25 August 2007

Dilema guru cemerlang

Berita Harian

TANGGAPAN dan harapan terlalu tinggi pentadbiran sekolah dan ibu bapa kepada guru cemerlang menyebabkan sebahagian besar kalangan guru di negara ini enggan memohon jawatan berkenaan.


Katanya, guru cemerlang dianggap serba tahu dan mampu membantu mencatatkan keputusan cemerlang bagi subjek diajar serta memiliki kebolehan istimewa berbanding rakan mereka yang lain.

Selain itu katanya, mereka juga berada dalam dilema apabila kerap meninggalkan sekolah kerana terbabit pelbagai tugas.

"Sehubungan itu, kita melihat kewajaran pemilihan guru cemerlang diperluaskan dengan sokongan guru besar atau pengetua.

"Menerusi kaedah itu, lebih ramai guru berpeluang menjadi guru cemerlang kerana masing-masing mempunyai kelebihan tertentu dalam pengajaran mereka," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Guru Cemerlang Negeri Perak di Ipoh, baru-baru ini.

No comments: