24 July 2008

Naikkan pangkat jururawat senior ikut tempoh perkhidmatan

Utusan Online

SAYA mengucapkan terima kasih kepada JPA dan Kementerian Kesihatan kerana melaksanakan Skim Jururawat Bersepadu berkuat kuasa awal tahun 2005. Ingin saya mengemukakan pandangan demi profesion kejururawatan dan juga demi keadilan pelaksanaan skim tersebut.

Tidak ramai di kalangan jururawat mempunyai ijazah pertama dengan kepujian untuk membolehkan mereka memohon ke Gred U41 skim tersebut.

Ini kerana dalam tahun 70-an dan 80-an, tidak banyak universiti tempatan yang menawarkan pengajian di tahap ijazah pertama dalam bidang kejururawatan.

Dengan skim tersebut, maka segelintir daripada kalangan kami yang mempunyai ijazah boleh memohon untuk mengisi jawatan bagi permulaan Gred U41 dalam kategori kumpulan pengurusan dan profesional.

Walaupun skim tersebut telah dilaksanakan, saya berpendapat jawatan ketua jururawat dan penyelia jururawat sepatutnya berada pada Gred U44 dan U48 untuk melaksanakan tugasan khusus pengurusan wad, pejabat kesihatan, klinik kesihatan, institusi dan lain-lain lagi.

Sementara itu bagi jururawat Gred U41 mereka adalah sama seperti jururawat Gred U29 yang kekal menjalankan tugas klinikal penjagaan pesakit mengikut konsep Total Nursing Care.

Saya percaya, hala tuju JPA dan kementerian adalah ke arah itu dalam masa yang terdekat ini.

Bagaimanapun, saya berharap bagi mereka yang senior dan akan menamatkan perkhidmatan dalam masa 10-15 tahun lagi dan yang tidak mempunyai ijazah pertama, kenaikan pangkat mereka disemak kembali mengikut kaedah time-based dan diubah kepada 'kenaikan gred' untuk membolehkan mereka dinaikkan gred ke Gred U32 dan seterusnya ke Gred U36 dengan tujuan mereka kekal menjalankan tugas klinikal bersama-sama mereka di Gred U41 latihan baru (ataupun seperti skim perguruan dan skim teknikal yang lain melalui time-based promotion).

JPA dan kementerian sepatutnya merencana serta meneliti semua ini sebelum pelaksanaan skim kejururawatan bersepadu kerana dalam skim sekarang, ketidakpuasan hati tetap berlaku.

Saya berharap kementerian turut memberi perhatian kepada kami sementara memberi penekanan kepada pakar dan pegawai perubatan.

SHARIFAH HAZIAH

Setiawan, Perak

5 comments:

openmine said...

saya juga bersetuju sekiranya jpa dan kkm meneliti semula skim kejururawatan adalah mengikut timed based seumpama skim yang telah diluluskan dlm skim perguruan..naikan gred mengikut time based tetapi masih bekerja dlm bidang klinical.contohnya 10 thn berkhidmat dinaikan ke u32 secara automatik....tq

Anonymous said...

macam yang nurse mintak..yang ada aku rasa dah baik dah..elaun kritikal semua..pa lain mana ada..siot la

Anonymous said...

Assalamualaikum,Saya pun bersetuju untuk proses kenaikan pangkat diperbanyakkan pos jawatan.Saya pun ada kelulusan ijazah dr UITM tapi masih blurr dimanakah hala tuju,ada memohon utk jawatan jururawat U41 tapi status sehingga kini tidak diketahui. Mohon jasa baik pihak terlibat untuk mempertimbangkan permohonan tersebut kerana cita-cita saya untuk lihat jururawat2 maju ke hadapan & bekerjasama dengan Anggota2( healthcare team) lain utk mencapai VISI & MISI KKM kearah yg lebih baik. Terima Kasih

Anonymous said...

Semua jawatan lain seperti jury xray, juru teknologi makmal, juru farmasi, juru pulih anggota u29'sepatutnya diberikan elaun kritikal sepertimana jururawat dapat kerana risiko mendapat jangkitan sama je.

Anonymous said...

Risiko dapat TB, kanser ada untuk semua penjawatan perubatan. JPA perlu lebih peka dan telus. Jangan hanya beri muka pada jururawat shj. Elaun kritikal perlu diberikan kpd semua kumpulan sokongan perubatan lain Contohnya juru xray. Kami boleh kemuka kan bukti mangsa yg dah kena jangkitan/ kanser cuma kami xkecoh mcm nurse.