29 November 2007

PhD bukan syarat naikkan pangkat

Berita Harian

MERUJUK kepada maklum balas daripada Kementerian Pengajian Tinggi kepada ‘Pensyarah PhD DS45’ yang disiarkan pada 16 November lalu. Saya tidak setuju dengan dasar kementerian untuk menaikkan pangkat pemegang PhD DS45 kepada pensyarah kanan DS52.

Kenaikan pangkat seorang pensyarah ke pensyarah kanan bermakna seseorang itu mesti mempunyai kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 31 Tahun 2005).

Seseorang pensyarah tidak boleh dianggap sebagai mempunyai kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya hanya dengan memiliki PhD. Ia seharusnya diiringi dengan ‘curriculum vitae’ yang istimewa mutunya, seperti mempunyai beberapa penerbitan jurnal pada peringkat antarabangsa.

Masalahnya, ramai pensyarah berkelulusan PhD tidak mempunyai penerbitan sedemikian rupa. Mereka mungkin ingin menghujah mereka mempunyai banyak kertas pembentangan dalam persidangan tetapi kenapa tidak dapat diterbitkan dalam jurnal antarabangsa?

Jika diteliti nama pada kertas persidangan, begitu ramai yang menenggek di atas kertas akademik orang lain untuk mendapatkan pengiktirafan.
Pemilik PhD harus bersyukur kerana diberikan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara dan tidak mendesak untuk dinaikkan pangkat hanya beralaskan PhD. Mereka harus ingat bahawa biasiswa diberikan tanpa sebarang persaingan.

Mungkin disebabkan ketiadaan persaingan, maka ramai daripada mereka gagal menghabiskan PhD dalam jangka masa yang diperuntukkan, yakni tiga tahun dan memerlukan pertambahan masa sehingga satu atau dua tahun. Dengan pertambahan elaun sara hidup sebanyak dua kali ganda mulai tahun ini, seseorang yang berada di United Kingdom, misalnya, menerima RM14,000 sebulan di samping gaji lumayannya sebagai pensyarah.

Ringkasnya, pensyarah berkenaan membelanjakan wang rakyat sebanyak lebih setengah juta untuk mendapatkan ijazah PhD di United Kingdom. Tambahan pula, kebanyakan mereka yang belajar di luar negara bekerja separuh atau sepenuh masa kerana mereka tahu bahawa Kementerian Pengajian Tinggi membenarkan mereka melanjutkan masa pengajian, sekurang-kurangnya setahun lagi dengan gaji penuh.

Jika pensyarah yang baru mendapat PhD dalam umur yang begitu muda tanpa sebarang kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan dinaikkan pangkat ke pensyarah kanan, maka telah berlaku ‘triple award’ di mana mereka diberikan dua kali ganjaran untuk PhD.

Dapat biasiswa tanpa persaingan adalah ‘award’ pertama. Bila mereka ada PhD, universiti menaikkan mata gaji mereka untuk tiga tangga. Ini adalah ‘award’ kedua. Bayangkan seorang pensyarah berada di tangga gaji T3 dalam DS45 ketika pergi belajar di luar negara selama empat tahun.

Bila balik, dia berada di T10 (termasuk tiga pergerakan gaji). Kemudian, universiti pula menganggap mereka mempunyai kecemerlangan akademik yang istimewa mutu hanya semata-mata kerana PhD dan kemudian dinaikkan pangkat ke pensyarah kanan DS52 dengan gaji permulaan RM4,000 lebih.

Ini adalah ‘award’ ketiga. Ramai yang bergelar pensyarah kanan diketawakan oleh pensyarah luar negara sebab bagi mereka, bila bergelar kanan bermakna mereka ini telah banyak menulis dalam jurnal antarabangsa.

PEMERHATI KANAN,

Kuala Lumpur.

39 comments:

Anonymous said...

Mungkin saudara adalah seorang PTD yang tidak berpuashati dgn kenaikan pangkat mereka.

Anonymous said...

Saudara berhujah tidak berlandaskan fakta. Elaun sara hidup pelajar PhD di UK tidaklah sampai RM14,000 sebulan.
byk universiti UK misalnya, sudah menetapkan bahawa untuk mendapat PhD, pelajar mesti memiliki penerbitan dalan journal dan persidangan yg mempunyai faktor-impak yang tinggi. Kalau tak ada journal, universitu tak beri PhD.

Thus, it is fairly reasonable to conclude that PhD graduates from UK have
publications in high-impact journals and proceedings.

Oleh yg demikian, kenaikan pangkat mereka ke DS52 selepas dapat PhD adalah wajar dan adil, berlandaskan hujah saudara iaitu syarat perlantikan ke pangkat berkenaan ialah penerbitan yg berkualiti.

Sekian.

Anonymous said...

Bukannya semua fakta yang anda tulis adalah benar. Hanya sesiapa yang pernah buat Phd tahu betapa susahnya untuk mencapai tahap ini.
untuk mendapat Phd dalam kejuruteraan adalah 10 kali lebis susah drp mendapat master of engineering. Contohnya di jepun, untuk mendapat Phd, sekurang kurangnya 2 jurnal, 1 international conference, 1 national conference adalah diwajibkan. Kebanyakan graduan Phd dijepun mempunyai lebih daripada itu. Berkenaan dengan persaingan untuk biasiswa pula, Adakah anda tahu bahawa untuk dilantik sbg pensyarah atau tutor, kelayakan akademik yang diperlukan adalah sekurang2nya kelas dua tinggi. Itu sudah memadai untuk mendapat biasiswa. Akhir kata, sebelum anda menulis seharusnya anda cuba ambil Phd di universiti terkemuka dahulu dan rasa peritnya. man_jepun

Anonymous said...

Saya pun tidak bersetuju 100% dengan hujah saudara.

(1)Sebab tiada persaingan, ramai ambil sikap sambil lewa untuk tamatkan PhD. Komen ini kurang tepat. Cuma segelintir mungkin. Akuilah PhD bukan macam buat Ijazah pertama, kena tumpukan sepenuh jiwa dan raga, banyak berdoa dan selebihnya Allah tentukan. Banyak faktor yang menentukan kejayaan PhD. Ianya terlalu subjektif. Masa 3 tahun memang amat singkat untuk PhD, terutamanya di negara macam US, Australia/NZ. Malah ada yg menganggap kalau PhD 3 tahun tidak mencukupi. Banyak Universiti di sana awal-awal dah tetapkan 4 tahun, tapi kita diberi juga 3 tahun, dah tentu kena lanjutan 1 tahun.

(2)Di negara seperti USA, ada kalanya pelajar PhD memang kena bekerja sebagai TA/RA dan diberikan kadar yuran 'local', 5x lebih murah daripada yuran pelajar luar yang sepatutnya dibayar oleh sponsor. Ini sebenarnya memberikan penjimatan kepada negara. Persoalannya, jangan disebabkan kerja, tak ada masa nak buat PhD. Pada saya, tiada yang mengabaikan PhD disebabkan mahu himpun duit dengan bekerja. Tak semua juga bekerja. Yang bekerja pun sebab desakan kewangan, terutamanya sebelum kenaikan elaun. Gaji di Malaysia pun saudara kena faham, bukan banyak mana dan hanya gaji pokok yg dapat. Yang banyak tak habis disebabkan faktor lain, bukan sebab kesibukan kerja.

(3) Kenaikan ke Pensyarah Kanan bukan automatik selepas mendapat PhD. Yang ini memang jelaslah, bagi yang sudah mendapat PhD pun mesti tahu, tidak pernah diamalkan di mana-mana Universiti luar yang mereka belajar pun. Perlu melalui proses penilaian kerana bukan penerbitan Journal semata-mata perlu dilihat. Banyak faktor seperti Usaha Penyedilikan, Kepimpinan dan Sanjungan Akademik (jadi Visiting Scholar, etc), Perundingan, Pengajaran (Teaching) dan Sumbangan kepada masyarakat juga perlu ada. Ini barulah melambangkan 'senior' lecturer. Kalau ditertawakan orang luar, Universiti yang berikan Senior lecturer tu perlu nilai semula amalan kenaikan pangkat mereka.

(4)Nilai elaun. Anda bercakap dalam ringgit Malaysia dan sedangkan di luar negara digunakan matawang luar negara. Memanglah nampak banyak. Contoh di Australia, sewa rumah satu bilik sudah mencecah AUD800 sebulan (RM3,200), nampak banyak, tapi itulah hakikat belajar di luar negara. Bayangkan sebelum kenaikan elaun, dengan elaun AUD1200 bagi mereka yang berkeluarga yang perlu membayar sewa rumah sehingga AUD1000 sebulan, memang tidak cukup. Selepas digandakan, barulah lega.

Sekian, terima kasih

Anonymous said...

Ini kenyataan org yang sgt dengki.

Anonymous said...

sebagai seorang pegawai kerajaan yang sedang mengharungi perit getir sebagai seorang pelajar PhD, saya amat tidak bersetuju dengan pandangan 'narrow' saudara. Allah s.w.t lebih mengetahui keperitan dan kepayahan seorang yang menuntut ilmu. saya setuju kita lebih banyak memohon keredhaan daripada Allah swt untuk memberi kita jalan menuu ilmu yang hendak kita capai. hanya orang yang melalui nya sahaja tahu akan kesusahan berkenaan. saya amat berbangga hari ini kerajaan menyatakan bahawa pensyarah yang ada PhD boleh dilantik ke 51. saya berharap dan berdoa kepada Allah swt agar kerajaan juga membuka jalan sedemikian kepada pegawai-pegawai lain dalam kerajaan yang telah memiliki phd.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat "Serios academician".

Kalau katakan journal adalah condition untuk kenaikan ke DS52, bagaimana dengan mereka yang hanya memiliki master, tetapi mempunyai paper publication yang baik.

Adahkah mereka sepatut diberi kenaikan pangkat juga?

Anonymous said...

In my case, my supervisor said that I don't have to publish anything to get a phd. He also said that 90% of the published materials (maybe in his field??) are rubbish. Why? People just want to publish to get promoted.He even said nowadays it's hard to find a decent reviewer for papers submitted to journals. Reviewers that asked the 'right' question.For a thesis, not quantity but quality is the measure. 100-120 pages thesis in engineering is enough.

Wisdom advice from an 'old school' Professor X-Cavendish & X-dean of IC.

Hope that I have the courage to follow his wisdom in today's material-orientated world when I get back to Malaysia.

Anonymous said...

