08 October 2008

Pembantu guru pendidikan khas terima elaun RM200

Berita Harian

SERAMAI 3,209 Pembantu Pengurusan Murid yang akan menerima elaun khas RM200 sebulan mulai sesi persekolahan tahun depan membabitkan semua Sekolah Pendidikan Khas.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata daripada jumlah itu, 128 Pembantu Pengurusan Murid prasekolah, manakala 1,836 lagi kelas di 2,488 sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

“Imbuhan ini sebagai insentif kepada mereka yang begitu berdedikasi melaksanakan tugas sebagai pembantu guru dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi golongan berkeperluan khas.

“Selain itu, mereka juga bertanggungjawab mengendalikan keperluan dan peralatan mengajar bagi memudahkan tugas guru, selain menguruskan pelajar antaranya ke tandas.

“Tugas ini memerlukan individu yang benar-benar sabar dan sedia berdepan kerenah pelajar yang begitu memerlukan perhatian,” katanya ketika ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.

Sambil menjelaskan kerajaan memperuntukkan RM7.7 juta setahun untuk elaun itu, Wee berkata, pihaknya turut mengadakan seminar dan kursus untuk pembantu terbabit bagi membincangkan masalah pelajar berkeperluan khas.

Katanya, imbuhan semata-mata tidak mencukupi kerana mereka juga memerlukan semangat tinggi untuk menguruskan pelajar yang mempunyai pelbagai masalah, antaranya tidak dapat menguruskan diri sendiri.

“Pemberian elaun khas berkenaan wajar kerana sebelum ini kerajaan menaikkan elaun murid pendidikan khas daripada RM100 kepada RM150 sebulan,” katanya.

16 comments:

Anonymous said...

insentif ni betul ke sampai sekarang masih tiada khabar berita,elaun oku dah naik kami bila lagi

Anonymous said...

SEMOGA APA YG DIUMUMKAN PADA HARI GURU KEBANGSAAN MENJADI KENYATAAN,,TUGAS KAMI BUKAN SHJ SPT YG TERTERA DI ARTIKEL,,KAMI KENA CUCI SAWANG,BILIK AIR,KEMAS DAPUR,MOP LANTAI SEBESAR KELAS-KELAS YG ADA,JADI AJK PERS,,KALAU DAPAT ELAUN TU TERASA RINGAN SEDIKIT

Anonymous said...

mungkin ppm bukan macam guru.. sebab tu diaorg saja melambatkan elaun tu.

Anonymous said...

rja rncam semua kena jadi cleaner(bersih bilik air,sawang,mop,mengelap basuh berak budak),kena jadi kerani buat surat menyurat,,kena jadi pengasuh,kena jadi pengiring,malahan kerja spt buang sawang,tandas rosak,yg paling pelik bila nak buka mesin photostat pun cari kami ,,,tak cukup dengan tu suruh jadi macam-macam ajk kalau tak buat dikatakan menginkari tugas,taknak sahkan jawatan adil ke?lepas tu pasal elaun macam tipu je dah setahun janji nak bagi tapi bayang pun tak nampak

Anonymous said...

salam... relaks r mgkin skang tengah krisis ekonomi bagi ler peluang kat orang yang lebih memerlukan..wslm..

Anonymous said...

janggut pun dh kuar.elaun xnmpk batang idung....mmg betul kerja PPM mcm kuli...disuruh buat kerja mcm2...bila xmahu buat kate lah PPM ni demand lebih...action dari guru....tetapi mereka tidak mahu lihat skop kerja PPM bagaimana main taram je dan selalu anggap PPM ni macam guru kerjanya..bile PPM berlagak jd guru tau pulak komplen...

Anonymous said...

bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana PPM Pendidikan Khas ada elaun khas.tidak seperti kami PPM Prasekolah Sekolah rendah tidak dapat merasa elaun khas.Kami laksanakan juga tugas2 yang diberi bettambah lagi kalau ada murid yang muntah, berak dan kencing didalam kelas mahupun waktu rehat. kami tiada waktu utk rehat.Oleh itu bersyukur kepada PPM Pendidikan khas yang BAKAL merasa ELAUN KHAS itu.

Anonymous said...

