01 May 2009

SPRM sahkan siasat bekas ketua setiausaha

Harian Metro

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengesahkan sedang menyiasat seorang bekas Ketua Setiausaha sebuah kementerian atas dakwaan menerima sogokan lebih RM50,000 daripada sebuah syarikat, baru-baru ini.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed, berkata kertas siasatan itu kini berada pada peringkat akhir.

"Memang kami sedang menyiasat kes berkenaan. Tidak ada sesiapa lain yang ditahan, hanya dia seorang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

No comments: