Aduan awam biar ikut saluran
Berita Harian
KITA sering membaca pelbagai aduan ketidakpuasan hati di kalangan orang ramai terhadap jabatan kerajaan melalui ruangan akhbar. Bagi si pengadu tindakan menghantar aduan itu adalah jalan terbaik untuk melepaskan marah kerana rasa tidak puas hati.
Memang ramai yang menyokong tindakan si pengadu ini yang bertindak bijak dengan menghebahkan aduan itu melalui akhbar. Di sebalik semua itu, adakah dengan berbuat demikian masalah yang diadukan itu akan selesai? Rasanya adalah lebih elok jika rasa tidak puas hati itu diadukan melalui saluran tertentu di jabatan berkenaan. Selain tidak menghebahkan di media massa si pengadu juga boleh duduk berbincang serta memberikan idea atau pandangan bagaimana cara untuk mengatasi masalah rasa tidak puas hati yang dialaminya.
Diharapkan kepada mereka yang di luar sana, berfikirlah dulu dengan rasional sebelum sesuatu tindakan diambil. Kita juga perlu ingat bahawa tiada manusia atau jabatan yang sempurna dari pelbagai aspek, sedikit sebanyak pasti ada cacat celanya.
Oleh yang demikian marilah bersama-sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju bukan saja dari aspek pembangunan tetapi juga maju dari segi pemikiran rakyatnya.
HALIF DIMEN,
Jerantut,
Pahang.
1 comment:
dah buat ikut saluran yang sepatutnya tak dilayan,terpaksa lah guna akhbar...
Post a Comment