Assalamualaikum.... saya adalah diantara beribu ppm, ingin bertanya, adakah benar elaun ppm ni hanya dari bulan 1 hingga bulan 9 tahun 2009? adakah benar elaun tersebut akan ditarik semula bila sampai waktunya? sekiranya ini benar, saya dan semua warga kerja ppm terasa tertipu. adalah tidak adil dan tidak wajar tugas ppm dikaitkan dengan tugas kerani. apa taknya, kami sedar kami `pembantu` murid, bukannya `pembantu` guru. dahlah tugas hantar ke tandas, cuci berak, kencing, mengemop, membasuh dan segala tugasan yang boleh dikatakan sebagai tukang cuci menjadi tugasan rutin kami warga ppm. kami bukan merungut, tetapi tertanya-tanya dimana letaknya keadilan. ada guru di pend. khas menyuruh ppm masak semata-mata untuk memenuhi selera mereka. dahlah kalau makan bersepah dengan bekas makanan mereka, ppm yang tukang bersihkan. kalau kami nak minta tolong mereka ada yang memberi pelbagai alasan. kalau makan berjam-jam duduk diruang dapur. ppm yang jagakan kelas. mereka kenyang, ketawa terbahak-bahak, tapi ppm? disuruh tolong dengan kerja yang tak sepatutnya ppm lakukan.

Anonymous said...

salam..saya mewakili ppm seluruh malaysia,bercadang untuk membuat laporan dibiro pengaduan awam....
geram sangat..elaun tak masuk masuk lagi....

Anonymous said...

aku pula tak puas hati dgn guru prasekolah. dah lah dtg sekolah lambat, pas tu bawa anak kecil. kerja dia asyik nak melayan anak. klu tak, pergi bilik guru berjam - jam. dah tu anak dia berlagak buat aku ni mcm 'amah'. paling benci bila anak2 dia suka buat sepah. betul2 kerja mcm kuli, dah tu klu guru tu pergi meeting/cuti. aku jg kena mengajar,masak dsbgy. dah tu guru suka mengarah jer, kater nak buat sama2.last2 aku jg yg gerak sendiri. cakap jer lebih, tp tak serupa bikin. aku rasa guru2 prasekolah ni nak kena bg taklimat jg, ttg tugas2 sebenar PPM.supaya mreka tau, tak lah anggap PPM ni mcm 'pembantu rumah' mereka di prasekolah.

Anonymous said...

aku dh 2 thn jd ppm p.khas.x penah merasa bez dgn mnagement dlm kelas.bdk2 ok je.nj0y..ckgunye je mcm hampeh.blagak ceO.tau nk marah je.xsedar diri.mcm bgus sgt.hip0krit lebih..benci lah..

Anonymous said...

saya setuju dengan semua pendapat di atas...ppm selalu di anak tirikan baik ppm pendidikan khas ataupun prasekolah...disebabkan ppm sama gred dengan kerani(N17) kerja keranipun ada yang disuruh buat walaupun ppm bkn kerani...kenapa ppm tidak ada gred sendiri seperti juruteknik komputer jadi bidang tugas ppm lebih jelas...guru-guru lainpun tak adalah pandang serong pada kami konon2nya nak rampas jawatan diorang sebagai guru...harap gred jawatan ppm dapat dikaji balik...

Unknown said...

elaun pun tersangkut2.mcm nak x nak je beri,jd bile bekerja pn kalau nk xnak mcm mana?gru2 msuk dlm gji,tp ppm kna tunggu ibarat bulan jatuh berdentum..alahai..alasan tunggakan..tunggakan jer..bosan gak..kementerian pendidikan dibawah menteri baru,tolong ambil pusing,port ker..ambil peduli..

Anonymous said...

saya sokong semua yg kalian luahkan diatas.pasal elaun tu,saya memang geram sbb x tau la samada elaun tu mmg akan diberikan setiap bulan @ tunggakkan sethn @ mmg bagi utk 2009 je?pastu elaun 2009 pun untuk 11bln je.ish,sy mmg grm,sakit hati.kalau psl skop tugas tu, mmg payah.semua ppm yg kena buat.ppm mesti setiap masa didlm kls.kalau guru pula,boleh pulak melepak sana sini.g kantin dan sbgnya.pasal anggapan cg-cg dan kerani pulak,mereka mcm anggap ppm ni org bawahan padahal sama je gre 17.saya nak minta tlg sgt2,bantulah ubah persepsi org ttg ppm ni.salamm...

Anonymous said...

bila lah elaun tu nak masuk? sakitnya hati.kata rm200 sebulan.tapi x ada pun.kenapa guru boleh masuk tiap2 bln ikut gaji.kenapa ppm x masuk elaun mcm tu jugak.padahal sama je pendidikan khas.malahan dari segi tugas macam ppm je byk lagi buat.kena buat ABM, BBM, jaga murid, kms kls,cuci tandas.semua ppm kena buat..guru pula hanya arah itu ini.nanti merungut mereka yang lebih.padahal semua sudah ppm sediakan.kekadang rasa amah aje..menteri pelajaran,tolong lah pertimbangkan ttg gred dan gaji ppm.tq...yn.

Anonymous said...

macam mana pula dengan nasib PPM Asrama?