13 April 2008

PDRM ambil pesara tentera

Berita Harian

Oleh Zulhilmi Hat

Seramai 6,000 sudah mohon khidmat kontrak 5 tahun isi kuota anggota baru KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil pesara tentera untuk berkhidmat secara kontrak dengan pasukan itu bagi mengisi kuota 60,000 anggota polis baru yang dicadangkan pengambilannya bagi tempoh lima tahun. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata kira-kira 6,000 bekas tentera sudah memohon untuk berkhidmat secara kontrak dengan PDRM kini dalam proses menjalani temu duga khas yang dikelolakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Beliau berkata, pengambilan bekas tentera ke dalam PDRM sudah dipersetujui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi jumlah yang akan berkhidmat masih belum ditentukan.

"Awal bulan ini, saya mengadakan perbincangan dengan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal mengenai cadangan pengambilan bekas tentera secara kontrak ke PDRM dan beliau bersetuju dan menyokong cadangan itu. "Pengambilan ini amat penting memandangkan usaha memperkasakan PDRM kerana bekas anggota tentera mempunyai pelbagai kebolehan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Konvokesyen Inspektor Percubaan Siri 1/2007 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, semalam. Beliau berkata, tugas mereka lebih menjurus kepada tugasan "rank and file". Misalnya terbabit dengan rondaan, menjadi pemandu kenderaan polis, jurulatih dan urusan pejabat dan tiada percanggahan dengan jawatan tinggi PDRM.

Musa berkata, peluang itu ditawarkan kepada semua pesara tentera yang berpencen wajib selepas berkhidmat antara 21 hingga 25 tahun dalam ATM. "Pengambilan pesara ini adalah langkah terbaik meningkatkan kualiti kerana mereka ini mempunyai pengalaman luas dan berdisiplin. "Calon yang berjaya akan menjalani latihan intensif sebulan setengah di Pulapol sebelum berkhidmat. "Walaupun mereka yang bakal diambil adalah bekas tentera, namun mereka terikat dengan peraturan PDRM manakala penyambungan kontrak bagi mereka belum dibincangkan," katanya.

Musa turut mengumumkan pembinaan lima pusat latihan polis di Langkawi dan Tupah (Kedah), Bukit Beruntung (Selangor), Bentong (Pahang) dan Besut (Terengganu) yang dijangka siap tahun depan dan mampu menampung kapasiti sehingga 14,000 pelatih pada satu masa.

"Pembinaan pusat ini juga adalah sebahagian daripada Pelan Strategik Lima Tahun PDRM," katanya. Pada majlis itu, 495 pelatih ditauliahkan sebagai inspektor percubaan selepas tamat latihan selama sembilan bulan. Daripada jumlah itu, 218 pemegang Ijazah Sarjana Muda, 266 (diploma) dan 11 berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). "Penugasan mereka di jabatan di bawah kontinjen PDRM kali ini sama rata mengikut keperluan dan Siri 1/2007 ini juga melihat kemasukan pelatih bukan Melayu meningkat. "Ada di kalangan mereka yang akan ditempatkan di bawah Jabatan Pengurusan. Tetapi ini tidak bermakna mereka tidak terbabit dalam penyiasatan. Mereka akan membuat tugasan seperti tinjauan, pemantauan dan latihan kepada anggota dan pegawai yang lain," katanya.

Pada majlis itu, bekas peguam, Hon Kah Wei dipilih sebagai pelatih lelaki terbaik (Akademik) manakala pelatih terbaik keseluruhan, Mohd Amirul Alias dan pelatih wanita terbaik Nor Ellyna Ab Rahman.

2 comments:

Anonymous said...

sy bekas anggota tentera dahulu..umo saya 30 tahun..saya bersara awal..bolehkah saya menyertai anggota pdrm..dalam tentera saya ada sijil amra,iaitu stor senjata..basic komando,dan banyak lagi..bolehkah memasukianggota pdrm..

abrahimmy said...

SKIM KHAS PINJAMAN BANK UNTUK PESARA KERAJAAN, TENTERA,POLIS, DAN BALU

Syarat syarat dan kelayakan ;

• pesara kerajaan, tentera dan balu
• pencen RM750 ke atas
• tempoh bayaran balik sehingga umur 70 tahun
• Tempoh pinjaman dari 3-15 tahun
• Pinjaman dari RM5,000-RM100,000
• Interest 5%
• Blacklist CCRIS CTOS boleh memohon

Boleh digunakan untuk ;
• Melangsaikan hutang kereta/rumah/credit card
• Membesarkan/memulakan perniagaan
• Mengerjakan umrah/melancung
• Membaiki/membesarkan rumah
• Dan lain lain

Bantuan akan di hulurkan sehingga berjaya, Insyaalah.

Harap dapat dipanjangkan kepada saudara mara atau sahabat handai yang mungkin memerlukan pinjaman ini untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka dengan cara yang selamat ini.

CEPAT ! ambillah peluang ini sebelum skim ini ditamatkan.

Hubungi : 013 2392990 Ab Rahim
email : abrahim_my@yahoo.co.uk