To,

Anonymous said...
In my case, my supervisor said that I don't have to publish anything to get a phd. He also said that 90% of the published materials (maybe in his field??) are rubbish. Why? People just want to publish to get promoted.He even said nowadays it's hard to find a decent reviewer for papers submitted to journals. Reviewers that asked the 'right' question.For a thesis, not quantity but quality is the measure. 100-120 pages thesis in engineering is enough.

Wisdom advice from an 'old school' Professor X-Cavendish & X-dean of IC.

Hope that I have the courage to follow his wisdom in today's material-orientated world when I get back to Malaysia.



>>> I dun really agree with the statement "90% of the published materials (maybe in his field??) are rubbish". Because, there is always good journal in every area that means a lot. For example, for EE engineering, we have IEEE transsaction, ACM; for civil engineering, we have ASC journal. I think is a bit too much to claim 90% journal in IEEE, ACM, ASC and so on is rubbish. In fact, reviwing for an IEEE trans journal sometime can take up to 3 years. Unless your supervisor is one of the rare people in this world that can really publish high impact journal, such as Science and Nature, or some famous high impact journal editor, for engineering study, then he may have this vision. You should proud if your supervisor is one of them. In that case, getting a high impact paper is really " too easy" for him.

However, I agree that not every reviwer is a "decent reviewer", there is always "luck" element in getting paper to be published. I heard about a case that there is one article subbmited to an IEEE journal being rejected even through all the reviewer gives positive feedback. There are also case that paper being given bad feedback by reviewer at the first review, and at the end being published after several revison.

About thesis length, I strongly agree that is quality that make the different than the quantity. Besides, either a person getting master or PHD, do not really represent the quality of his/her work. If someone could really generalised a big range of problems by an equation or a framework in a simple way, and solve/analysis/ evaluate it comprehensively, i think that would definately be the best. In fact, from history, there are lot case people graduated from PHD with thesis length of 30++ pages. Again, now much people manage to do so. If we look back in our human history, Prof. Claude Shannon's master thesis has been claimed to be the most important master's thesis of all time(http://en.wikipedia.org/wiki/Claude_Shannon). About PhD thesis length, a very typical example is Prof. John Nash has introduced concept of "Nash Equilibrium" for his PhD, and his PhD thesis is just 30++ pages.

Anonymous said...

Thank you for your comments, commentator no 10. Yes, he did published some work in Nature.

But, my worries is that sometimes we are subjected to the syndrome 'publish or perish' phenomenon in today's highly business-like education system.Quotas for papers every year etc to get promoted. Yes, we need a certain quantitative yard-stick to separate the best from the mediocre.But as humans, survival instinct will push us maybe to just publish for the sake of increasing the no of papers we have or to fulfill the quotas? Or even putting names on papers we played little or no part at all? These are difficult questions as I think it lies entirely on one's conscience and attitude towards knowledge.


To be honest, I think if this is our mentality, quantity not quality will be the end result. Thus, will this be detrimental to our IPTA?

But, I am sure there are a few people who did actually fulfilled the quotas with honest good quality research and bravo to them!

Sorry if I veered of the main topic of the discussion.

Regards
Young Tutor

Anonymous said...

To Young Tutor,

Is great to work under a supervisor that publish work in nature. I personelly hope that i can someday work under the supervision of someone with that type of publication.

For me, i am curios to know how people could publish paper in Nature, Science. But, so far i never met someone like that. I think i am not ready yet now. Perhaps, i will start to look for those people as i ready someday.

I think we are quiet away from the original topic. Feel free to email me at researchmalaysian@yahoo.com for further discussion.

Just out of my curiosity, do you mind to give me your supervisor name, with sending to researchmalaysian@yahoo.com

Regards
Ccommentator no. 10

Anonymous said...

a orang yg post blgo ni? tak jwab pon?

Anonymous said...

Tau tak nak dapatkan PHD tu cemana? Ke main cakap je? Selidik lah dulu macam mana, sesorang yg nak "lulus" PHD mesti atau wajib ada international jurnal paper. Bukan satu atau dua..tapi lebih..nama tempelan2 yg selalu ada tu pun..jarang ada nama tempelan dlm mana2 publication utk PHD holder ni. Biasanya first name mestilah author tersebut studnt PHD sendri..aduihh..sengal la awk ni....

Anonymous said...

Pendapat saya, saudara berhujah panjang lebar macam mana pun intipatinya hanya satu. Semuanya kerana duit. Sememangnya Pemikiran tipikal rakyat Malaysia, dari dulu hingga sekarang. Segala-galanya kerana duit. Kerajaan memberi peruntukan untuk pensyarah membuat PhD adalah satu usaha yg patut kita puji. Untuk menaikan lagi taraf pendidikan dan mentaliti pelajar-pelajar kita supaya dapat berdaya saing. Bukan semudah itu kerajaan nak bagi duit sewenangnya kalau tiada kajian yg mendalam mengenai perlaksanaannya. Kalau saudara rasa pensyarah yg pegi buat PhD itu semua tiada kualiti, baik suadara saja yang pergi kalau saudara rasa, saudara lebih berkualiti dan lebih berhak. Senang sikit naik pangkat.

