Ijazah Kedoktoran tetapi tidak boleh langsung dipertimbangkan untuk menjadi ahli akademik universiti atas alasan CGPA Ijazah Sarjana Muda saya di bawah 3.0.
Bagi saya Ijazah Sarjana Muda saya sudah berlalu hampir tiga tahun malah saya telahpun menyempurnakan program Ijazah Sarjana dan akan meneruskan ke peringkat Ijazah Kedoktoran, tetapi kenapa Ijazah Sarjana Muda saya masih dipersoalkan?
Saya amat berharap pihak yang berkenaan dapat meneliti semula peraturan yang telah dibuat agar semua yang berkenaan diberi peluang untuk memberi panduan dan pengajaran kepada generasi muda kita.
AHMAD
Seri Kembangan
3 comments:
Kepada AHMAD dari Seri Kembangan,
Saya boleh memahami situasi saudara. Bagi saya, kepercayaan "trust" orang lain pada sendiri tidak datang dengan "free". You have to work hard to get others trust on you.
I think maybe you can consider to publish several good ISI indexed journal as a prove of your capability, before gaining people trust.
sekian
salam,
saya tertarik dengan entry ni..
semuanya kena berusaha dan terserah kepada rezeki masing-masing..
rakan-rakan saya, ramai yang memperoleh PMK 3.0 pointer dalam Ijazah Sarjana Muda, tapi masih belum mendapat kerjaya dan masih berusaha. Jadi, saya rasa tak perlulah untuk pertimbangkan mengenai hal tersebut..
teruslah berusaha, janganlah asyik menuding jari kemana-mana pihak.
sekian.
salam, saya ingin bertanya.. apa maksud ijazah kelas kedua bawah? kalau ijazah sarjana kedua atas untuk 3.00 ke atas, bagaimana pula dengan ijazah sarjana kedua bawah? terima kasih
Post a Comment