Ketua Pengarah BPR dilantik semula
KL Pos
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Datuk Ahmad Said Hamdan sebagai dilantik semula ke jawatan tersebut selepas bersara wajib.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan semula beliau.
Pelantikan beliau secara kontrak selepas bersara wajib untuk selama satu tahun mulai 26 Mei 2008 hingga 25 Mei 2009 itu adalah selaras dengan Seksyen 3(3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575).
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan dalam kenyataan akhbar hari ini memberitahu, pelantikan semula itu memandangkan perkhidmatan Ahmad Said sebagai Ketua Pengarah BPR masih diperlukan.
Ahmad Said yang dilahirkan di Pulau Pinang pada 26 Mei 1952 dilantik sebagai Ketua Pengarah BPR mulai 14 Mei 2007 dan bersara wajib pada 25 Mei 2008 pada umur 56 tahun.
No comments:
Post a Comment