Setiap pelajar PhD yang pergi ke luar negara akan terima elaun yg suadara fikirkan tidak wajar. Saudara harus fikir, yang pergi buat PhD selalunya pelajar yang telah berkeluarga. Ada pasangan yang sanggup berkorban kerjaya yang bergaji lebih dari saudara semata-mata kerana ingin melihat pasangannya berjaya dalam akademik, kerjaya dan taraf kehidupan. Dengan elaun bantuan dari kerajaan, sememangnya tidak mencukupi buat pasangan yang mempunyai walaupun seorang anak. Saudara hanya berfikir kerajaan menghabiskan wang rakyat untuk membiayai pelajar ini. Dari sudut lain saudara tidak pernah meneliti, melihat dan berfikir bagaimana untuk mendapatkan taraf PhD ni. Ia Bukan sekadar jurnal, bukan sekadar persidangan, ia lebih dari itu. Seorang pelajar PhD perlu kuat dari segenap sudut. Perlu tabah, cekal dan memerlukan sokongan yang jitu. Walaupun saya hanya berkelulusan ijazah, tapi saya tahu bagaimana rasanya untuk mendapatkan taraf PhD ni. Sebabnya, isteri saya adalah salah seorang daripadanya. Dan saya telah mengorbankan segalanya semata-mata untuk memberi sokongan padanya bukan untuk bercuti ataupun bersuka ria. Kalau betul saudara adalah salah seorang kakitangan kerajaan, mungkin saudara sedang menghidapi sindrom 'PhD' juga. Cuba lah berhenti dari kerajaan dan bekerja dalam sektor swasta. Saya rasa baru sudara akan rasa bersyukur bekerja dengan kerajaan. Setiap apa yang kerajaan buat ada pro dan kontra. Hanya kita sebagai rakyat (walaupun bukan penyokong kerajaan pemerintah) harus berfikir bukan mengikut hati. So, kalau kerajan nak bagi kenaikan pangkat, biarlah. Ia juga merupakan satu motivasi bagi pensyarah ini dan kakitangan lain supaya lebih berusaha, dan bukanya lebih bercakap tapi habuk pun tak ada. Bukan kita yang akan menilai taraf akademik atau kecemerlangan Pensyarah PhD ini, tapi kualiti pelajar yang akan mereka keluarkan dari IPTA atau IPTS untuk berkhidmat kepada negara dan masyarakat. Tolak ketepi journal dan kertas persidangan, sebab ia hanya satu proses untuk upgrading. At the end, pengalaman dalam proses itu juga yang akan jadi satu pegangan. Kenaikan pangkat hanyalah satu reward.

Anonymous said...

WAHAI PEMERHATI KANAN @ TUAN PUNYA BLOG...

JANGAN HANYA MEMERHATI DAN MEMBERI KOMEN TAK BERASAS... AKU CABAR KAU SAMBUNG BELAJAR, AMBIL PHD DAN RASAKAN SENDIRI KEPERITAN NYA

LEPAS 4 TAHUN KAU BALIK BARU KAU BERSUARA, OK?

Obefiend Weiland said...

kenapa banyaks angat anonymous?

takkan belajar tahap PHD masih malu nak pakai nama sendiri di internet?

apa ni? come on la. kalau nak berhujah sila pakai nama sendiri la. baru lah nampak bukan kontol

Anonymous said...

Memang pendek akal ler penulis blog nie...ingat pakai RM ke untuk hidup kat UK..USA..kat negara luar yg mana nilai mata wang berganda-ganda dr RM..semua tu pakai currency negara tu laa bai!! kalau convert memang la banyak!!! dari satu dah nampak..betapa pendek akalnya anda :P

lepas tu dah baling batu..sembunyi tangan...haaa..apa lagi..jawab la hujah2 yg berderet2 kat atas tu!!!

Nak bandingkan apple to apple...bongok!! sebelum nak komen lebih-lebih..sila la keluar dulu dari Malaysia yg permai tu (katak bawah tempurung) cuba hidup dulu di negara luar...nak lagi power...ambil PhD sekali..lepas tu..baru boleh komen lebih-lebih...

setakat "PhD" (Perasaan Hasad Dengki) dan bergendang kosong jer....buat malu jer sebagai seorang pegawai kerajaan!! kalau semua berfikiran macam awak nie...hmmm...memang malang dan tak berkembang la badan kerajaan tu :P

Saya yang tak ambil PhD pun..leh pikir...ini kan pulak pegawai kerajaan macam awak yg "bijak pandai" tu...

Ada beran?????

Anonymous said...

I do respect all other comments here but honestly, I STRONGLY AGREE WITH PHD BUKAN SYARAT NAIKKAN PANGKAT. I, myself is a DS45 lecturer and to my surprise, the blogger has some good points. I found many UK PhD graduates lack of human and interpersonal skills. They don't even know how to speak English properly. No only that, some publications are totally rubbish with no contribution to the related field.

Anonymous said...

saya setuju yg phd bukan syarat utk kenaikan pangkat, kene ada publications semua..tapi, yg lain tentang penulisan penulis blog ni sya rasa semuanya adalah tuduhan tak berasas org yg tak ada phd, yg berlagak tahu mcm ne cabaran nk buat phd! i personally cabar penulis ni, datang ke Oxford University and try buat DPhil di sini, kita tgk dapat tak siapkan ur DPhil within 3 years, with publications. saya bukan nak riak, tapi dengan org mcm ni, kita kene ajar sket! sekian.

Mie said...

Janganla kata macam-macam kat orang yang buat PhD ni. Bukannya senang. Banyak yang terpaksa dikorbankan. Dah seminggu anak-anak makan maggi je sebab mak ayah sibuk buat 1st year report. Baru 1st year report pun dah susah, belum thesis lagi. Requirement setiap Suupervisor dan setiap universiti tak sama.
Alhamdulillah dapat elaun. Tapi kami tak la mewah. Kami pakai baju yang dibeli dari carboot sahaja. Kesihan kat anak-anak, pakai baju yang orang dah tak mau. Koyak pun, jahit dan pakai. Pinggan mangkuk pun sama. Tu belum lagi kutip barang-barang dari 'freecycle' dan belakang rumah orang lain. Elaun tu tak la banyak berbanding dengan kos kehidupan di sini.
Tapi kalau rasa nak jimat duit, tak perlu la hantar pelajar ke luar negara lagi. Belajar dalam negara sudahla. Tapi saya tengok peg. kerajaan yang banyak datang jalan-jalan ke luar negara ni. Konon-konon melawat pelajar, nak adakan usahasama tapi tengok diorang ni datang makan angin dan shopping kat tempat-tempat yang mahal.

Fikir-fikirkan la. Tapi PhD ni bukannya senang. Yang dah mengalaminya sahaja yang tahu. Rambut pun dah banyak gugur ni....

Anonymous said...

mintak maaf banyak-banyak.
nak cakap la.
kalau anda Melayu.
mmg ramai yang mati kalao p'rngai mereka mcm kau!
sbb ske p'tkaikn org!
bangsa sendri plak tuh.
wtf!
aku tak ambik phD.
tp, aku tau la.
tgk k.ipa aku tuh.
dri pg smpai mlm duk library wt kje.
3 tahun pn tak cukup lg tuh.
takde mse nk jln2.
cbe kau buat!
aku nk tgk.
ckp sdap la.
kau da ade phD ke?
ke cume ade Perasan Hasad Dengki!!
atau kau stakat blaja kt Pondok Haji Dollah?
ape salah bg tlg bngsa Melayu sndri?
nie tak.
di perkotak katik kn.
padahal duk dlm ngara sndri tuh.
kau tau psl pe rmai pljr phD tak blik M'sia?
sbb bnda2 mcm nie.
da t'msuk ade org p'rngai mcm ko.
BODOH SOMBONG!
selidik dulu sebelum cakap.
'pagi-pagi minum kopi, mintak tolong diamkan diri'!

Jefri Zain said...

Kalau encik penulis dah ada pHd, ok no problem...
Kalau belum ada/belum buat/tak dapat buat atau dah buat tapi gagal....DUDUK DIAM-DIAM!!!
Hidup jgn nak berdengki...
HATI JGN BUSUK!!!
Susah payah org buat pHd kat oversea, encik tau aper?
Nak pi buat pHd banyak buat pengorbanan...
-Ada yg kena jual rumah!
-Ada yg kena jual kereta!
-Ada pasangan yg kena berhenti kerja!
-Ada yg tak dpt balik M'sia bila mak/bapak meninggal dunia !

Sendiri mau ingat la encik...kalau diri sendiri tu lembab,dah tak mampu nak buat pHd...let it go...biar org lain yg cerdik akal pikiran pi buat.
Encik buat kerja sendiri elok2...cukup masa nanti bersara, time tu nanti encik ada banyak masa utk pikir yg encik ni banyak buang masa semasa berkhidmat utk gomen dgn buat statement tak berasas...ntah2 encik ni tulis ni sumer time keja...tobat la encik!!!

Encik jgn marah saya...saya tak buat pHd...wife saya yg buat!!!
Saya membantu wife saya dgn membuat kerja2 'sura rumah' !!!

Kalau encik bole buat spt apa yg saya dan rakan 'spouse' buat...SAYA TABIK SPRING 99 KALI !!!!

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

...sendiri mau ingat!!!!

noor said...
This comment has been removed by the author.
FJ said...

Saya juga setuju bahawa PHD bukan syarat kenaikkan pangkat. Seelok-eloknya, kenaikan pangkat mestilah disertai bukan semata-mata PHD, namun kriteria-kriteria yg berkaitan yg dpt membuktikan keupayaan dan kredibiliti pemegang PHD berkenaan.

Saya sedar bahawa utk mendapatkan PHD bukan satu perkara yg mudah. Hanya yg betul-betul cekal sahaja yg dpt mengharungi cubaan dan dugaan. Saya respek!

Tapi saya rasakan tidak perlu-lah pelajar-pelajar PHD terlompat & melatah dgn cepat. Tidak-kah anda merasakan bahawa itu adalah cabaran utk anda utk membuktikan keupayaan anda? Saya rasa, objektif akademik adalah utk menuju kejayaan & kecemerlangan. Jika material yg menjadi ukuran, agak terpesong sedikit lah niat.

Tentang sara diri pelajar-pelajar PHD. Saya rasa pemilihan universiti adalah pilihan anda sendiri. Jika anda memilih UK, anda patut melihat dari segi biasiswa yg ditawarkan. Adakah cukup utk menyara anda sepanjang tempoh pengajian di sana? Perlu diambil-kira kos sara hidup sekira anda ingin membawa keluarga anda ke sana. Sekiranya biasiswa itu tidak mencukupi, adakah bijak utk meneruskan PHD di luar negara atau membawa keluarga anda ke sana?

Kakak saya sedang membuat PHD didalam bidang perubatan di universiti terletak di Malaysia. Dia membuat keputusan utk meneruskan pengajian dia di universiti awam disebabkan faktor keluarga dan kos sara diri. Sememangnya terdapat keinginan dia utk melanjutkan PHD di universiti terkenal di UK tetapi dia telah memikirkan tentang keluarga.

