10 July 2008

Guru DGA29 dibiar selepas lulus temu duga

Berita Harian

KAMI guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Selangor rasa terkilan berikutan kelewatan pihak pengurusan dalam perlantikan kami daripada DGA29 ke DG41.

Untuk pengetahuan, 49 guru SABK dipanggil temu duga pada 15 Januari lalu dan lulus ujian berkenaan. Malangnya, sehingga hari ini kami tidak mendapat jawapan, manakala rakan kami dari kementerian sama menghadiri temu duga itu menerima pelantikan, sebulan selepas tarikh temu duga.

Setiap kali kami menghubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang bertanggungjawab atas pelantikan kami, alasan yang diberi ialah pegawai terbabit berkursus atau di luar pejabat.

Apabila dapat berhubung dengan pegawai berkenaan alasan diberikan suatu yang sudah basi untuk didengar. Kami diminta bersabar dan tidak memberi kata putus pertanyaan kami.

Harapan kami apabila Jabatan Pendidikan Islam Malaysia (Japim) mengambil alih sekolah agama negeri, nasib kami akan terbela tetapi malangnya hanya `indah khabar dari rupa'.

Nasib kami tidak ada pembelaan dan tergantung hingga kini.

Persoalannya, pihak mana kami dapat luahkan masalah ini agar kami menerima layanan sama dengan guru lain.

GURU MENGHARAP,
Kajang, Selangor.

No comments: