Guru baru dibebani terlalu banyak tugas
Berita Harian
ADA beberapa sekolah di Mersing, Johor menggunakan guru baru yang kurang pengalaman dan pengetahuan.
Ada sesetengah guru baru diberibanyak tugas banyak dan terpaksa memikul tanggungjawab sebagai guru tingkatan, guru data, penyelaras tingkatan, mengajar 28 waktu dan setiausaha peperiksaan.
Malah, mereka juga dilantik pihak pentadbir sebagai ketua, bukan sebagai pembantu atau diberikan mentor untuk memberi tunjuk ajar sebagai langkah menambah baikan sistem sedia ada.
Saya lihat guru ini kadangkala tidak sempat makan kerana mereka bukan saja diberikan masa mengajar 28 waktu seminggu dan ditambah dengan relief yang banyak. Jadi, bagaimanakah kita hendak memperkasakan sekolah ke arah yang lebih baik?
Namun, ada guru tidak diberikan tugasan yang banyak dan guru berkenaan pula selalu menolak tugas yang diberikan atau sebelum tugas diberikan, beliau cepat-cepat memberi pelbagai alasan sedangkan beliau hanya mengajar, tidak memegang kelas malah, jadual mengajar pun sedikit, berbanding dengan guru lain.
Guru lama pula asyik menolak tugas kepada guru baru. Memang betul cara itu boleh memberikan pengalaman tetapi tugas itu diberikan tanpa garis panduan dan tunjuk ajar.
PESARA GURU PRIHATIN,
Mersing, Johor.
No comments:
Post a Comment