09 October 2008

Setahun tunggu anjakan gaji

Berita Harian

SAYA adalah guru siswazah DG 41 lantikan 1994 yang ketika itu ialah DG 3. Saya mula mengambil PTK 702 pada 2003 dan selepas semakan semula, saya hanya lulus PTK 702/02 Kompetensi Khusus.

Sejak itu saya terus menduduki PTK 702/01 Kompetensi Umum dan keputusan terbaik lulus aras 111 dan tidak layak untuk anjakan gaji P3, namun layak ke DG 44, tetapi tidak tersenarai.

Kali terakhir saya menduduki PTK 702/01 ialah pada 13 Mac 2008 dan lulus aras IV yang bermakna saya layak untuk anjakan gaji P3.

Apabila saya bertanyakan kepada Pembantu Tadbir mengenai perkara itu, beliau memberitahu anjakan gaji saya hanya pada Julai 2009.

Ini bermakna saya terpaksa menunggu setahun lebih untuk mendapatkan anjakan gaji P3.

Sekiranya saya dinaikkan ke DG 44 pada akhir tahun ini, bermakna saya tidak sempat menerima anjakan gaji P3 di DG 41. Mungkin ramai rakan guru senasib dengan saya.

Apa yang mampu dikatakan hanya tiada rezeki P3 di DG 41 walaupun layak. Inilah yang dikatakan 'nak lulus payah, tapi dah lulus tak bererti'.

Memang satu perbezaan besar dari segi gaji sekiranya saya menerima anjakan gaji P3 dan kemudian dinaikan ke DG 44 berbanding menerima DG 44 sebelum anjakan gaji P3 dan ia membawa kesan sehingga saya bersara dan apabila pencen. Yang pasti, ia satu kerugian bagi saya.

Saya berharap JPA mengkaji kes itu agar guru terbabit tidak teraniaya.

Guru bukan seperti pegawai Pegawai Tadbir Diplomat yang pada usia 30-an sudah berada dalam kategori DG 44 atau mungkin DG 48.

GURU DG41,
Kulai, Johor.

2 comments:

Anonymous said...

saya pun mengalami kes yang sama.Adu kepada kppk pun tak berguna.Saya dapat anjakan baru-baru ini tetapi anjakan isyarat----anjakan gaji tanpa kenaikan gaji!!!Tetapi saya akan sentiasa kacau pihak yang berkaitan!

Anonymous said...

http://www.zapafly.org/zapaframe.php?url=aHR0cDovL211c3NhZmlyLm5ldC9wYWdlLzIv&title=bXVzc2FmaXIg4oCUINmF2LPYp9mB2LE=&searchid=1399570&zapurl=anjakan+gaji+dg44