01 May 2009

Beri peluang veteran naik pangkat

Utusan Online

ALAF baru menyaksikan ramai staf veteran seperti saya dan seangkatan berlumba-lumba menyambung pengajian baik di peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan juga PhD. Tetapi dari segi kenaikan pangkat, kami kecundang.

Keputusan temuduga tidak langsung memihak kepada kami tetapi lebih kepada generasi muda yang baru keluar universiti. Usia mereka pula separuh daripada usia kami. Tahun demi tahun usia bagi memohon kenaikan pangkat juga akhirnya sudah tiada lagi, dengan kata lain terlebih umur.

Saya harap pihak berwajib sama ada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) mahupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) beri perhatian sewajarnya mengenai isu ini.

Misalnya, seorang staf sokongan mempunyai kelayakan dan pengalaman luas dalam bidang pentadbiran boleh terus memohon kenaikan ke N44, bukan setakat N41.

Saya merayu agar pihak berwajib tidak mengabaikan kami. Berilah kami peluang menggunakan segala pengalaman yang ada, ditambah dengan segulung ijazah, untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada institusi tercinta khasnya dan negara amnya.

CALON SARJANA TUA

Kuala Lumpur

2 comments:

Anonymous said...

selamat sejahtera,
pPada belanjawan yg lalu,mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah ada mengumumkan akan memberi insentif kepada Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas sebanyak RM200.00 tetapi sehingga ke hari ini masih belum diterima,sekadar bertanya kalau benar-benar tiada harap ada pengumuman semula...terima kasih..

Anonymous said...

Proses kenaikan pangkat dan gred dalam sistem pendidikan paling cacamarba. Kenapa! Inilah kesannya apabila bidang pendidikan dipolitikkan. Adalah sesuatu yang pelik apabila KPM tunduk kepada tuntutan kesatuan-kesatuan guru, guru besar dan pengetua yang tuntutan tidak munasabah. Amat jelas dalam proses kenaikan gred dg41 ke dg44 dan dg44 ke dg48 pihak kementerian mengambil kira perkhidmatan guru-guru semasa mereka berada dalam gred 29, 32 dan 34. Memang melucukan. Kenaikan gred guru-guru siswazah yang 'fresh gradute' ke dg48 berkhidmat selama 22 tahun dalam gred41 sedangkan guru-guru yang menyambung pelajaran hanya 17 tahun dapat mencapai gred 48. Jelas KPM perlu menerima PDT dalam menguruskan kenaikan pangkat dan gred dalam bidang pendidikan ini. Ini belum dilihat kenaikan pangkat di sekolah, ppd dan jpn. Kenaikan pangkat hanya melibatkan raakan-rakan, kroni, saudara mara, malah yang amat melucukan, ramai pentdbir di sekolah guru-guru junior sedangkan guru-guru senior hanya guru biasa. Jadilah pentadbir tidak berkesan kerana tidak diendahkan oleh kakitangan.