12 July 2008

Kenaikan pangkat patut utama kelayakan akademik

Berita Harian

GLOBALISASI memperlihatkan perpindahan nilai, terutama cara berfikir dan perubahan gaya hidup. Tekanan ekonomi semakin dirasai dan pasaran saham semakin tidak menentu ditambah senario politik negara yang kurang stabil.

Kita melihat wujudnya beberapa keputusan secara drastik oleh kerajaan.

Hakikatnya, globalisasi mesti dihadapi dengan kekuatan mental dan kestabilan emosi. Justeru, kita melihat semakin ramai pendidik berusaha meningkatkan tahap akademik sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).

Ini sangat baik untuk berdepan era globalisasi dan mengharungi arus kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup.

Malang sekali Kementerian Pelajaran tidak mengambil kira kelayakan akademik pendidik dalam pelantikan dan kenaikan pangkat.

Sebaliknya tempoh perkhidmatan tetap menjadi ukuran. Dengan itu, kita dapati ada pegawai dan guru sekolah yang mempunyai PhD berada di gred DG41 dan guru berijazah sarjana muda berada di gred DG48.

Berikutan itu, wujud pengetua sekolah dan pengarah maktab perguruan hanya berkelulusan ijazah pertama, manakala guru berkelulusan PhD. Suasana seperti ini tidak baik dalam iklim pendidikan.

Justeru, kita berharap kerajaan akan mengambil kira tahap pendidikan guru dalam proses kenaikan pangkat atau pelantikan ke jawatan kanan.

Dicadangkan semua pengetua sekolah mesti sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana, manakala pengarah Institut Perguruan dan Kolej Matrikulasi mestilah berkelulusan PhD.

Martabat pendidikan mesti selari dengan fungsi Kementerian Pelajaran.

MOHD ASRAN AMISAH,
Tawau, Sabah.

2 comments:

Unknown said...

I agree and wish myself be considered promotion based on my academic qualification not merely on the length of service. While in service, a government servant should upgrade his/her academic qualification.

Unknown said...

I agree and wish to be considered promotion based on my academic qualification and not just on my working experience which is short as compared to my colleagues who did not spend any years of their service to study further to upgrade their academic qualification