26 July 2008

JPA wajar kaji semula perbezaan Bayaran Insentif Wilayah, Cola

Berita Harian

SURAT jawapan bertajuk 'Elaun Pegawai Awam Bertukar Wilayah Sama'
daripada Nik Noraini Nik Ya dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memang
wajar diulas kerana ia boleh menimbulkan keraguan dan salah faham.

Sebagai seorang kakitangan awam yang berasal dari Sarawak dan
kini sedang berkhidmat di Kuala Lumpur, saya berpendapat kenyataan itu
tidak relevan. Saya hairan bagaimana Bayaran Insentif Wilayah (BIW)
boleh disamakan dengan elaun sara diri (Cola).

Untuk pengetahuan umum, BIW dibayar kerajaan berdasarkan
peratusan daripada gaji pokok seseorang pegawai. Ini bermakna, semakin
tinggi tangga gaji seseorang pegawai, maka semakin tinggi jumlah BIW
yang diterima.

Persoalan yang timbul daripada saya ialah bagaimana nasib pegawai
awam yang memangku jawatan sokongan dan berasal dari Sabah dan Sarawak
yang berkhidmat di Semenanjung dan juga sebaliknya terutama mereka yang
berkhidmat di bandar besar?

Umum mengetahui bahawa rata-rata pegawai sokongan dari Gred
1-22 terutama gaji permulaan tidak sampai RM900. Berdasarkan perkiraan
ini, jumlah BIW yang dibayar kepada pegawai berkenaan hanyalah sekitar
RM206.

Bagaimana, JPA boleh menyamakan BIW sebanyak RM206 dengan pembayaran Cola berjumlah RM300?


BIW seharusnya bayaran insentif kerana kesanggupan pegawai itu
berkhidmat di luar wilayah asal dan bukan disamakan dengan Cola, apatah
lagi kalau kami dari Sabah dan Sarawak yang umum mengetahui pendapatan
seisi rumah yang jauh lebih kurang berbanding dengan di Semenanjung.

Dengan kenaikan kos sara hidup sekarang, kami pun tidak ingin
untuk ditempatkan di luar wilayah apatah lagi kami punyai keluarga di
kampung yang harus kami berikan tumpuan. Dengan kaedah pembayaran BIW
dan Cola yang dinyatakan JPA, saya berpendapat bekerja di luar wilayah
asal hanya semakin membebankan pegawai awam.

Saya ingin menyaran dan juga mendapatkan perhatian Cuepacs
dan kerajaan di dalam isu ini. Kepada Cuepacs saya menyarankan agar
nasib pekerja yang bekerja di luar wilayah seharusnya menjadi antara
agenda utama.

Saya juga menyarankan JPA menyelidiki isu ini yang saya
percaya semakin mendapat perhatian daripada mereka yang senasib dengan
saya.

IBANEZ MERANTAU,
Kuala Lumpur.

4 comments:

Anonymous said...

Saudara/Saudari,

Saya bersetuju dengan pandangan dan luahan IBANEZ yang mengutarakan persoalan mengenai BIW terutama kepada penjawat awam yang berasal dari Malaysia Timur.
Hakikatnya,isu ini sensitif dan jika hendak dibincangkan mempunyai kesan negatifnya seolah "ditelan mati emak, diluah mati bapa". Selain itu, kesamarataan BIW diantara penjawat awam yang berasal dari Malaysia Barat dan Malaysia Timur juga wajar disemak semula.

BIW bagi penjawat awam dari Malaysia Barat yang ditempatkan di Malaysia Timur adalah lebih tinggi daripada BIW bagi penjawat awam Malaysia Timur yang ditempatkan di Malaysia Barat. Walhal, umum mengetahui kos sara hidup terutama di bandar-bandar besar Malaysia Barat adalah jauh lebih tinggi daripada di Malaysia Timur.

Pada dasarnya, penempatan penjawat awam daripada Malaysia Barat ke Malaysia Timur dan sebaliknya adalah satu keputusan yang bijak untuk menyemai semangat perpaduan dan integrasi nasional. Malangnya setelah hampir 45 tahun, sedikit sebanyak perbezaan dari segi pembayaran insentif wilayah ini menyebabkan rasa kurang senang dikalangan penjawat awam dari Malaysia Timur kerana terasa dianak-tirikan. Bahkan, kadang kala kami yang berasal dari Malaysia Timur terpaksa 'melemparkan senyuman'apabila rakan sekerja dari Malaysia Barat bertanya soalan "bila nak balik Malaysia?" apabila kami balik bercuti ke wilayah asal. Geli hati ada, 'terasa' pun ada...adakah tidak benar Sabah dan Sarawak juga adalah Malaysia? Tidak mengapalah, mungkin mereka tidak faham sejarah penubuhan Malaysia dan mungkin mereka tidak peka dengan sensitiviti rakan sekerja lain. Apa lagi melihat personaliti penjawat awam dari Malaysia Timur yang rata-rata 'low-profile', tidak cerewet serta sentiasa 'mengalah' dan 'menerima' sahaja(samalah seperti Ahli2 Parlimennya yang tahu mengangguk sahaja di Parlimen..:()

Tetapi tidak mengapalah, mungkin subjek ini tidak sesuai dibangkitkan buat masa ini terutama dalam keadaan politik dan ekonomi yang kurang memberansangkan. Jangan pula rakan-rakan Malaysia Barat menganggap kami mata duitan apabila realiti sebenar ramai dikalangan saudara-saudari yang membuat aktiviti ekonomi sampingan di Malaysia Timur. Walau apapun, kami tetap bersyukur kerana diberi peluang menyertai perkhidmatan persekutuan dan berkhidmat untuk negara kita, Malaysia.

Terima kasih.

Hominodun

p.s. hormat, muafakat, saksama & toleransi membawa berkat.

Anonymous said...

Syabas buat rakan-rakan Penjawat Awam dari Sabah dan Sarawak kerana berjaya menjawat jawatan di Agensi Kerajaan.
Seperti yang telah dibincangkan, memang banyak ketidakpuasan dalam pemberian BIW-elaun wilayah ni. Semakin dibincang, semakin dimajukan ke pihak yang berkenaan semakin sakit lah hati kita ini menerima jawapan yang diberikan.
Tujuan kita bukanlah untuk mendapat wang yang lebih dari pegawai dari Semenanjung, tetapi ini adalah berkenaan keistimewaan yang di peruntukkan kepada kita. Pegawai kita yang berada di JPA (tak kisah apa gred pun) bukan nya pandai sangat. Belajar je tinggi, tapi tahap pemikiran/penegtahuan/pengalaman masih berada di bawah tempurung lutut mereka. Pandai mengampu boleh naik pangkat. Malas kerja, tidak cukup pengalaman kerja takpe... sambung je belajar, dapat degree..mohon naik pangkat....kemudian dapat naik pangkat, dah jadi sombong...tetapi bodoh.
Buat rakan-rakan, pernah tak kita mendengar CUEPACS membincangkan keistimewaan yang diberi kepada kita, kakitangan awam dari Sabah/Sarawak....tak pernah kan....
Cuba rakan-rakan bayangkan sekiranya Perdana Menteri kita setuju untuk memberikan COLA RM500pada Bajet 2009 baru-baru ini, apa yang anda rasa? Adakah ia membawa sebarang hasil/keistemewaan kepada kita? Yang pastinya kita tidak layak untuk menikmati 1 sen pun dari RM500 itu kerana kita menerima elaun wilayah.....Aduh.... kawan-kawan sakit hati tak???

Analoginya.... seorang ayah ada 2 orang anak. Anak yang pertama namanya A dan anak yang kedua namanya B.
Situasinya seperti ini:
A sedang belajar di universiti di seberang laut, B pula belajar di sekolah menengah. A deberi RM500 sebulan atas dasar dia belajar di luar negara. Manakala B diberi RM600 sebulan kerana dia belajar, dan dekat dengan ayahnya. A tidak boleh minta lebih dari RM500.
Adakah adil sebegini.

Saya cadangkan agar kita menubuhkan satu persatuan untuk semua kakitangan awam Sabah dan Sarawak untuk mempertahan dan memperjuangkan nasib kita.

Anonymous said...

Saya sangat bersetuju dengan keadaan penjawat awam dari malaysia timur yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak berwajib. berdasarkan kepada hujah2 yg telah diutarakan oleh rakan2 senasib sebelum ini memang sah kakitangan awam dr sabah/sarawak yang berkhidmat di semenanjung layak mendapat BIW dan COLA. yang malangnya, saya sendiri belum mendengar apa-apa berita walau diperingkat perbincangan apatah lagi di peringkat kelulusan mengenai masalah ini.

Anonymous said...

SENANG SAJA.. PEGAWAI SEMANANJUNG BERTUGAS DI SABAH N SARAWAK DAPAT INTENSIF WILAYAK.. BILA BALIK TEMPAT ASAL TIADA BIW N DAPAT COLA 300..
PELIKNYA PEGAWAI SABAH N SARAWAK BERTUGAS DI SEMANANJUNG DAPAT BIW.. BERTUGAS DINEGERI SENDIRI PUN LAYAK BIW..
JIKA PEGAWAI SABAH N SARAWAK INGIN TUNTUT BIW N COLA, SEPAPTUTNYA PEGAWAI SEMENANJUNG JUGA BALIK NEGERI ASAL TERIMA BIW N COLA..
INILAH YANN\G DIKATAKAN KEADILAN UNTUK SEMUA..

SETIAP PENJAWAT AWAN TIDAK KIRA DI MANA WILAYAH BERTUGAS LAYAK MENERIMA BIW N COLA... TIADA LAGI ISTILAH PEGAWAI SEMENANJUNG, SABAH N SARAWAK... KITA 1 MALAYSIA
JANGAN DIBEZA-BEZAKAN...