17 April 2008

Kerajaan tolak pemberian honorarium

Utusan Online

PUTRAJAYA 17 April - Kerajaan menolak pemberian honorarium RM2,000 kepada kakitangan kerajaan tetapi menerima lima lagi tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang telah dikemukakan sejak tiga tahun lalu.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, keputusan tersebut dipersetujui pada mesyuarat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

``Butiran lanjut mengenai lima tuntutan yang akan dipenuhi itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri sedikit masa lagi,'' katanya pada sidang akhbar di sini.

Lima tuntutan yang diterima itu adalah kadar pencen mengikut perkhidmatan, lanjutan umur persaraan daripada 56 tahun kepada 60 tahun, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan kepada RM230 berbanding RM180 hari ini.- Utusan

No comments: