10 July 2008

Guru kecewa tak terima elaun SBT

Berita Harian

ISU pembayaran elaun Skim Bantuan Tuisyen (SBT) yang sebelum ini dikenali Skim Baucar Tuisyen kepada guru yang terbabit dengan skim berkenaan, masih belum selesai.

Sebagai guru yang terbabit dengan skim berkenaan, saya berharap Jabatan Pelajaran Sarawak, menyelesaikan segera masalah yang timbul, sedangkan saya dan rakan guru lain sudah melaksanakan tugas seperti diharapkan Kementerian Pelajaran.

Untuk makluman, sehingga kini saya tidak menerima elaun yang dijanjikan. Persoalan timbul, di mana ketelusan pihak jabatan yang menguruskannya. Mengapa peruntukan diperap begitu lama sehingga menjejaskan pihak yang sepatutnya mendapatkan haknya.

Setiap kali diaju pertanyaan, bermacam-macam alasan diberikan.

Setiap tahun pasti berlaku kelewatan pembayaran elaun itu, tahun ini paling lewat berbanding tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan mempercepat urusan pembayaran berkenaan bagi meringankan beban guru terbabit.

GURU SBT,
Kuching, Sarawak.

No comments: