Mohon kerajaan semak lagi gaji
Utusan Online
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Baru saja enam bulan berlalu selepas kakitangan kerajaan menerima kenaikan gaji besar, CUEPACS kini menyiapkan satu lagi memorandum untuk semakan kenaikan gaji sekali lagi.
Katanya, CUEPACS sedang menyediakan memorandum meminta kerajaan melakukan semakan gaji sekali lagi dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Ini salah satu rancangan jangka panjang kami. Kami akan bincangkan perkara ini secara menyeluruh di kalangan kita dulu sebelum mengemukakan memorandum kepada kerajaan.
“Permintaan ini tidak begitu besar, tetapi perlu memandangkan kenaikan sara hidup yang dijangkakan,” katanya kepada pemberita pada Konvensyen Tiga Tahunan CUEPACS ke-24 di sini, hari ini.
Dari seramai 1.2 juta kakitangan awam, 1.1 juta adalah anggota kesatuan yang bergabung dengan CUEPACS, badan naungan bagi kesatuan-kesatuan sektor awam.
Omar berkata CUEPACS juga meminta kerajaan menyelaraskan tangga gaji berasaskan pengalaman kakitangan awam.
Menurut beliau, ini penting kerana pengalaman kerja kakitangan merupakan aset penting kepada jabatan atau agensi, tempat mereka bekerja.
– Bernama
No comments:
Post a Comment