Anggota Parlimen Cadang Gaji Guru Naik 20 Peratus
Bernama
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Seorang anggota Parlimen mencadangkan agar kerajaan menaikkan gaji guru sebanyak 20 peratus dalam pembentangan Bajet 2009 pada 29 Ogos depan supaya profesion perguruan itu lebih menarik dan diminati khususnya penuntut yang cemerlang.
Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata skala gaji guru sedia ada, kurang menarik minat pelajar cemerlang menyertai profesion itu kerana ia berada di bawah paras pasaran semasa berbanding profesion lain.
"Di Singapura, guru dibayar gaji S$2,800 sebulan berbanding di negara ini yang mana skala gajinya di bawah paras pasaran semasa. Bagaimana gaji seperti ini mahu menarik orang yang cemerlang untuk menjadi guru?
"Ada kes guru enggan menghabiskan mata pelajaran, supaya pelajar mengambil tuisyen yang dikendalikan mereka selepas kelas untuk mendapatkan wang tambahan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2008 di Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Pua berkata profesion guru sekarang hanyalah pilihan terakhir dan bukan disebabkan minat mendalam terhadap bidang itu sehingga menjejaskan mutu pembelajaran.
Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pula berkata kerajaan perlu melihat masalah kemasukan penuntut lelaki ke institusi pendidikan yang dikatakan kurang berminat dengan profesion perguruan itu.
Beliau juga berkata seorang guru perlu serba boleh dan memiliki pelbagai kemahiran agar guru yang dilahirkan tidak hanya tertakluk menjadi sebagai guru yang mengajar di sekolah sahaja.
"Bukan setakat mereka ke sekolah setiap hari, makan gaji bulanan, balik rumah dan kemudian ke sekolah lagi. Kita mahu satu anjakan sistem yang lebih baik, mahu sesuatu modul insan yang dilahirkan lebih kompetitif dalam mereka mendidik anak bangsa kita," katanya.
-- BERNAMA
4 comments:
Adorei, achei muito interessante!
Visite meu blog.
www.vivendoaoextremo.blogspot.com
Beijos e abraços.
Gaji nak naik tapi mentaliti ditakuk lama. Sebelum mintak naik gaji adalah wajar mempersoalkan diri sendiri, adakah aku layak dibayar gaji sebegitu besar? Apakah sumbangan aku sehingga aku perlu dibayar gaji sebegini banyak?
Cerita bab ni teringat time sekolah dulu. Kene lempang oleh Penolong Kanan dan dijamin gagal SPM oleh guru itu. Malangnya saya lulus cemerlang SPM dan sekarang memegang 2 diploma dalam 2 bidang berbeza + jawatan tinggi kerajaan. Kalaulah saya jumpa penolong kanan tu mau saya lempang pakai 2 diploma ni.
wahai saudara, itulah namanya ilmu mendidik. jika tak tercabar didik sedemikian rupa jadinya macan murid sekarang..asyik dimanja..agak2 sijil pun tak lepas...selamat menyambut ramadhan al-mubarak
apa punya banggang kau. disebabkan lempang cikgu tulah kau dapat 2 diploma kalau tak entah kau ni penyamun atau perompak. kau ni jenis manusia tak kenang budi. banggang punya orang
Post a Comment