Mengapa kakak saya boleh membuat keputusan seperti itu tetapi tidak pula anda? Mungkin anda lebih cekal drpd kakak saya. Mungkin anda sanggup mengharungi kesukaran belajar di luar negara.

Saya mempunyai ramai rakan yang sedang menyambungkan pelajaran di luar negara; dari degree ke master degree dan PHD. Saya lihat mereka mampu berjalan-jalan hingga ke sekitar Eropah bersama keluarga. Mereka mampu membeli kereta di sana. Mereka mampu membeli telefon bimbit yg mahal harganya. Mereka juga mampu membeli lain-lain barangan mewah di sana. Kebanyakan mereka sudah pun berkeluarga.

Soalan saya, sekiranya benarlah elaun & biasiswa yg kerajaan (dan rakyat) berikan kepada anda tidak mencukupi, bagaimanakah rakan-rakan saya ini mampu utk menikmati barangan mewah atau pon barangan bukan keperluan?

Saya pasti anda juga pernah berbuat demikian. Berjalan-jalan di Eropah, membeli barangan bukan keperluan dan sebagainya. Jadi, apa jawapan anda?

Niat saya bukanlah berunsur hasad dengki. Saya bangga ramai orang Malaysia boleh menyambungkan pelajaran sehingga ke tahap PHD di luar negara. Saya bangga diatas usaha-usaha anda utk memastikan kualiti akademik di Malaysia.

Harapan saya agar anda tidak terpesong dari niat sebenar anda sebagai ahli akademik. Jadi kan halangan itu sebagai cabaran utk anda terus cemerlang. Saya pasti anda boleh.

Mohon maaf & terima kasih.

FJ said...

Saya pernah mempunyai pensyarah. Graduan dari Jepun. Bukan calang-calang orangnya. Sekilas saya melihat kelulusan beliau, bergegar jiwa.

Namun, apabila diberikan satu rajah litar asas, beliau gagal utk 'membaca' litar tersebut. Kelakar kan?

Saya rasa sebaik-baiknya, biarlah kita memperbaiki diri kita sendiri. Biarlah orang luar yg mengakui kredibiliti kita; jgnlah diri sendiri. Kerana perbuatan sebegitu seolah-olah seperti masuk baku angkat sendiri.

Oh ya, saya bukan penjawat kerajaan. Saya bekerja di sektor swasta. Insya'Allah, dalam masa setahun dua, saya berhasrat utk melanjutkan pelajaran utk mendapatkan MBA. Saya rasa setakat itulah yang saya mampu dan mencukupi untuk saya menjalankan tanggungjawab saya di syarikat saya. Insya'Allah.

RuM3T said...

yang dok kalut sangat pasai orang lain naik gaji tu pasai pa? awatnya? dengan dok gebang ttg fakta ni, boleh naikkan jd orang menulis dan berhujah ka? kalo secara auto ada kesan ttg kenaikan yang menulis ni ok gak...kalo dok mcm tu je, baik dok dendiam je laaa...rezeki masing² kan?

Anonymous said...

To FJ,
I admire your sister.Kalau ikutkan hati mmg nak buat di Malaysia, tapi tak de specialist yang boleh supervise the research area. Lihat kesusahan kakak anda yang buat PHD di Malaysia dan gandakan kesusahan dan kegetiran keluarganya 3 kali ganda bagi PhD students di luar negara.Di Malaysia, tiada isu rasis, balik pukul 10 malam masih lagi selamat. Di luar negara, isu rasis especially against Muslims and Asians and wanita yang ambik phD balik pukul 7 malam...mat Salleh duduk sebelah anda, mat salleh mabuk baling botol arak, Mat Salleh tak mabuk baling telur...and etc? Please..think and ponder...Your sister is a very lucky woman...
Sekian.
Pelajar phD, isteri dan ibu

Anonymous said...

sy pelajar phd UiTM..bwu sem 1..
bdasarkan pngalaman sy yg cipot ni..ntk grad phd,perlu publish 2 paper;1 local, 1 international..then bwu leh grad..ni ntk student UiTM. Um pon mengamalkan konsep yg sme..jdi, ssowg yg ad PhD..insyaAllah ssowg yg ad kualiti dlm research area dia. klu kerajaan nak naikn pgkat,sy setuju..tapi harus ad panel yg menilai kebolehan PhD holder ni sblm naik pgkat.bkan sng2 naik pgkat sbb ad Phd..

ntk penulis blog ni:
anda ad degree or dip?tentu pnah stay up sampai mlm..study smpai 2-3 pagi.sy pon ad degree.
tpi study ntk PhD ni,10000 kli ganda ag ssah dr blajar degree..smuany kna cari sndiri..saya pnah x tidor malam,semata2 nak siapkan abstact ntk journal..ni bru sem 1..mcm mna ntah sem2 akan datang..moga2 Allah memberi kekuatan dan ketabahan ntk sy..

bg sy,PhD holder ni mang patot di beri penghargaan..bkn senang nak dapat PhD nih..kna korban segalanya..umor sy bwu 23,jiwa muda ag..sbb smbg blajar,

x dpat nak luangkan masa famili
x dpat nak tgk wyg
x dpat nak g jln2

smua tuh,smpat dibuat time tgh blajar degree dlu..skrg, nak lunch pon x sempat..tpi mgkin kisah pengorbanan sy x sehebat owg len yg smbg kat luar,yg da kawen.


klu x pnah sampai ke china,jgn brani nak bercerita pasal Beijing..
klu ilmu sndiri stakat bawah tempurung,jgn cbok nak kutuk ilmu owg stingi langit..

