26 August 2007

Hakim pertama dapat PhD

Berita Harian


GOMBAK: Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak, Dr Hamid Sultan Abu Backer, menjadi hakim pertama mahkamah tinggi menerima Ijazah Doktor Falsafah Undang-Undang (PhD) pada Majlis Konvokesyen ke-23 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, semalam.


Sejak menamatkan pengajian Ijazah Undang-Undang (LLB), Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London dan Barrister at-Law, Lincoln`s Inn, beliau berkata, PhD ini adalah ijazah ketiga di UIAM selepas menerima Diploma Pascasiswazah Perundangan Syariah dan Diploma Pascasiswazah Perbankan Islam.

Hamid Sultan, 52, berkata pengalaman sepanjang bertugas dengan minat menulis dan menerbit makalah serta jurnal perundangan memberi keistimewaan kepadanya menzahirkan penulisan berkenaan kepada tesis.

Bapa lima anak yang berasal dari Jalan Meldrum, Johor Bahru itu berkata, bebanan tugas hakiki berhadapan kes setiap hari tidak menghalangnya mengikuti pengajian pada peringkat tertinggi.

“Masa saya lebih banyak dihabiskan dengan membaca dan menulis isu berkaitan perundangan. Saya mempunyai kesabaran yang tinggi dalam penulisan. Berkat kesabaran inilah membolehkan saya menyebarkan ilmu kepada umum menerusi penerbitan jurnal perundangan,” katanya.

No comments: