21 August 2008

Tambah pegawai tingkat prestasi BPR meningkat

Utusan Online

KUALA LUMPUR 20 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penahanan dua anggota Exco Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) adalah hasil peningkatan keupayaan agensi itu bukannya berpunca daripada campur tangan politik.

Perdana Menteri turut melahirkan kegembiraannya apabila BPR menunjukkan prestasi yang membanggakan selepas kerajaan menambah bilangan pegawainya.

"Sekarang ini BPR nampaknya aktif dan saya gembira apabila pegawainya ditambah, kemampuannya untuk membuat siasatan juga bertambah.

"Apa yang berkaitan dengan Exco daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah sebahagian daripada kesan yang kita peroleh berikutan peningkatan keupayaan BPR," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas penahanan dua anggota Exco kerajaan negeri Perak daripada PKR oleh BPR secara berasingan hari ini dan semalam berhubung kes rasuah sebuah projek perumahan di Seri Iskandar, Perak Tengah.

Abdullah berkata, beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh BPR mengenai penangkapan itu dan menjelaskan hanya mengetahui mengenainya selepas mendengar berita.

"Itu adalah kepandaian BPR, kalau dia sudah tahu orang itu melakukan kesalahan buat apa dia nak tunggu lagi," tegasnya.

Mengenai dakwaan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa Exco terbabit menjadi mangsa percaturan politik BN, Abdullah berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya dan meminta perkara itu dijelaskan kepada BPR.

Katanya, ia adalah urusan BPR dan sudah tentu pihak terbabit cuba menafikan perbuatan mereka.

"Itu adalah urusan BPR, bukan urusan kita... kebetulan ia berlaku pada masa ini, apa boleh buat," katanya.

2 comments:

Kinetic Chemistry said...

katakanlah bahawa gaji tak naik, guru takkan berusaha penuh untuk mengajar, suatu peribahasa cina suarakan "mahukan kuda lari cepat, tetapi tak bagi kuda makan rumput"(又要马儿好, 又要马儿不吃草). dan katalah bahawa kalau gaji tak menarik, macam mana nakkan pelajar cemerlang menceburi bidang ini? Seseorang peguam macam mana boleh mememenangi kes perbicaraan tanpa hasil pengajaran guru? Seseorang doktor macam mana menyelamatkan nyawa seseorang pesakit tanpa hasil pengajaran seseorang guru.