Anonymous said...

wow phd student at age 23..how long stdy for degree..master?..or from degree straight to phd..course?..phd by research or what..(sangsi/ragu2)...

phd student aerospace engineering Cranfield

Anonymous said...

Salam sejahtera semua yang member komen mengenai DM52.

Bagi saya beginilah, kalau dah mmg rezeki pemohon mendpat DM52 walaupun ada PhD atau tiada PhD, saya rasa itu semua ketentuan Allah disamping usaha mereka.

Jangan la kita mamberi komen yang agak berpihak dipihak kita sahaja, kerana mungkin ada yang terasa kurang adil sukar mendapatkan DM52 kerana tidak layak berbanding dengan mereka yang telah menghabiskan PhD dengan jayanya.

Bagi saya, galakan memberikan DM52 kepada penyandang PhD adalah sebagai suatu tawaran kerajaan untuk meningkatkan bilangan warganegara mendapat PhD sejajar dengan kehendak Wawasan 2020.

Janganlah kita membandingkan skim perkhidmatan kita yang mungkin memberi laluan sukar kepada kita untuk mendapat kenaikan pangkat....semuanya itu adalah rezeki masing2

sekian wallahualam

Unknown said...

Saya setuju dengan kenyataan "PhD bukan syarat kenaikan pangkat". Samaada dari Pensyarah ke Pensyarah Kanan atau Pensyarah Kanan ke Prof Madya. Ia perlu lebih terbuka dan perkara yang utama adalah penerbitan.

Sebagai contoh, jika dengan PhD kita boleh hasilkan penerbitan antarabangsa atau setaraf; ianya boleh dikira sebagai bermutu. Dan ianya juga sama seperti tanpa PhD dan menghasilkan penerbitan setaraf. Kesimpulan yang saya boleh katakan, PhD hanya bonus dan kenaikan pangkat perlu seiring dengan penerbitan-penerbitan setaraf (journal/buku/persidangan).

Saya berpendapat jangan terlalu meletak satu faktor sahaja. Banyak perkara-perkara lain yang perlu dilihat untuk kenaikan pangkat. Jika kenaikan pangkat untuk galakan pelajar PhD, saya setuju dengan syarat PhD disertakan dengan penerbitan yang setaraf dan saya yakin penerbitan boleh diterbitkan dengan PhD yang ada.

-------

Untuk FJ yang bercerita tentang kehidupan mewah di luar negara. Nasihat saya cuma jangan lihat sahaja, cuba selidiki lebih mendalam sama ada mewah atau tidak. Dengan membuat kesimpulan sedemikian, seolah-olah memberi gambar tidak baik kepada pelajar-pelajar di luar negara. Kemewahan yang dilihat mungkin pada segelintir orang sahaja atau mungkin dari simpanan mereka sebelum belajar di luar negara. Tanpa menafikan dugaan pengajian di dalam negeri, hakikat yang saya boleh katakan di sini banyak dugaan yang perlu dihadapi dan pengorbanan perlukan di luar negara. Untuk tahu mungkin jika berpeluang, buat sabatikal atau kursus jangka pendek setahun di luar negara. Mungkin pandangan FJ akan berbeza selepas itu.

Anonymous said...

Degree bukan syarat terus jadi pegawai.

saya bersetuju 100% dengan penulis. saya pon seperti anda tak puas hati dengan fresh graduate habis aja degree terus ditawar gred 41.mereka sepatutnya bermula dengan gred rendah.dah lah mereka berlagak,duduk dalam bilik yang ada air-condition.apa diorang ingat diorang lagik pandai sebab belajar 3 taun degree dekat ipta?sepatutnya degree tak boleh dijadikan ukuran.saya lihat pelajar2 ipta kebanyakkanya hanya upload gambar bersosial di facebook.tak ada langsung gambar bukti menunjukkan diorang study.ini menunjukkan mereka tak layak dan tak matang untuk terus jadi pegawai.mungkin patut dijadikan penolong pegawai.atau mungkin jawatan gred 1.seperti cikgu saya kata dulu,tak semestinya yang masuk degree tu pandai.apa ingat yang lepasan spm/stpm ni tak pandai ke?

jadi kenapa lepasan ijazah boleh terus masuk gred 41?ini tidak adil untuk lepasan diploma/stpm/spm/pmr/upsr/tadika.

artikel bawah adalah hasil plagiarisme yang bermutu.sila enjoice.

................................
Seseorang tidak boleh dianggap sebagai mempunyai kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya hanya dengan memiliki ijazah sarjana muda. Ia seharusnya diiringi dengan ‘curriculum vitae’ yang istimewa mutunya.

Masalahnya, ramai pemuda berkelulusan ijazah muda tidak mempunyai kelayakan sedemikian rupa. Mereka mungkin ingin menghujah mereka mempunyai ijazah sarjana muda tapi bukan ijazah kelas pertama.

Pemilik ijazah muda harus bersyukur kerana diberikan pinjaman ptptn untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara dan sepatutnya tidak mendesak untuk terus menjadi pegawai hanya beralaskan ijazah muda. Mereka harus ingat bahawa ptptn diberikan tanpa sebarang persaingan.

Dapat ptptn tanpa persaingan adalah ‘award’ pertama. Bila mereka ada ijazah muda, kerajaan memberi mata gaji mereka untuk ke gred 41. Ini adalah ‘award’ kedua. Bayangkan seorang pegawai berada di tangga gaji T3 dalam gred 35 ketika pergi belajar di menyambung ijazah sarjana muda selama empat tahun.

Bila balik, dia berada di T10 (termasuk tiga pergerakan gaji). Kemudian, kerajaan pula menganggap mereka mempunyai kecemerlangan akademik yang istimewa mutu hanya semata-mata kerana mendapat ijazah sarjana muda dan kemudian dinaikkan pangkat ke pegawai gred 41 dengan gaji permulaan RM2,000 lebih.

Ini adalah ‘award’ ketiga. Ramai yang bergelar pegawai gred 41 diketawakan oleh pegawai luar negara sebab bagi mereka, bila bergelar pegawai anda mesti mesti hebat

yang benar,
saya yang berhati busuk dan menyokong saudara untuk meneruskan PHD..

p/s:setakat belajar ijazah muda 4 tahun kau ingat kau layak jadi pegawai???

Admin said...
This comment has been removed by the author.
Admin said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

by the way betul ada lah few of lecturer yg pernah ajar aku yg ada phd n master english tak power bai!!! siap bagi penerangan berbelit belit aku pun dah tunggang langgang jugak lah nak cop up dgn study, tapi ada sesetengah lecturer aku yg ada phd n master grad from oversea english pun superb,tapi kalau kerajaaan nak bagi kenaikan pangkat n gaji pun apa salahnya..... lagi pun bukan senang tau nak complete phd!!!!!

Anonymous said...

hujah plg budus pernah aku baca.kpd tuan blog,dari ko duk merungut memekak kat blog ni baik ko pi amik phd.tgk senang ke tidak!

Pensyarah Kiri said...

Jangan mengutuk pemilik blog , tengok nama blog ni Perkhidmatan Awam. Nampak macam dia cuma copy pastedari surat khabar. Jika anda nak marah pun berpada-padalah.

Pendapat masing-masing... saya cadangkan hantarkan kepada akhbar juga biar satu malaya baca dan bagi pendapat mereka pula. Jangan sekadar jadi anonymous.

Anonymous said...

Shaiful

Rasanya ramai yg anonymous ni penjawat awam.
Alhamdulillah, biasanya yg dapat PhD mmg dah tersohor akademianya. Kalau tak masakan boleh siapkan PhD. Jadi mmg patutlah kerajaan menilai susah payah mereka ini dan menawarkan kenaikan pangkat. Lagipun, pinjaman kerajaan berates ribu itu tetap perlu dibayar tanpa menjejaskan kualiti kehidupan pensyarah berkenaan. Jadi kerajaan bagi dan pada masa yang sama ambil sebahgian 'anugerah' tersebut untuk diberikan kepada kepada rakyat Malaysia yang berhak.
Kalau ingin keistimewaan tersenut..kena la hantuk kepala sambung PhD. (Joke only)

Anonymous said...

Salam. Saya pelajar phd umur 29thn, sedang menunggu viva.. insyallah akan grad dlm thn ni. Saudara, perjalanan phd ini bukanlah senang. Bercerita tentang pengalaman sebagai pelajar phd, memang penuh dengan pahut getir serta pengorbanan. Jadi pada saya, wajarlah pengorbanan itu dibayar selepas habis phd. Saya tidak bersetuju bahawa penerbitan dibuat semasa phd adalah 'rubbish'.. semasa pengajian saya telah membuat beberapa penerbitan berindeks scopus dan sebagainya peringkat national juga international. Jika penerbitan itu dikatakan 'rubbish', adakah para reviewers yg menilai paper itu juga 'rubbish'?.. paper yang teruk tidak akan diterima semasa peringkat penilaian. Saya tidak rasa paper berindeks scopus, isi dan sebagainya adalah 'rubbish'. Jika saudara pernah buat phd, dari mana literature saudara ambil untuk kajian saudara? Bukankah kebanyakannya dari sumber ilmiah penerbitan2 yg dikenali, ber impact tinggi juga? Semasa pengajian juga kita dapat belajar tentang kualiti sesuatu information sources atau inforrmation materials itu. Bukan senang bergelar pelajar phd, lebih2 lagi mereka yg buat kajian social science dimana kita perlu berunding dgn "manusia" yg mana jg merupakan salah satu faktor penyebab kita perlu menambah waktu pengajian lebih dari 3 tahun, khasnya semasa di lapangan menjalankan data collection yg diluar kawalan kita. Semasa dalam pengajian juga, kita bukan dapat biasiswa free begitu saja. Saya ada komitmen utk berkhidmat dgn fakulti 4-6 jam seminggu, menjadi lab instructor mengajar spss. Apakah dgn pengalaman menjalankan kajian diperingkat phd selama 4thn dgn pengalaman mjadi lab instructor serta penerbitan di international level masih tidak mencukupi pd saudara utk kenaikan pangkat?.. Saya cakap panjang lebar pun, saudara mungkin tak faham melainkan saudara sendiri berada di tempat kami sebagai pelajar phd. Oh ya, jika saudara mahu kenaikan pangkat DS52, apa kata saudara sambung phd dan buat penerbitan dgn lebih byk lg. W'slm.